Sunday, June 28, 2009

APABILA HIDUP DIHIMPIT KEMISKINAN

Siti Ani Sapinar Mat Saad yang berusia 27 tahun sememangnya seorang wanita yang tabah dan cekal hati.
Beliau berteduh dalam sebuah rumah sempit di Kampung Gunung Sali, Alor Setar, tanpa bekalan air dan elektrik sejak lima tahun lepas. Malam keluarganya disinari cahaya lilin sementara bekalan air diambil daripada rumah jiran.
Anak lelaki yang sulung berusia 7 tahun, terpaksa belajar berteman cahaya lilin sedangkang rakannya yang lain disinari terangnya lampu elektrik.
Suami beliau hanya bekerja buruh kasar. Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak berusia 2 tahun.
Menyedari perlunya keluarga itu diberi perhatian segera, Biro Pembangunan UMNO Bahagian Alor Setar yang diketuai Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng segera merangka jalan bagi membantu keluarga berkenaan.
Guntor yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata pihaknya akan berunding segera dengan Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Bekalan Air bagi menyalurkan dua bekalan asas itu kepada keluarga berkenaan.
"Kita amat simpati dengan keluarga berkenaan yang sangat-sangat memerlukan bekalan dua keperluaan asas berkenaan," katanya.
Guntor telah berkesempatan bertemu dengan Siti Ani semasa lawatan beliau meninjau masalah di Kampung Gunung Sali pada 26 Jun 2009.

UMNO KEDAH TURUT TURUN KE MANIK URAI

Seperti mana kebiasaan pilihan raya kecil, UMNO Kedah tidak ketinggalan akan menghantar para pertugasnya bagi membantu jentera pilihanraya di Manik Urai, Kelantan.
Pasukan daripada Kedah akan bertolak pada hujung minggu ini dan berada di sana sehingga hari pengundian.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Shafie Apdal berkata jumlah petugas yang akan dihantar tidak dapat dipastikan buat masa sekarang.
"UMNO Kedah akan menumpukan peranan membantu jentera pilihanraya UMNO Kelantan dari segala aspek seperti kempen, merayu undi dan menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan," katanya.
Shafie mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di Bangunan Tunku pada 28 Jun 2009 diikuti mesyuarat dengan kesemua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Kedah, juga di tempat yang sama.
Shafie yakin pasukan UMNO Kedah yang akan dihantar kelak akan bertugas bersunguh-sunguh.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG SPM YANG AKAN MELANJUTKAN KE IPTA/IPTS 2009

PART 1


PART 2


PART 3

Saturday, June 27, 2009

BIRO PEMBANGUNAN UMNO ALOR SETAR BELA NASIB TIGA PENDUDUK YANG DIHALAU

Dari kiri: K. Perumal, Harison dan Siti Jaliha



Ir Guntor Tobeng sedang meneliti dokumen yang dikemukakan.

Air mata Makcik Siti Jaliha Ibrahim mengalir bagaikan hujan apabila mendapat surat daripada pejabat peguam yang mengarahkan beliau mengosongkan rumah yang diduduki selama 30 tahun dengan serta merta.
Beberapa hari beliau murung memikirkan nasibnya sekiranya dihalau. Ke manakah hendak berteduh, beliau bukan ada wang beribu untuk beli rumah baru, hendak sewa rumah juga tidak mampu.Ibu tunggal yang menetap di rumah atas tanah TOL di Kampung Gunung Sali, Alor Setar itu tidak tahu ke mana hendak dituju sekiranya terpaksa berpindah daripada rumahnya itu.
Senasib dengan Makcik Siti Jaliha adalah Puan Harison Md Nayan dan K. Perumal yang menduduki satu lot tanah di Lorong Mas 3, Kampung Gunung Sali.Mereka bertiga telah menerima surat daripada pejabat peguam yang mewakili Aida Maslina Tajuddin pada 10 Jun 2009.
Di dalam surat berkenaan, Aida Maslina mendakwa ketiga-tiga mereka itu telah menceroboh tanah kepunyaannya, yang telah memperolehi hak terhadap tanah yang diduduki ketiga mereka itu. Oleh itu ketiga mereka itu diarahkan mengosongkan kediaman dengan segera atau berhadapan dengan tindakan susulan sekiranya gagal mematuhi arahan mengosongkan kediaman mereka.
Harison telah membuat laporan polis di Balai Polis Alor Setar pada 11 Jun 2009 berhubung tindakan menghalaunya keluar daripada rumah yang sudah 30 tahun menjadi tempat berteduh daripada panas dan hujan.
Ketiga mereka mendapat kelegaan apabila Biro Pembangunan UMNO Bahagian Alor Setar telah tampil mendengar masalah mereka. Ketua Biro itu, Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng, yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar akan mengkaji masalah itu.
Turut sama dalam perjumpaan itu adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar Syed Rizal Syed Unan, yang juga merupakan seorang peguam.
Guntor berkata pihaknya akan meniliti permasalahan itu dengan mendalam kerana ia merupakan satu kes yang rumit kerana melibatkan pelbagai agensi kerajaan, kerajaan negeri dan aspek perundangan.
Katanya, pihaknya akan meneliti dengan Pejabat Tanah berhubung dakwaan Aida Maslina yang mendakwa beliau adalah pemilik tanah berkenaan sedangkan ketiga mereka itu sudah menduduki selama 30 tahun.
"Kenapa sekarang baru Aida Maslina tampil mendakwa beliau berhak atas tanah itu, dakwaan bahawa beliau memiliki tanah itu juga perlu disemak terlebih dahulu," katanya.
Syed Rizal berkata, terdapat dua perkara yang perlu dilihat daripada kes itu iaitu pertama samaada benar Aida Maslina telah diberi hak milik tanah berkenaan dan sekiranya benar beliau adalah pemilik sah tanah berkenaan, tindakan kedua yang boleh dilakukan adalah menuntut pampasan sekiranya ketiga-tiga mereka dihalau daripada tanah berkenaan.
Beliau akan mengkaji kes itu daripada aspek perundangan bagi memastikan nasib ketiga-tiga mereka dibela.
Pembelaan daripada orang kuat UMNO Alor Setar itu telah melegakan hati Siti Jaliha, Harison dan Perumal.
Siti Jaliha sambil tersenyum mengucapkan syukur kerana berasa lega mendengar jaminan nasibnya dibela. Kalau sejak menerima surat peguam itu beliau gundah, pertemuan itu telah menghanyutkan perasaan takut beliau.

