Sunday, October 18, 2009

PENTERJEMAHAN SEMULA PERJUANGAN UMNO

Selepas berakhirnya Persidangan Agung UMNO di PWTC 16hb lalu pasti akan menambah semangat para pemimpin dan perwakilan UMNO yang hadir. Kepimpinan tertinggi UMNO membuat ucapan yang begitu bersemangat untuk merubah lanskap politik Malaysia terutama UMNO.

Pelbagai amanat telah disampaikan oleh Presiden UMNO Y.A.B Dato Seri Utama Mohd Najib Razak dalam menterjemahkan semula perjuangan UMNO mengikut acuan konsep satu Malaysia , rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan.

Namun apa yang khuatirkan sejauh manakah amanat dan pesanan Y.A.B Presiden dapat diterjemahkan oleh pemimpin bahagian dan para pewakilan ke akar umbi. Apakah implementasi yang perlu dilakukan untuk menterjemahkannya ke akar umbi.

Akar umbi UMNO sudah lali sebenarnya dengan retorik perlaksanaan program yang dilakukan oleh pemimpin bahagian, seolah-olah tiada pengisian kearah perjuangan yang sebenar dalam mencapai objektif perjuangan UMNO iaitu memartabatkan bangsa melayu khususnya.

Rata-rata ahli UMNO di peringkat akar umbi masih melihat pemimpin mereka sebagai golongan elit yang susah untuk didekati. Ini kerana cara dan imej yang tunjukan oleh pemimpin sendiri yang diperhatikan oleh ahli-ahli akar umbi.Mereka merasakan mereka bukan sebahagian daripada perjuangan UMNO apabila kadangkala pandangan dan kritikan mereka dicemuh kembali oleh pemimpin mereka. Ada diantara mereka merasa tertipu oleh janji-janji perubahan yang hendak dilakukan oleh pemimpin tetapi tiada apa yang berubah.

Kemesraan antara pemimpin dan ahli akar umbi seolah-olah hanya lakukan , mesra semasa hendakan sesuatu. Ini dapat dilihat dalam beberapa aktiviti dan program dimana pemimpin hanya mengekori ketua bahagian denagan tidak memperdulikan ahli-ahli yang hadir pada program tersebut.

Pemimpin UMNO diperingkat bahagian perlu sebenarnya memberi panduan kepada pemimpin peringkat cawangan dalam cara membuat program yang boleh memberikan impak positif kepada parti. Namun apa yang terjadi kekuranga idea dan daya kreativiti pemimpin bahagian antara penyebab tiada gerak kerja kearah perubahan secara total diperingkat akar umbi.

UMNO perlu membuat penterjemahaan semula dalam perjuangan , pemimpin perlu berfikir cara memperanankan ahli-ahli akar umbi dalam perjuangan ini. Ia perlu diterjemahkan secara radikal , dengan kata lain “apa kah kelebihan menjadi ahli parti UMNO daripada menjadi ahli parti Pembangkang” kerana UMNO adalah sebuah parti yang sudah lama , maka mesti ada keistemewaan kepada ahli-ahli berbanding parti pembangkang.

Ini lah antara kata-kata orang-orang muda “apa bezanya masuk UMNO dengan masuk PKR atau PAS”.

Apa yang diperkatakan ini bukannya menghukum pemimpin tetapi realiti sebenarnya.

Emel: Pemerhati UMNO

Friday, September 18, 2009

SUMBANGAN DI PARLIMEN ALOR SETAR...

PRIHATIN...Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Md Hanipah menyampaikan sumbangan kepada 500 golongan tidak berkemampuan, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) dalam satu majlis di Masjid Taman Wira Mergong, baru-baru ini.

Sumbangan berupa wang tunai itu adalah sebahagian daripada keprihatian Naib Ketua Bahagian, Yusof Ismail yang menunaikan zakat perniagaannya untuk dibahagikan kepada mereka yang layak di Parlimen Alor Setar.


Jangan Calonkan Isa Samad - Dr Mahathir

PUTRAJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini.

"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," katanya dalam temuramah dengan Bernama.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Isa turut disenarai sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.

