Saturday, May 30, 2009

SENTUHAN KASIH SAYANG...

MELENTUR BULUH... Timbalan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng beramah mesra dengan peserta program Khemah Ibadat Rakan Muda anjuran UMNO cawangan Kampung Alor Buluh, Alor Semela, di sini, 30 Mei lalu.

Seramai 53 peserta berusia antara 10 tahun hingga 15 tahun menyertai program itu bagi mengisi ruang sempena cuti persekolahan mereka.

Program selama dua hari itu menekankan soal ibadah sembahyang, pengurusan masa dan mendisiplinkan diri bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala tidak sihat seperti penagihan dadah, menonton gambar lucah dan samseng jalanan.

Program sebegini wajar dicontohi dan diperbanyakkan bagi memberi suntikan baru kepada golongan remaja yang menjadi nadi kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Hadir sama Pengerusi Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah Mazlan Abdul Rahman, Penyelaras Program, Madowan Ahma yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampong itu.

SENTUHAN SEMASA...

BENCI KEGANASAN...UMNO Bahagian Alor Setar dengan kerjasama pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah menganjurkan seminar "Menangani Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak" peringkat Parlimen itu, di sini, baru-baru ini.

Seminar yang mendapat sambutan mengalakkan daripada kaum wanita itu dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata selaku Ketua UMNO Bahagian itu.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng dan Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan) Pembangunan Wanita Negeri Kedah Noor Aidziyun Morad.

SENTUHAN MESRA...

MESRA...Datuk Ahmad Bashah beramah mesra dengan penduduk di rumah di rumah Pengerusi JKKP Datuk Dr Wan Shamsuddin Yuof di Jalan Sungai Korok, Alor Setar selepas melawat pesakit prostat Ishak Shaari dan Yew Suan Lui, 41, yang lumpuh separuh badan di Jalan Sungai Korok, di sini baru-baru ini.

SENTUHAN KEMASYARAKATAN..



KOMITMEN..selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sentiasa mengutamakan dan memenuhi keperluan rakyat sehingga ke peringkat akar umbi.
Terbaru beliau mengunjungi seorang bekas pengawal keselamatan, Ishak Shaari (kiri), 63, di rumahnya Jalan Sungai Korok, di sini, yang mengidap penyakit prostat.
Selain menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan untuk meringankan beban pesakit, beliau turut memberi suntikan semangat kepada Ishak untuk berjuang dalam melawan penyakitnya.

SENTUHAN KEMASYARAKATAN..



PRIHATIN... Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah beramah mesra dengan Lim Foong Mui, 7, anak kepada Yew Suan Lui, 41, yang lumpuh separuh badan yang kini terlantar di rumah sewanya di 334-A, Jalan Sungai Korok, di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata merangkap Ketua Umno Bahagian Alor Setarbersama jawatankuasanya meluangkan masa melawat keluarga itu sejurus selepas menerima maklumat mengenai penderitaan keluarga berkenaan.

Apa yang pasti sentuhan pemimpin berjiwa rakyat itu berjaya memberi sinar baru kepada pesakit itu yang kelihatan begitu gembira sejurus menerima bantuan sebuah kerusi roda, keperluan barangan makanan dapur dan wang tunai.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) Datuk Dr Wan Shamsuddin Yusof (kiri) dan wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Kota Setar.

Thursday, May 28, 2009

SENTUHAN PEMIMPIN PRIHATIN..



Keprihatinan YB Datuk Bashah Md Hanipah untuk membantu masyarakat diserlah lagi dengan satu sumbangan kepada setiap penduduk di Parlimen Alor Setar yang mengadakan majlis perkahwinan.

SUMBANGAN KENDURI KAHWIN
  • 50 KILO BERAS
  • 500 BIJI TELUR AYAM
Hantar jemputan anda ke Ketua Cawangan masing-masing atau Pusat Khidmat Adun Bakar Bata melalui Ishak Ismail di talian 019-4313361.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini...

Tuesday, May 26, 2009

SENTUHAN BARU...

  1. Bantuan Kematian - Peralatan kain kafan untuk jenazah
Pihak Pusat Khidmat Adun Bakar Bata melalui YB Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah akan menyediakan peralatan ini untuk diserahkan kepada waris.
Maklumkan kepada pemimpin terdekat dengan rumah anda atau hubungi Pusat Khidmat di talian 04-7352301.

SENTUHAN BARU DI BAHAGIAN ALOR SETAR






Pemimpin prihatin...

Sumbangan kepada pelajar yang memasuki IPTA/IPTS

Setiap pelajar Bumiputra di Bahagian Alor Setar yang berjaya mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS berpeluang untuk menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500 daripada Umno Bahagian Alor Setar.
Bantuan wang tunai ini adalah sumbangan Ketua Bahagian Alor Setar, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah danNaib Ketua Bahagian, Haji Yusoff Ismail.

Bagaimana caranya...




  • Dapatkan borang bantuan di Pusat Khidmat Adun Bakar Bata di Km 3, Jalan Putera, Alor Star atau hubungi Ishak Ismail di talian 019-4313361 dan 04-7352301.


Apa tindakan seterusnya...




  • Pusat Khidmat akan menghubungi anda selepas menetapkan satu tarikh untuk majlis penyerahan sumbangan berkenaan.




Inilah satu pengorbanan yang dilakukan oleh pemimpin Umno untuk memastikan anak bangsa seagamanya terbela dan seterusnya melangkah ke menara impian bersama iringan doa keluarga tersayang.

Monday, May 25, 2009

SENTUHAN BARU...

SANTAI...Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Kedah bersama Timbalannya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyaksikan perlawanan akhir bola sepak kanak-kanak sempena Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas peringkat Kedah di Alor Setar.

SENTUHAN MESRA RAKYAT...1MALAYSIAN




ZIARAH...Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bersama Timbalannya, Mohd Guntor Mansor Tobeng turun ke padang untuk bertemu dengan masyarakat yang memerlukan sentuhan baru terutama daripada pemimpin UMNO.

BERHATI-HATI...


Pencuri tak memilih mangsa...


Ini terjadi kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah apabila kereta Proton Wajanya yang diletakkan di hadapan rumahnya di Taman Rakyat Mergong dicuri seminggu lalu.

Pada 23 mei, kenderaan milik Adun Bakar Bata ini ditemui di kawasan semak di belakang sebuah sekolah di Jalan Putera, di sini dengan sebahagian kompenan seperti pintu, tempat duduk, aksesori, bateri, lampu dan banyak lagi alat ganti di curi.

Jadi kita semua perlu lebih berhati-hati kerana kumpulan penyangak ini sentiasa berkeliaran di kawasan rumah terutama di taman-taman perumahan di bandar ini.

Apa yang penting masyarakat perlu bekerjasama termasuk memasang lampu di kawasan rumah masing-masing untuk memastikan penjenayah tidak berani untuk masuk ke kawasan taman masing-masing.

Penduduk juga boleh bersepakat dengan mewujudkan jawantankuasa atau pasukan ronda yang akan bergilir-gilir untuk membuat rondaan pada setiap malam di taman dan kawasan masing-masing.

"JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"