Sentuhan Kebajikan...demi generasi mendatang...

TERHARU..tiada kata yang mampu diucapkan oleh 400 pelajar cemerlang termasuk ibu bapa mereka yang nyata begitu gembira terharu atas keprihatinan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan barisan pimpinannya yang menghulurkan sumbangan wang tunai kepada mereka. Sebanyak RM 150,000 telah diperuntukkan kepada semua pelajar cemerlang seluruh Parlimen Alor Setar yang berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) awal Julai depan. Sambutan di luar dugaan daripada warga Parlimen Alor Setar yang memenuhi setiap ruang yang terdapat di dewan itu memberi mesej jelas bahawa UMNO berjaya menambat hati mereka. Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, setiap pelajar di Parlimen Alor Setar yang berjaya memasuki IPTA/ IPTS akan diberikan sumbangan wang pendahuluan untuk memasuki pusat pengajian itu nanti.
Menurutnya, sumbangan itu diberikan atas kesedaran dan sebagai penghargaan kerajaan kepada anak-anak negeri ini amnya dan parlimen ini khususnya di atas kejayaan mereka dalam bidang pelajaran masing-masing.
" Kami sentiasa menyedari keperluan dan kehendak yang diperlukan terutamanya oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berjaya memasuki ke pusat pengajian tinggi untuk melanjutkan pelajaran mereka kelak.
" Jadi atas inisiatif itu, kami merasakan kebajikan ibu bapa dan pelajar ini perlu dilihat dan diberikan perhatian supaya mereka dapat melakukan persiapan lebih awal untuk melangkah masuk ke pusat pengajian tinggi itu," katanya ketika majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar-pelajar cemerlang yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian itu.
Seramai 400 pelajar yang berjaya memasuki IPTA/IPTS di seluruh Parlimen Alor Setar hadir menerima sumbangan wang tersebut bersama keluarga masing-masing. Hadir sama ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian,Muhamad Guntur Mansor Tobeng, Naib Ketua, Yusoff Ismail dan barisan kepimpinan UMNO Alor termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
Bagi pelajar yang memasuki IPTA/IPTS di peringkat ijazah menerima sebanyak RM 500 setiap seorang, manakala bagi peringkat diploma dan matrikulasi masing-masing menerima RM 300 setiap seorang.
Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah itu berkata, setiap pelajar yang berjaya memasuki IPTA/IPTS itu akan diberikan galakkan yang sepenuhnya untuk mereka melanjutkan pengajian mengikut peringkat masing-masing.
Menurutnya, semua pelajar yang berjaya dalam pelajaran itu perlu berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa hadapan diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan juga negara.
" Kami bersedia memberikan apa juga bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh ibu bapa untuk memberikan pendidikan yang terbaik asalkan anak-anak mereka dapat berusaha menjadi insan yang cemerlang dalam pelajaran.
" Justeru saya berharap anak-anak muda ini dapat menjadi insan yang berguna untuk negara sekaligus berjaya menjadi modal insan yang terbaik dalam pembangunan negara pada masa akan datang," katanya.

Thursday, June 25, 2009

SENTUHAN DATUK BASHAH SELESAIKAN MASALAH DUA TAHUN SEBUAH SURAU



Masalah sebuah surau di Kampung Seberang Terus yang mempunyai bil elektrik tertunggak sejak dua tahun lepas berjumlah hampir RM2,000 telah diatasi apabila Ketua Bahagian UMNO Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah mengambil tindakan segera menyelesaikan bil berkenaan.
Ahmad Bashah telah mengambil bil berkenaan dan berjanji ia akan dilunaskan dalam masa beberapa hari.
Walaupun AJK surau itu adalah dikuasai oleh MKK yang dilantik kerajaan sekarang, ia tidak menjadi halangan untuk UMNO Bahagian Alor Setar menghulurkan bantuan.
"Kita melakukan bantuan tanpa perlu mengira parti mana, yang perlu diutamakan adalah kemudahan dan keselesaan untuk jemaah menunaikan ibadat di surau ini," kata Ahmad Bashah. Menurut imam kampung itu, bil itu menjadi tertunggak apabila orang kampung tidak membayar kutipan bulanan. Purata bulanan bil surau itu adalah RM100.
Ahmad Bashah mahu AJK surau lebih aktif mengutip bayaran bagi memastikan bil tidak lagi tertunggak pada masa hadapan.
Ahmad Bashah dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng juga meninjau surau berkenaan yang sedang diubahsuai hasil sumbangan seorang dermawan.

TURUN PADANG: KETUA DAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN UMNO BAHAGIAN ALOR SETAR TINJAU KAMPUNG SEBERANG TERUS





Ketua Bahagian UMNO Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalannya Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng meninjau permasalahan penduduk yang mendiami tanah milik Rakyat Corporation di Kampung Seberang Terus pada 25 Jun 2008.
Lawatan dimulakan dengan bertemu dengan beberapa warga emas yang mengadu pelbagai masalah termasuk sebuah rumah milik Normilani Hanapi yang tidak disiapkan sepenuhnya oleh kontraktor yang dilantik kerajaan negeri bagi memperbaiki rumah orang miskin.
Ahmad Bashah juga menyampaikan bantuan kepada enam orang susah di kampung berkenaan serta melawat seorang warga emas yang sakit.
Lawatan diikuti dengan majlis dialog dengan penduduk kampung itu yang mengadu pelbagai masalah terutama kebimbangan tentang masa depan mereka sekiranya tanah yang mereka duduki sejak hampir 100 tahun lepas itu dimajukan oleh pemiliknya Rakyat Corporation.
Para penduduk diberi jaminan bahawa UMNO Bahagian Alor Setar akan memastikan sebarang pembangunan yang dijalankan tidak akan mengabaikan kepentigan penduduk kawasan berkenaan.
Para penduduk juga diminta tidak bimbang kerana UMNO Bahagian Alor Setar akan berbincang dengan Rakyat Corporation bagi memastikan semua penduduk kampung itu tidak teraniaya dengan pembangunan yang bakal dijalankan.
Soal pagar kubur dan mempertingkatkan kemudahan di surau kampung itu juga dibangkitkan pada pertemuan berkenaan.
Ir Guntor Tobeng berkata program turun padang itu telah dapat mendekatkan pemimpin bahagian dengan orang ramai, memahami masalah penduduk serta mengambil tindakan segera.
Langkah turun padang itu juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu rakyat diutamakan.