Dr Mahathir berkata walaupun Umno bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri mahukan dirinya bertanding, mereka perlu ingat bahawa pilihan raya kecil itu bukan melibatkan wakil dari Umno bahagian itu sahaja yang bertanding.

Ini kerana rakyat akan melihatnya sebagai mewakili Umno dari seluruh negara dan menggambarkan pendirian Umno, katanya.

"Macam satu orang boleh menang jadi Presiden Umno tapi tak bermakna dia boleh menang pilihan raya," katanya.

Samy Vellu Satu Liabiliti Pada BN - Dr Mahathir

PUTRAJAYA, 18 Sept (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"

Tindakan Dr Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.

Dr Mahathir berkata pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.

"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.

"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.

"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.

Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Dr Mahathir berkata apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.

Dr Mahathir berkata pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.

"Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.

"Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi.

Dr Mahathir berkata pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.

Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.

Dr Mahathir juga berkata Samy Vellu kerana tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.

Samy, kata Dr Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.

"Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong," kata Dr Mahathir.

Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.

"Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.

"Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orang Melayu, saya perlu tegur," kata Dr Mahathir.

-- BERNAMA

Monday, September 14, 2009

MAJLIS SUMBANGAN DI DUN ALOR MENGKUDU

DUIT RAYA... Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (dua'kanan) menyampaikan sumbagan kepada penduduk di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, di Sekolah Menengah Tajar, di sini, baru-baru ini.

Ahmad Bashah yang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah memberitahu Biro Kebajikan UMNO Bahagian itu memperuntukan duit raya kepada 560 penduduk dari 56 cawangan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

Hadir sama Timbalana Ketua UMNO Bahagian itu Ir Muhamad Guntur Togbeng Mansor Tobeng (tiga'kanan) dan Naib Ketuanya Yusof Ismail (kanan).

Saturday, September 5, 2009

BUBUR LAMBUK BAHAGIAN ALOR SETAR JADI PILIHAN...

Ketua Bahagian Umno Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah menyerahkan bubur kanji atau bubur lambuk dan air halia kepada penduduk setempat baru-baru ini.

Program pemberian bubur kanji UMNO Bahagian Alor Setar diadakan setiap hari, bermula pada 2hb Ramadhan sehingga 28hb Ramadhan, bermula jam 4.00 petang.

Sebanyak lima periuk bubur lambuk ini disediakan untuk orang ramai oleh 30 orang petugas yang terdiri dari Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, AJK Wanita, Pemuda, Puteri dan AJK Cawangan akan bertugas secara bergilir-gilir untuk membahagikan bubur berkenaan kepada orangramai.

Friday, September 4, 2009

TAK PERLU BAZIRKAN WANG - DATUK AHMAD BASHAH

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah berkata UMNO Kedah tidak akan membazirkan wang rakyat hanya untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau berkata lebih baik wang bagi membeli lima wakil rakyat itu digunakan untuk pembangunan dan faedah rakyat.

"Kalau Umno hendak buat perkara itu (beli), ini bukan masanya," katanya

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak seperti biasa mendakwa wujud beberapa cubaan mengumpan wakil rakyat gabungan PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP melompat parti sejak tahun lepas untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS di Kedah.

TAKTIK RAIH SOKONGAN POLITIK-TUN MAHATHIR...

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata rakyat dan rakyat dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu ambil peduli tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang di Perak semalam kerana ia hanya taktik mereka untuk meraih sokongan politik.

Dr. Mahathir berkata, ADUN pakatan pembangkang bertindak demikian untuk meraih undi daripada rakyat dengan cuba menggambarkan BN sebagai sebuah parti yang teruk.
“Dia nak cari undi, nak menunjukkan betapa teruk BN. Kalau kita halang dia, nampak lagi buruk,” katanya.

“Dia nak buat, biar pi dia buat. Buat apa nak ambil peduli. Bukan ada taraf rasmi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli-belah dan meninjau Kompleks Pekan Rabu di sini hari ini.

Ditanya tindakan Speaker DUN Kedah mahu mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan kedudukan ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif di mahkamah, beliau berkata, Datuk Dr. Abdul Isa berhak berbuat demikian jika terdapat peruntukan undang-undang yang membolehkan perkara itu dibawa ke badan kehakiman.

Kata beliau, sebagai sebuah negara yang mempunyai undang-undang sendiri, hasrat Abdul Isa untuk mencabar keputusan SPR di mahkamah tidak boleh ditahan.

Nampaknya semua taktik yang digunakan oleh pembangkan sudah diketahui umum. Jadi tak perlulah mereka menipu rakyat dengan lakonan yang sudah diketahui jalan cerita dan penamatnya.

Berpijaklah di bumi yang nyata bahawa Kerajaan Perak kini ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional..

Wednesday, September 2, 2009

SPEAKER KEDAH GIGIT JARI...


Hasrat Speaker DUN Kedah, Datuk Abdul Isa Ismail untuk mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh tidak kesampaian apabila SPR memutuskan kerusi itu kekal menjadi milik Adun BN, Datuk Abu Hassan Sarif.

SPR mendapati kegagalan menghadiri mensyuarat tidak bercanggah dengan Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKNK).

SPR mendapati mesyuarat yang tidak dihadiri oleh Abu Hassan bukan dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal seperti yang didakwa oleh Speaker Kedah.

Serentak itu, Datuk Abu Hassan berkata keputusan itu adalah kemenangan buat dirinya dan BN kerana sebelum ini dia tidak mempunya rekod buruk berhubung kehadirannya ke mesyuarat.

Jadi selepas ini, seperti kebiasaannya, macam-macam spekulasi yang akan dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang tidak dapat menerima keputusan ini.

Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan sendiri bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah bagi melawan keputusan ini kerana tidak menyangka SPR akan membuat keputusan sebaliknya.

Nampaknya Ustaz Azizan bertambah pening dengan fenomena politik yang berlaku di Kedah...

Friday, August 28, 2009

SENTUHAN 1MALAYSIA DI SIK..

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah meninjau keadaan rumah seorang penduduk di Kampung Batu Seketul, Sik baru-baru ini sambil menyampaikan sumbangan kepada 32 mangsa ribut di kampung berkenaan.

Datuk Ahmad Bashah berkata, sejumlah RM173,000 peruntukkan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) untuk membaiki atau membina semula rumah yang rosak.

Beliau berkata Kerajaan Pusat yang dipimpin Barisan Nasional (BN) amat prihatin dengan masalah yang menimpa penduduk di negeri ini walaupun diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, bantuan itu membuktikan BN berpegang teguh kepada slogan tradisi membela rakyat.

Tuesday, August 25, 2009

'Buat apa tunggu dalam PKR lagi?

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor bersyukur apabila semakin ramai pemimpin serta ahli parti itu sedar dan tidak mahu lagi bersubahat dengan pegangan politik yang merosakkan agama, bangsa dan negara.

Tegas beliau, kesedaran berkenaan timbul apabila mereka mendapati agenda politik PKR adalah untuk memenuhi kerakusan nafsu politik dan peribadi penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.

Ezam berkata, beliau juga akan berdoa semoga lebih ramai yang sedar malah meyakini Allah akan membuka pintu hati ahli dan pemimpin PKR kepada kebenaran satu masa nanti.

Pemimpin PKR dah jadi lain sekarang." Itu pesanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu kepada wakil rakyat serta ahli PKR yang masih dalam dilema sama ada mahu keluar atau terus kekal dalam parti itu.

Beliau yang merupakan antara dua wakil rakyat terawal yang keluar dari PKR berkata, perjuangan PKR sudah jauh berubah selepas menang banyak kerusi pada pilihan raya umum lepas.

"Pejuang-pejuang tulen dalam PKR sudah terpinggir sebenarnya. Ramai muka-muka baru cuba menonjol sebab parti dah ada kuasa sekarang.

"Dulu orang tak pandang dan tak mahu dekat dengan PKR tetapi apabila dah bentuk kerajaan, orang yang tidak pernah nampak muka dalam PKR sekarang ke depan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohd. Osman, pada pandangannya, Mohd. Radzhi mungkin bertindak demikian kerana mendapat tekanan daripada PKR atau pakatan pembangkang terutamanya Pas.