Monday, June 22, 2009

JASAMU DIKENANG...

MENGENANG JASA ... Ketua UMNO Cawangan Seberang Perak Syed Mustapa Syed Omar (kanan), 73, menyampaikan anugerah penghargaan kepada Mashitah Tan Sri Azahari, 55, yang mewakili bapa beliau Allahyarham Tan Sri Azahari Taib pada Mesyuarat Agung UMNO cawangan Seberang Perak di Dewan Orang Ramai Lorong Nyior Setali di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng (tengah).Allahyarham Azahari seorang vateran UMNO dilahirkan pada 25 Mac 1924 di Kuala Sala, Kedah. Beliau aktif dalam bidang politik setelah menamatkan kerjaya sebagai wartawan di Utusan Melayu pada 1959 dan merupakan rakan karib bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, allahyarham adalah 'mentor' kepada bekas Menteri Penerangan yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Seri Zainuddin Maidin.
Azahari yang meninggal dunia tahun lalu ketika berusia 84 tahun pernah menjadi anggota Exco kerajaan negeri Kedah dan merupakan antara pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.

Ketokohan dan kepimpinan allahyarham wajar dicontohi generasi kepimpinan masa kini. Sentuhan dan perjuangan membela nasib anak bangsa, agama dan negara seharusnya menjadi wadah utama kepimpinan sekarang untuk meneruskan tradisi pemimpin lalu.

Sunday, June 21, 2009

LIGA SUPER...KM NAZA REBAH DI LAMAN SENDIRI

ALOR SETAR, 20 Jun (Bernama) -- Kuala Muda Naza tersungkur dihalaman sendiri apabila tewas 1-0 di tangan Kelantan pada saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Darulaman, di sini, malam ini. Gol dijaringkan Mohd Khalid Jamlus pada minit ke-62 setelah menguis masuk menewaskan Azizon Abdul Kadir hasil tandukan cantik kebelakang oleh Nor Farhan Mohamad.
Sebelum itu pada minit ke-53, KM Naza yang memperolehi peluang menjaringkan gol bagaimanapun, gagal disempurnakan Akmal Rizal Ahmad Rakhli apabila sepakan penaltinya ditepis penjaga gol Mohd Shaharizal Ismail selepas dia dijatuhkan Zairul Fitree Ishak di dalam kotak penalti. Kedudukan kekal Kelantan tewaskan KM Naza 1-0 sehingga pengadil perlawanan Noor Anuar Abdullah Sani meniup wisel penamat. --Oleh Mohd Fazil Ahmad

* Jangan salahkan peminat jika setiap kali perlawanan, tiada penonton yang menyaksikan perlawanan ini. Bangkit dan pemain perlu bersikap pro..

Saturday, June 20, 2009

8 pemuda PAS Johor ditahan edar risalah PPSMI...

JOHOR BAHRU: Lapan anggota Dewan Pemuda PAS Johor, termasuk ketuanya Khairul Faizi Ahmad Kamil, ditahan polis ketika mengedarkan risalah anti dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) petang tadi.
Kesemua mereka mereka ditahan serentak di sebuah pasar malam di Batu Pahat kira-kira jam 4.30 tadi kerana mengedarkan risalah anti-PPSMI yang tidak mempunyai nama pencetak dan penerbitnya.
Bagaimanapun, setelah diambil keterangan kesemua mereka dibebaskan kira-kira jam 8.15 malam ini.Mereka adalah naib ketua Pemuda PAS negeri, Hamid Jammah; dua exco dewan itu, Norhalim Sakid dan Norazid Mohd Nor turut ditahan serta empat lagi aktivis PAS - Zulkifli Kama Kutti, Saruni Said, Rizal Harun dan Rashid Abdul Rahim.

*Gunakanlah saluran yang betul untuk buah bantahan. Cetaklah nama dan penerbit, barulah berani namanya. setakat baling dan sorok tangan, jangan bantahlah...
Kaji dulu dasar PPSMI ini sebelum buat tindakan..mana ada benda yang senang, nanti nampak la hasilnya...jangan asyik nak bantah dan protes je...

HUSAM MULA GELABAH...

KUCHING: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Datuk Husam Musa supaya jangan cuba mengambil kesempatan daripada isu cadangan rundingan membentuk kerajaan perpaduan dengan meminta Umno tidak meletak calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai bulan depan.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu adalah orang paling lantang menentang cadangan pembentukan kerajaan perpaduan sejak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mencetuskan idea berkenaan.
“Saya tak tahu kenapa dia (Husam) cuba pula nak ambil kesempatan daripada isu kerajaan perpaduan ini, sedangkan dia sendiri sebelum ini jelas menentang kemungkinan kita mewujudkan kerajaan perpaduan itu.
#Nampaknya tindakan itu adalah untuk kepentingan politik sendiri. Bila tewas pada pemilihan pada muktamar Pas baru-baru ni, dia mulalah nak cari publisiti murahan...
Mungkin dia pun takut idea kerajaan Perpaduan itu menjadi kenyataan kerana ramai pemimpin Pas tidak menolak cadangan itu malah memberi ruang kepada pemimpin tertinggi mereka untuk membuat keputusan dan berbincang dengan UMNO.