"Apa yang dilakukan beliau merupakan satu tindakan bijak dan berani. Ini juga memberikan satu petanda baik kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir," katanya.

Diminta mengulas mengenai isu kroni dalam PKR yang turut dibangkitkan Mohd. Radzi, Mohd. Osman memberitahu, masalah itu sebenarnya sudah lama wujud dan sedang berlaku sekarang.

-Utusan Malaysia



ADUN LUNAS KELUAR PKR..

Pakatan Rakyat di Kedah menerima tamparan hebat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas kerana hilang kepercayaan kepada parti itu.

Bagaimana pun, Mohd Radzhi mahu mengekalkan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia Negeri Kedah kerana jawatan itu adalag perlantikan Sultan Kedah.

Seperti kebiasaannya, PR khusus PKR akan menuduh Barisan Nasional yang terbabit dalam senario politik yang berlaku ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Ahmad Kasim menyalahkan BN yang dtuduh merancang dan memanipulasi isu berkenaan menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir, Pulau Pinang esok.

Nampaknya pemimpin PKR tidak mahu berpijak dibumi yang nyata dan enggan mengakui kelemahan yang ada dalam diri mereka. Tepuk dada tanyalah hati sendiri. Jangan asyik menuduh orang lain disebalik kelemahan yang kian terserlah.

Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan adalah antara pemimpin yang paling pening memikirkan kemelut yang berlaku di negeri yang dianggap paling panas kerusinya.

lantaran itu, Azizan memohon perkenan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'dzam untuk mempertimbangkan permohonan menamatkan perkhidmatan Mohd Radzhi sebagai exco kerajaan negeri Kedah kelmarin.

Namun sehingga kini Sultan Abdul Halim belum lagi membuat keputusan untuk menentukan sama ada Mohd Radzhi akan dipecat daripada jawatan penting itu.

PKR pula ibarat cacing kepanasan apabila semakin ramai pemimpinnya memilih untuk keluar parti berikutan rasa tidak senang hati dengan kepimpinan "Pengkhianat Melayu" yang sanggup menggadai agama, bangsa dan negara demi kepetingan peribadi.

Nantikan keputusannya..

Thursday, August 20, 2009

Pemuda Umno Serah Bukti Pengundi Hantu Kepada SPR


Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini menyerahkan bukti mengenai kewujudan pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketuanya, Norman Zahalan yang ditemani lebih 30 anggota pergerakan itu menyerahkan sepucuk surat rasmi serta senarai pendaftaran pengundi berkenaan kepada Penolong Pegawai Pengurus SPR Masirah Che Ani di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, di sini.

Norman berkata, selepas membuat bancian terhadap 30 rumah di kawasan Permatang Pasir, Permatang Janggus dan Bukit Jelutong, terdapat sembilan pengundi yang tidak dikenali didaftarkan di dua alamat berasingan.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata, daripada sembilan nama itu, terdapat dua pengundi Cina didaftarkan di rumah penduduk Melayu dan tidak dikenali oleh tuan rumah.

"Satu lagi alamat rumah di kawasan berkenaan mempunyai 14 pengundi yang mana tujuh daripadanya tidak dikenali oleh tuan rumah tersebut," katanya.

Katanya, ini adalah bukti peringkat pertama yang diserahkan kepada SPR dan percaya jumlah itu mungkin mencecah 3,000 orang.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan yang turut hadir di pejabat itu berkata selama ini pihak pembangkang yang selalu membangkitkan isu pengundi hantu tetapi tidak mampu menunjukkan bukti seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau berharap pihak SPR akan menjalankan siasatan pengundi hantu ini dengan segera supaya tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian kelak.

- Bernama

Wednesday, August 19, 2009

KEMPEN TANDA HARGA...

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah merasmikan Kempen Tanda Peringkat Negeri Kedah di Pasar Simpang Kuala, di ini, kelmarin.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu adalah bertujuan untuk memastikan setiap peniaga meletakkan tanda harga pada setiap barangan yang dijual.

Selain beramah mesra dengan orang ramai yang berada di situ, Datuk Bashah turut memberi nasihat kepada peniaga supaya mengikut peraturan yang ditetapkan bagi memudahkan pengguna melihat harga pada setiap barang yang dipamerkan.