Friday, June 19, 2009

MINDA PEMIMPIN: PERPADUAN MELAYU HAK MELAYU

PERPADUAN MELAYU HAK MELAYU
Oleh: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar
Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata

Saya agak terkejut dengan pandangan sebilangan pemimpin dalam PAS yang menentang cadangan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang tentang idea kerajaan perpaduan.
Paling menarik perhatian adalah tentangan demi tentangan daripada Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah mengeluarkan kenyataan menghalau Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa keluar daripada PAS sekiranya beliau terus mendasari idea berkenaan.
Tidak terkecuali adalah tentangan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Soal penentangan daripada DAP dan PKR itu sememangnya sudah dijangka kerana bagi parti berkenaan perpaduan di kalangan parti politik Melayu adalah merugikan survival ideologi politik kedua parti berkenaan.
DAP dan PKR mahu menjadi seperti yu yang kekenyangan apabila kapal pecah.
Sebaliknya di pihak UMNO, semua pihak menyambut baik cadangan itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan kerendahan hati beliau apabila menerima idea berkenaan dengan hati terbuka malahan memuji sikap ikhlas Hadi.
Bagi UMNO sebarang usaha ke arah menyatukan kedua parti utama orang Melayu iaitu UMNO dan PAS adalah langkah besar yang boleh membawa kestabilan dan keutuhan politik dan negara ini.
Dengan Melayu adalah majoriti penduduk Malaysia dan ia menunjangi politik negara, perpaduan berkenaan sememangnya telah lama dinantikan oleh umat Melayu negara ini.
Tidak ada ruginya sekiranya umat Melayu bersatu.Malahan tidak ada yang perlu ditakuti dari segi politiknya sekiranya Melayu itu bersatu. Melayu bersatu juga akan memberi faedah kepada kaum lain.
Hakikatnya, perpaduan Melayu itu adalah hak orang Melayu.
Tidak ada pihak lain yang boleh menyatakan orang Melayu tidak boleh bersatu.Orang Melayu kena bersatu.
Jikalau jalan yang ada didepan kita adalah memilih penyatuan ataupun perpecahan, kenapakah kita harus memilih perpecahan. Sedangkan jalan perpaduan itu memberi seribu rahmat kepada kita dan perpecahan itu hanya menjerumuskan orang Melayu kepada kebinasaan.
Saya ingin memetik tulisan Dr Mohamad Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis, yang menarik dikongsi bersama. Petikan adalah seperti berikut.
"Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian".
Atas nama perpaduan umat Melayu mahupun perpaduan umat Islam, UMNO dan PAS perlu mencari titik pertemuan.Jalan menuju perpaduan itu berliku dan jauh, tetapi ia harus dimulakan dengan langkah pertama.
Duduk semeja berunding adalah langkah pertama. Biarlah pada perundingan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya tidak banyak persetujuan boleh dicapai, tetapi perundingan perlu diteruskan.
Ingatlah perundingan yang bermula hari ini adalah demi kepentingan anak cucu kita, agama kita dan bangsa kita.

PENDERITAAN ZAHARE DAPAT PEMBELAAN

Penderitaan keluarga Fatimah Osman, yang mempunyai seorang anak terencat akal yang terpaksa ditempatkan dalam ruangan khas telah mendapat perhatian pihak yang bertanggungjawab.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil tindakan segera dengan menghulurkan bantuan awal RM300 kepada keluarga berkenaan dan sedang mengkaji bentuk bantuan yang sesuai diberikan kepada keluarga berkenaan.
Hospital Sultanah Bahiyah juga melakukan susulan bagi membuat pemeriksaan terhadap anak lelaki Fatimah itu.
Penderitaan anak Fatimah, Mohamed Zahare Hamid, 23, dari Kampung Alor Gandak, yang terpaksa dikurung dalam bilik khas itu bagi mengelakkan beliau melarikan diri dari rumah dan melakukan perkara merbahaya, telah mendapat liputan meluas media pada 16 Jun lepas.
Penderitaan keluarga berkenaan dikesan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng semasa beliau menghadiri mesyuarat UMNO cawangan kampung berkenaan.
Guntor Tobeng mengucapkan terima kasih dengan tindakan segera dua jabatan kerajaan itu membantu Mohamad Zahare.
"Saya amat berbangga dengan sikap proaktif kedua jabatan itu segera mencari jalan menyelesaikan masalah keluarga berkenaan. Moga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan penderitaan keluarga berkenaan," katanya.
Beliau berharap Jabatan Pendaftaran Negara dapat membantu menyelesaikan masalah Mohamad Zahare yang masih beluam menukar kepada Mykad kerana beliau tidak dapat dibawa ke pejabat JPN kerana bimbang akan bertindak agressif.
"Kalau boleh JPN turun ke rumah keluarga berkenaan bagi memproses pertukaran kad pengenalan beliau kepada MYkad," kata Guntor.

JELAS TUNGGAKAN ATAU TINDAKAN TEGAS...AZIZAN

ALOR SETAR, 17 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan pemilik rumah awam supaya menjelaskan ansuran sewa-beli rumah mereka bagi mengelakkan tindakan tegas, ekoran tunggakan keseluruhan bayaran kini mencecah lebih RM23 juta.
Beliau berkata antara tindakan tegas yang akan diambil ialah mereka akan diarahkan keluar dan mengosongkan rumah mereka.
"Ansuran rumah ini hanyalah antara RM80 hingga RM120 sebulan, kalau mereka tak sanggup bayar, ada orang lain yang sanggup bayar," kata Azizan.

RENUNG DAN FIKIRKAN SEJENAK...

Thursday, June 18, 2009

PENIAGA BANTAH SISTEM PARKIR...


Seramai 200 peniaga di Kompleks Perniagaaan Utama Sultanah Sambungan, di sini membantah tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengenakan caj tempat letak kereta di kawasan itu kerana menjejaskan perniagaan mereka.
Peniaga terbabit mendakwa sejak caj itu dikenakan bermula 1 Jun lalu kedatangan pelanggan semakin berkurangan menyebabkan perniagaan mereka merosot mendadak.
Seorang pemilik pasar mini, Mohd Yusmi Yaacob, 32, berkata sejak sistem caj letak kereta di situ dikuatkuasakan pelanggan enggan datang ke situ.
“Pada mulanya caj RM1 dikenakan setiap kali masuk, tetapi ia sudah dikurangkan kepada 40 sen sejak minggu lalu, tetapi ia masih belum dapat menarik kembali kedatangan pelanggan untuk berurusan di kompleks perniagaan ini.
“Pelanggan lebih gemar pergi ke lokasi lain yang berhampiran dan tidak dikenakan caj meletak kereta," katanya di sini, semalam.
Mohd Yusmi berkata, sebelum caj itu dikenakan beliau mampu mencatat jualan sehingga RM600 sehari, tetapi kini merosot kepada hanya RM100 sehari.
"Jika keadaan ini berterusan saya dan peniaga lain mungkin akan gulung tikar kerana perlu membayar sewa premis RM2,700 sebulan”, katanya.
Peniaga berkenaan mendakwa mereka sudah memaklumkan mengenai masalah itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi meminta campur tangan kerajaan negeri.
Namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang di ambil untuk mengatasi masalah berkenaan.

APA YANG PASTI KEMELUT YANG BERLAKU KEPADA PENIAGA DI BANDAR RAYA GAGAL DI ATASI OLEH KERAJAAN NEGERI YANG LEBIH BANYAK MELIHAT DARIPADA MENYELESAIKAN MASALAH TERBABIT.
KALAU DULU MEREKA BANYAK MENUDUNG JARI TETAPI SEMUA JARI ITU KEMBALI MENUDING JARI KEPADA MEREKA...

Sampah oh sampah...

Sampah oh sampah mengapa engkau banyak sangat...
macam mana aku tak banyak, lori MBAS tak angkat aku...
Lori oh lori mengapa tak angkat sampah..
macam mana aku nak angkat, lori selalu rosak...
lori oh lori mengapa engkau rosak
macam mana aku tak rosak, aku selalu kena lanyak...

sampah oh sampah mengapa banyak sangat...
macam mana aku tak banyak, tong sampah memang tak cukup
tong oh tong mengapa engkau tak cukup
macam mana aku tak cukup, kantung MBAS sudah kosong...

Cukuplah..takat ni..nak sambung banyak lagi..
Apapun kerajaan negeri la ni pun dok senyap je..
Dulu pandai kata, sampai bawak sampah pi kat MBAS..
Nak tunjuk protes..la ni baru tau betapa susahnya mentadbir...

Wednesday, June 17, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR KE IPTA DAN IPTS

Majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar dalam Parlimen Alor Setar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 25 Jun 2009
Masa : 4 Petang
Tempat : Hotel Star City, Alor Setar

Setiap pelajar yang telah mendaftar dengan Pejabat UMNO Bahagian Alor Setar akan menerima wang tunai RM500 sumbangan UMNO Bahagian Alor Setar.

Sumbangan itu akan disampaikan Ketua Bahagian UMNO Alor Setar yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

TURUN PADANG MENINJAU KEMAJUAN PROJEK




Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah melawat beberapa projek yang sedang dilaksanakan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bakar Bakar.
Lawatan dimulakan dengan meninjau kemajuan projek tebatan banjir di Kampung Berjaya. Projek tebatan banjir 90 peratus hampir siap itu dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir kilat apabila berlakunya hujan lebat.
Selepas itu beliau meninjau projek pembinaan longkang di Blok B, Taman Wira Mergong dan kerja penambahbaikan dewan orang ramai di taman berkenaan. Selepas itu beliau meninjau projek perparitan di Jalan Datuk Syed Ahmad, Alor Merah.
Ahmad Bashah berkata, sebanyak 54 projek pembangunan infrastuktur asas dan sosial dilaksanakan di kawasan Parlimen Alor Setar dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM3.7 juta yang diluluskan oleh kerajaan pusat.
Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng dan Setuausaha UMNO Bahagian itu Abdul Kadir Muhamad.

MENINJAU NASIB WARGA EMAS

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah telah meluangkan waktu bertanya khabar seorang warga emas Aishah Md Isa, 64, yang tidak mampu bergerak sejak beberapa tahun lalu dirumahnya di Lorong Merah 1, Kampung Berjaya.
Ahmad Bashah yang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bakar Bata telah mendengar penderitaan yang dialami wanita berkenaan dan melahirkan rasa simpati dengan kesusahan yang ditanggung beliau.

Beliau turut menghulurkan sumbangan wang tunai kepada Aishah.

Turut hadir semasa kunjungan berkenaan adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng.

Tuesday, June 16, 2009

UMNO ALOR SETAR MASUK FASA KERJA KUAT

Selepas mengambil masa setahun bagi mengemaskan rumahtangganya, UMNO Alor Setar sekarang ini telah masuk fasa turun padang bagi memenangi hati rakyat.
Berpegang kepada konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sekarang ini, UMNO bergerak mendekati rakyat, menyelami masalah rakyat dan mengambil tindakan mengatasi sebarang masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini, tidak mengira mereka orang UMNO ataupun penyokong parti lawan.
Jentera yang ditugaskan bagi mendekati rakyat itu telah diperkemaskan dan disusun agar tertib dan teratur dalam menjalankan tugas.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng yang berucap di majlis penyampaian hadiah pertandingan aspek wanita berkata, selepas pilihanraya umum pada Mac 2008, UMNO menjalani proses pemilihan pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang berakhir pada hujung tahun lepas.
Selepas itu berlaku pula perubahan terhadap pemimpin di peringkat negeri.Semua proses "house keeping" UMNO telah selesai dan fasa yang dialami sekarang adalah fasa buat kerja, turun padang.
Kita ada masa tiga tahun lebih sahaja lagi untuk mendekati orang ramai dan sekiranya semua jawatankuasa UMNO cawangan dan bahagian melaksanakan tugas masing-masing, imej UMNO akan dapat dipertingkatkan dan mampu meraih kembali sokongan pengundi.
Guntor Tobeng berkata UMNO tidak akan mengikut cara parti lawan yang sering berceramah setiap masa, sebaliknya UMNO mahu mengambil pendekatan mendekati, memahami dan menyelesaikan masalah rakyat.
Ceramah ini macam pergi tengok wayang, kita rasa terhibur dengan lakonan penceramah itu tetapi apabila habis ceramah semua balik tetapi apa hasilnya kepada orang ramai yang mendengar ceramah itu, adakah masalah mereka difahami penceramah itu? Yang mereka dengar adalah cacian, makian dan janji kosong sahaja.
Bagi UMNO, biar ia tidak heboh dengan ceramah tetapi ia dekat dihati rakyat menerusi pendekatan mengambil hati dan berkhidmat.