Beliau berharap peniaga tidak menaikkan harga barang dan mengambil kesempatan menjelang musim perayaan nanti

Selain di pasar itu, Datuk Bashah turut meninjau bekalan gula di sebuah kedai runcit di kawasan berkenaan.

Tuesday, August 18, 2009

SENTUHAN 1MALAYSIA...

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyampaikan sumbangan Perkeso kepada Hayati Hassan yang menerima faedah hilang upaya kekal di Wisma Perkeso, baru-baru ini.

Seramai 28 pencarum menerima bayaran pampasan hampir RM30,000 pada majlis berkenaan.

Datuk Ahmad Bashah berkata, semua majikan perlu menjalankan tanggung jawab mereka dengan mendaftar pekerja mereka dengan Perkeso.

"Saya dulu pernah menjadi majikan dan ketika itu saya menjalankan amanah dengan mendaftar semua pekerja saya dengan Perkeso.

"Apa akan terjadi sekiranya pekerja yang menimpa musibah semasa bekerja tidak mendaftar dengan Perkeso. Ini seperti menganiaya mereka," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Pusat melalui agensi yang berkaitan termasuk Perkeso sentiasa mengutamakan rakyat yang memerlukan bantuan.

Sunday, August 16, 2009

JENTERA UMNO KEDAH BANTU PILIHAN RAYA PERMATANG PASIR...

Umno Kedah akan menghantar seramai 80 petugas tetap bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir 25 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kumpulan petugas berkenaan mula sudah berada di untuk penamaaan calon hari ini.

Beliau berkata, jumlah yang dihantar itu adalah mengikut jumlah yang dikehendaki oleh ibu pejabat parti untuk kempen pilihan raya di situ.

Katanya, semua jentera parti termasuk kompenan BN negeri akan diminta untuk menghantar petugas bagi membantu kempen calon BN di Permatang Pasir.

Ketua Bahagian Umno Alor Setar itu berkata jarak yang dekat dengan memberi kelebihan kepada jentere parti untuk berulang alik ke situ.

"Kita sudah mengarahkan beberapa bahagian yang berhampiran dengan Permatang Pasir untuk menghantar anggota untuk proses penamaan calon pada hari,

"Kita yakin pendekatan dan strategi kempen pada pilihan raya di Manek Urai bulan lalu mampu menawan keyakinan pengundi terutama pengundi muda di Permatang Pasir.

"Walaupun dianggap sebagai kubu kuat pembangkang, pendekatan mengunjungi rumah ke rumah dan sentuhan peribadi calon akan memberi kelebihan kepada BN," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian cek faedah di Wisma Perkeso, di sini.

Ahmad Bashah berkata, pergolakan yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor membuka mata rakyat dan keadaan itu memberi kelebihan kepada BN.

Menurutnya, pemilihan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman,38, sebagai calon BN amat sesuai dalam usaha menarik minat golongan muda untuk keluar mengundi dan seterusnya memberi kemenangan kepada BN.

Beliau berharap pengundi di situ membuat keputusan bijak dan menterjemahkan pada hari mengundi nanti.

Wednesday, August 12, 2009

PROGRAM MEMBINA KERJAYA...BERSAMA PUTERI ALOR SETAR

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Alor Setar akan menganjurkan Program Membina Kerjaya dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia bersama Haji Samuri Satay Kajang selama 3 bulan bagi membina kerjaya sebagai Penyelia Kilang dan Penyelia Kedai. Dengan ini kami menjemput semua yang berminat bagi menyertai program ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
.
.
TARIKH : 14hb Ogos 2009 (Jumaat)
JAM : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT : Pusat Khidmat DUN Bakar Bata, Mergong
.
.
Syarat-syarat :-
* Tidak mempunyai sebarang pekerjaan
* Perempuan dan lelaki
* Boleh membaca dan mengira
* Umur antara 18 hingga 40 tahun
* Sihat Tubuh Badan
.
Faedah :-
** Elaun bulanan semasa berkursus sebanyak RM700.00
** Penginapan semasa berkursus disediakan
** Makan dan minum disediakan
** Berpeluang memiliki pekerjaan tetap
.
.
:: Sila Bawa bersama semasa TEMUDUGA ::
1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan sijil akademik
3. Berpakaian kemas
.
.
Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghadiri temuduga yang akan diadakan ini.
.
Sekian, terima kasih.
.
.
"Generasi Wanita Prihatin ~ Prihatin Berilmu"