PERJELASAN PERLANTIKAN SHAFIE APDAL

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng telah menggunakan kesempatan perasmian mesyuarat cawangan UMNO dalam Bahagian Alor Setar bagi menerangkan rasional perlantikan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Guntor Tobeng berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat kajian yang teliti mengenai suasana geopolitik Kedah dan kedudukan sosioekonomi negeri ini dalam beliau membuat keputusan menghantar Shafie memimpin UMNO Kedah.
Jelas beliau, yang dihantar oleh Najib kepada orang Kedah bukan Shafie semata-mata, mahupun kerana isteri beliau berasal dari Sungai Petani, tetapi yang dihantar adalah segala macam projek pembangunan bagi memajukan kampung di bawah kementerian itu.
"Dengan dana tahunan kementerian itu sebanyak RM500 juta, Shafie sudah tentu memberi perhatian khusus dalam aspek pembangunan Kedah yang rata-rata penduduknya masih lagi duduk di kampung," kata beliau.
Walaupun dalam aspek pembangunan, Kedah telah mencapai 90 peratus dalam bekalan tenaga elektrik dan bekalan air paip kepada seluruh penduduk negeri ini, masih ada lagi kawasan yang masih daif dari segi kemudahan asas serta pembangunan ekonomi, dan ia sangat memerlukan perhatian serta pembelaan.
Jangan lupa masih ramai lagi orang susah yang tidak mempunyai pendapatan tidak tetap, masih ramai yang hidup hanya dengan pendapatan RM250 sebulan dan masih banyak jalan yang belum diturap dan bermacam lagi permasalahan pembangunan.
Begitu juga soal meningkatkan pembangunan ekonomi, bagaimanakah kaedah yang boleh dilakukan bagi menjana ekonomi penduduk kampung, apakah lagi yang perlu dilakukan bagi mengeluarkan rakyat miskin dari belenggu kemiskinan hidup itu dan bagi memastikan kemiskinan itu tidak diwarisi.
"Jawapannya, semua program pembangunan itu ada di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Projek jalan kampung ada peruntukan di bawah kementerian itu, projek elektrik dan air kampung ada di bawah kementerian itu dan program membasmi kemiskinan sudah ada bermacam-macam di bawah kementerian itu," katanya.
Hakikatnya, kata Guntor, orang Kedah beruntung kerana Shafie yang dipilih menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Oleh itu, Guntor Tobeng mahu UMNO Kedah tidak merasa rendah diri apabila dituduh parti lawan bahawa UMNO Kedah bertuankan orang luar dan UMNO Kedah sudah tiada pemimpin tempatan yang hebat.
"Pertamanya saya ingin tekankan, tidak ada istilah bertuankan orang luar kerana Shafie adalah Naib Presiden UMNO dan UMNO adalah sebuah parti yang bersikap terbuka kepada soal kepimpinan. Keduanya saya tekankan bahawa kita perlu melihat situasi di Kedah sekarang ini, dimana UMNO dan BN sudah menjadi pembangkang dengan moral anggota UMNO juga sudah tergugat. Dengan menghantar seorang yang mempunyai jawatan tinggi dalam parti diperingkat pusat serta mempunyai jawatan Menteri, ia lebih melicinkan perjalanan dan perlaksanaan program parti, terutama dalam merangka strategi menewaskan Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke-13 nanti".
"Lagipun, tidak ada salah orang bukan dari negeri ini menjadi pemimpin kerana dalam sejarah negara lain juga berlaku begitu manakala dalam sektor korporat ia diamalkan dengan ketara, begitu juga dalam bidang sukan".
"Dalam konteks politik Malaysia pula, MCA juga pernah melakukan perkara yang sama dan ia terbukti berjaya. Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan dari Johor pernah jadi Pengerusi MCA Kedah".

UMNO ALOR SETAR DAPAT RM3.6 JUTA PERUNTUKKAN PEMBANGUNAN

UMNO Bahagian Alor Setar menerima peruntukkan pembangunan berjumlah RM3.6 juta bagi menjalankan 54 projek di sekitar kawasan Parlimen Alor Setar bagi sepanjang tahun 2009 ini.
Antara projek yang bakal dijalankan adalah memperbaiki jalan, lampu jalan, surau dan pelbagai projek lagi.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng berkata, UMNO Alor Setar bertuah kerana ia memperolehi lebih banyak peruntukan kerana Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah adalah juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
Biasanya, peruntukan berkenaan disalurkan menerusi Ahli Parlimen, tetapi kerana kedudukan ketua Bahagian Alor Setar di peringkat UMNO Negeri Kedah, ia menerima lebih banyak peruntukan, kata Guntor semasa merasmikan mesyuarat UMNO Cawangan Batu 2 Sungai Korok pada 12 Jun lepas.
Guntor, yang juga Pengerusi Biro Pembangunan UMNO Bahagian Alor Setar mahu ketua cawangan aktif mengenalpasti projek yang boleh dilaksanakan di kawasan masing-masing.
Apabila dikenalpasti projek yang boleh dilaksanakan bagi kepentingan penduduk kawasan berkenaan, maju permohonan segera kepada Biro Pembangunan supaya kita dapat memasukkan permohonan berkenaan bagi mendapat peruntukan, tegas beliau.

PRIHATIN NASIB WARGA EMAS KUDUNG KAKI


Dalam program mengunjungi rumah kenduri perkahwinan di Taman Wira Mergong, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng telah sempat mengunjungi seorang wanita warga emas yang cacat kaki kiri.
Aminah Hashim, yang berusia 63, telah dipotong kaki kiri sejak beberapa tahun lepas kerana kencing manis.
Ibu tunggal kepada lima anak itu tidak dapat bergerak aktif bagi mencari rezeki kerana kecacatan berkenaan dan terpaksa mengharapkan bantuan anak-anaknya yang sudah bekerja bagi kelangsungan hidup.
Beliau pernah memohon bagi mendapatkan kaki palsu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi kerana masalah mendapatkan sebutharga dengan pembekal kaki palsu, usaha beliau bagi mendapatkan kaki palsu sejak dua tahun lepas hanya menjadi harapan.
Beliau, yang tinggal di C-76, Taman Wira sangat berharap mendapat kaki palsu itu kerana mahu berusaha mencari rezeki sendiri.
Saudara Guntor Tobeng yang simpati dengan nasib Puan Aminah berjanji akan mencari jalan menyelesaikan masalah wanita itu.
"UMNO Alor Setar akan membantu dengan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat melihat semula permohonan wanita itu dan kita juga akan mencari pembekal agar kaki palsu yang sesuai dapat diperolehi Puan Aminah," kata Guntor.

BANTUAN PPRT DAN MESRA RAKYAT

Bagi meringankan mereka yang ditimpa musibah, bencana dan hidup dalam kesusahan UMNO Bahagian Alor Setar telah menyediakan beberapa bantuan bagi meringankan bebanan.
Bantuan yang disediakan adalah bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi memperbaiki rumah dan bantuan mesra rakyat bagi yang ditimpa bencana.
Bantuan juga disediakan bagi mereka yang miskin, orang kurang upaya, yang ditimpa bencana alam seperti banjir dan ribut.
Penduduk dalam bahagian Parlimen Alor Setar yang layak mendapat bantuan berkenaan diminta segera menghubungi saudara Ishak Ismail, Tel: 019-4313361, 04-7352301 ataupun membuat permohonan menerusi ketua cawangan UMNO di kawasan anda.

Monday, June 15, 2009

Sentuhan Masyarakat..di Kampung Alor Kandis.

BUKAN KEHENDAK HATI IBU...Timbalan Ketua Umno Bahagian Alor Star, Muhamad Guntor Mansor Tobeng menziarahi adik Mohamad Zahare Hamid, 23 yang terpaksa dikurung sejak berusia lapan tahun di sebuah bilik berdindingkan batudan pintu geriji di Kampung Alor Kandis, Mukim Tajar, kelmarin.

Ibunya, Fatimah Ahmad, 56 terpaksa mengurung anak keenamnya kerana mengalami kecacatan mental akibat demam panas ketika berusia setahun sebagai langkah keselamatan untuk mengelak kejadian tidak dingini berlaku.

Anak kembar daripada tujuh beradik itu menghabiskan sebahagian masanya di dalam bilik itu kerana dia tidak dapat menguruskan diri selain bertindak agresif serta tidak pulang ke rumah jika dibenarkan keluar bilik berkenaan.

Sebagai parti yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat, penderitaan keluarga berkenaan sudah pasti diberikan perhatian.

Mohamad Guntor berkata, pihaknya akan membantu keluarga berkenaan termasuk meminta bantuan pakar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk merawat penyakitnya.

Beliau berkata UMNO Bahagian Alor Star akan memberi sumbangan secara berterusan terutama keperluan seperti lampin pakai buang dan susu untuk kegunaan Mohamad Zahare.
Turut menerima bantuan ialah Ishak Jaafar, 55, yang menderita penyakit yang kecacatan mental di kampung berkenaan yang tinggal bersama ibunya, Dah Othman.



Saturday, June 13, 2009

MUHYIDDIN SUNTIK SEMANGAT UMNO KEDAH



Lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi suntikan semangat kepada ahli UMNO Kedah dengan memberi kata nasihat dan perangsang kepada ahli UMNO.
Muhyiddin telah menghadiri jamuan jamuan tengahari bersama para peminpin UMNO Kedah selepas majlis bersama rakyat di perkarangan Masjid Padang Lalang, Langkai.
Pada majlis itu Muhyiddin mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta kepada jumlah yang sedia ada iaitu RM500 bagi menambah baik serta membesarkan lagi Masjid Padang Lalang.
Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Wednesday, June 10, 2009

Sentuhan Politik...isu kerajaan Perpaduan

SIDANG AKHBAR...UMNO Kedah membidas fahaman sempit kumpulan Erdogan Pas yang menolak sepenuhnya idea pembentukan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.

Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kumpulan berkenaan sebenarnya mempunyai kepentingan politik sendiri dan sanggup mengenepikan agenda untuk pembangunan negara, agama dan orang Melayu keseluruhannya.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan perlu bersikap terbuka dan memahami kehendak pemimpin mereka dengan membuat penelitian menyeluruh mengenai hasrat murni pemimpin mereka demi kepentingan negara.

"Golongan ini sebenarnya sengaja menyempitkan pandangan mereka semata-mata untuk kepentingan politik terutama untuk meraih undi perwakilan ketika Muktamar Pas ke-55 baru-baru ini,.

"Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersifat terbuka berhubung cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan, mengapa mereka perlu berdolak-dalik dan menentang idea pemimpin mereka sendiri," katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2008 di sini, semalam.

Ahmad Bashah berkata, idea untuk pembentukan kerajaan perpaduan itu harus dimulakan jika ia benar-benar berorientasikan kepada pembangunan negara dan rakyat serta mengenepikan fahaman politik.

Ahmad Bashah yang juga Ketua Umno Bahagian Alor Star berkata, Umno Kedah menyambut baik dan berbangga atas cadangan kerajaan perpaduan yang dikemukan oleh Hadi.

"Umno Kedah bersedia untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin Pas negeri bagi membincangkan perkara itu sekiranya Majlis tertinggi Umno memutuskan untuk berbuat demikian.
"Kita menyokong sepenuhnya sebarang usaha yang dilakukan demi kebaikan rakyat dan negara dalam semangat 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata Umno Bahagian Alor Star kini mengambil pendekatan ‘sentuhan berterusan’ dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno.

Beliau berkata, pendekatan yang diambil itu adalah sejajar dengan konsep 1Malaysia yang menuntut agar rakyat didahulukan.

Sentuhan Berterusan...

PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG...Seramai 100 pelajar di Parlimen Alor Setar yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR) tahun lalu menerima sebuah basikal dan wang tunai daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Selasa lalu.
Program tahunan anjuran Biro Pelajaran Umno Bahagian Alor Setar itu diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar berkenaan di atas kejayaan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lalu.
Ahmad Bashah yang juga Ketua Umno Bahagian Alor Setar, berkata sebanyak RM25,000 diperuntukkan bagi program berkenaan selaras dengan usaha Umno untuk memberi kemudahan terbaik kepada rakyat terutama di peringkat akar umbi.
Beliau berkata, kejayaan pelajar terbabit adalah hasil pengorbanan pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan guru-guru selain usaha serta kesungguhan pelajar itu sendiri untuk mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan berkenaan.
"Kerajaan mengeluarkan belanja yang banyak untuk memastikan setiap pelajar di negara ini mendapat pendidikan yang sempurna.
"Pelajar-pelajar ini adalah aset kepada negara dan kita akan terus memberi perhatian dan penghargaan di atas setiap kejayaan yang mereka kecapi," katanya ketika merasmikan majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar terbabit di Pusat Khidmat Adun Bakar Bata, dekat sini, Selasa lalu.
Selain itu, pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan insentif sebanyak RM500 untuk diberikan kepada pelajar di Parlimen Alor Star yang mendapat tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta pada tahun ini.
Menurutnya, satu majlis penyerahan insentif berkenaan akan diadakan pada 26 Jun ini sebagai perhargaan kepada pelajar terbabit yang mendapat keputusan yang cemerlang sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Katanya, pelbagai usaha sedang dirancang untuk memastikan sentuhan 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dapat sampai ke peringkat akar umbi.
"Apa yang dilakukan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno yang bakal membawa perubahan kepada rakyat di negeri ini," katanya.

Tuesday, June 9, 2009

Sentuhan Berterusan...kunjungan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)

Kegembiraan jelas terpancar diwajah jurukamera TV3, Jefri Aziz selepas menerima kunjungan daripada Timbalan Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng di wad 3c, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), semalam.
Beliau memperuntukkan masa lebih 30 minit sambil menghulurkan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung Jefri yang mengidap penyakit kanser usus sejak setahun lalu.

Jefri yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun bersama TV3 dijangka menjalani pembedahan Khamis ini di HSB.



Dalam kunjungan ke HSB itu, Ir Guntor turut menziarahi seorang pesaraguru Ismail Sharie, 63, dari Batu 2 1/2 Jalan Datuk Kumbar jatuh pokok durian setinggi 3.3 meter ketika hendak memetik buah durian untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir selepas solat Isyak malam kelmarin.
Akibat dari jatuh pokok durian Ismail patah tanah kanan dan pingggang, kini beransur sembuh. Ismail menerima rawtan di wad 3A Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Sunday, June 7, 2009

Menghadiri Majlis Perkahwinan

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah bersama isteri Datin Paduka Hizam Ahmad Awang (kiri), Timbalannya Ir Muhammad Guntur Mansor Tobeng (dua'kanan)dan Setiausaha UMNO Bahagian itu (kanan) menghadiri majlis kenduri di beberapa buah kampung dan taman sempena musim cuti sekolah.

Ahmad Bashah menerima 150 undangan majlis kenduri kahwin selepas mengistiharkan sumbangan 500 biji telur ayam dan 50 kilogram beras kepada orang ramai di dalam bahagian itu yang ingin mengadakan kenduri kahwin.



Ketua Bahagian UMNO Alor Setar Melawat Warga Emas

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bakar Bata (kanan) mengambil kesempatan melawat Abdul Wahab Abdullah, 69, yang mengalami demam di rumahnya di C-34 Taman Wira Mergong, di sini.




Ahmad Bashah bersama Timbalannya Ir Muhammad Guntur Mansor Tobeng dan Ahli Jawatankuasa menerima undangan 150 majlis perkahwinan sempena musim cuti persekolahan.

UMNO Bahagian itu sebelum ini mengistiharkan sumbangan 500 biji telur dan 50 kilogram beras kepada orang ramai di dalam bahagian itu yang ingin mengadakan kenduri kahwin.

Sempena lawatan itu Ahmad Bashah menghulurkan sumbangan wang tunai.


SENTUHAN KEMASYARAKATAN...


RINGAN SAMA DIJINJING, BERAT SAMA DIPIKUL....Timbalan Ketua Bahagian UMNO Alor Setar, Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng meluang masa lebih satu jam untuk bersama dengan penduduk dan petugas termasuk membantu membasuh pinggan di majlis perkahwinan pasangan Raja Sehari, Nurhanita Zainal Abidin dan Nurahman Zulkifli di Kampung Suka Menanti Hilir, Alor Setar.

SENTUHAN KEMASYARAKATAN...

MOHON KEBERKATAAN ILAHI...Pemimpin mesra rakyat, Ir Muhamad Guntor Mansor Tobeng bersama jemaah dan penduduk Taman Sri Indah memohon restu bagi meraikan pasangan pengantin Raja Sehari, Mohd Shufi Salim, 27, dan Masitoh Othman, 27, di Taman Sri Indah, Alor Setar.

SENTUHAN KEMASYARAKATAN...


WALIMATULURUS...

TEPUNG TAWAR...Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng meraikan pasangan pengantin Raja Sehari, Mohd Shufi Salim, 27 dan Masitoh Othman, 27, di Taman Sri Indah, Alor Setar.




Saturday, June 6, 2009

HADIAH CEMERLANG UPSR


Sebuah basikal akan dihadiahkan kepada setiap pelajar dalam kawasan parlimen Alor Setar yang mencatatkan keputusan cemerlang UPSR pada tahun 2008.

Hadiah akan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bakar Bata Datuk Paduka Bashah Md Hanipah yang juga Ketua Bahagian UMNO Alor Setar.

Butiran majlis tersebut :
Tarikh: 9 Jun 2009
Masa: 9.30 pagi
Lokasi: Pusat Khidmat ADUN Bakar Bata


Orang ramai dijemput memeriahkan majlis itu dan meraikan kanak-kanak yang menjadi kebangaan warga Alor Setar itu.

Sekalung Tahniah kepada kanak-kanak yang bakal menerima hadiah pada majlis itu. Kecermelangan anda semua menjadi harapan bangsa dan negara.

Maklumat lanjut sila hubungi Encik Ishak Ismail. Tel 019-4313361

Wednesday, June 3, 2009

SENTUHAN KEMASYARAKAN...


MELENTUR BULUH... Timbalan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng beramah mesra dengan peserta program Khemah Ibadat Rakan Muda anjuran UMNO cawangan Kampung Alor Buluh, Alor Semela, di sini, 30 Mei lalu. Seramai 53 peserta berusia antara 10 tahun hingga 15 tahun menyertai program itu bagi mengisi ruang sempena cuti persekolahan mereka. Program selama dua hari itu menekankan soal ibadah sembahyang, pengurusan masa dan mendisiplinkan diri bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala tidak sihat seperti penagihan dadah, menonton gambar lucah dan samseng jalanan. Program sebegini wajar dicontohi dan diperbanyakkan bagi memberi suntikan baru kepada golongan remaja yang menjadi nadi kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Hadir sama Pengerusi Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah Mazlan Abdul Rahman, Penyelaras Program, Madowan Ahma yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampong itu.