Tuesday, August 11, 2009

BIARLAH KITA MENANG DENGAN BERGAYA...UMNO KEDAH SANGKAL DAKWAAN

HELAH PAKATAN RAKYAT...Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah menyangkal dakwaaan Menteri Besar Kedah bahawa wujud beberapa cubaan untuk mengumpan wakil rakyat gabungan Pakatan Rakyat di negeri ini.

Beliau berkata Umno tidak akan membazirkan wang untuk membeli wakil rakyat itu bagi menubuhkan kerajaan di negeri ini.

Katanya Umno Kedah tidak berminat menubuhkan kerajaan dengan cara sedemikian dan adalah lebih baik wang bagi membeli lima wakil rakyat dibelanjakan untuk faedah rakyat.

"BN Kedah mempunyai agenda lebih besar dan lebih penting iaitu menawan semula negeri ini pada pilihan raya akan datang daripada memancing Adun PR menyertai BN.

"Fokus BN ketika ini adalah merancang strategi berkesan bagi menarik semula pengundi dan seterusnya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

"Seperti kata Perdana Menteri, kalau kita nak menang dan merampas kembali negeri yang terlepas kepada pembangkang, biarlah kita menang dengan bergaya.

"Kalau Umno hendak buat perkara itu (beli), ini bukan masanya. Mereka kini sedang berusaha utuk menidakkan sambutan yang diberikan rakyat kepada BN dan Umno," katanya.

Monday, August 10, 2009

ADUN KULIM BIADAP TERHADAP BN DAN UMNO

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menempelak dan kesal dengan sikap Adun Kulim , Lim Soo Nee yang melabelkan kerajaan BN sebagai 'paria' ketika sidang DUN kelmarin.

Datuk Bashah berkata, sikap itu tidak melambangkan sifat seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan perkataan kasar seumpama itu pertama kali digunakan dalam sidang DUN oleh seorang pemimpin.

Beliau berkata, perkataan kasar itu tidak pernah digunakan ketika kerajaan BN memerintah dan keadaan ini menunjukkan Adun itu cuba mencetuskan kemarahan dan tidak menghormati sensiviti pemimpin BN di sidang Dun itu.

"Sebagai Adun kita sepatutnya lebih berhati-hati dan peka dengan perkataan yang digunakan.
Sidang DUN bukanlah landasan untuk mengkritik antara satu sama lain, tetapi untuk berbincang perkara berfaedah termasuk mengenai pembangunan negeri," katanya dalam sidang media di Bangunan Tunku, semalam.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin kecoh apabila seorang ahli pakatan pembangkang menyamakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Kedah sebelum Pilihanraya Umum tahun lepas sebagai ’paria’.
.
Keadaan menjadi riuh rendah apabila Lim Soo Nee (PKR-Kulim) menyebut "kerajaan BN paria semasa berkuasa” ketika membahaskan isu pusat penyembelihan babi sebaik Datuk Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) selesai menjawab soalan tambahan Dr Cheah Soon Hai (BN-Derga) mengenai perkara itu.

Tindakannya mendapat reaksi segera Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang), Tajuddin Abdullah (BN-Belantek), Mohd Rawi Abdul Hamid (BN-Air Hangat) dan lain-lain wakil rakyat BN yang meminta beliau menarik balik perkataan itu yang disifatkan sebagai kasar.

Paria merujuk kepada orang atau golongan paling rendah kastanya dalam masyarakat India.

Sunday, August 9, 2009

PROGRAM PEMILIHAN ASKAR WATANIAH...
















Hampir 100 belia dan beliawanis hadir dalam program pemilihan Askar Wataniah yang dianjurkan oleh Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, 9 Julai lalu.

Hujan lebat yang turun sejak awal pagi tidak melunturkan semangat mereka untuk menjayakan program dan menyatakan sokongan terhadap program Satu Parlimen Satu Wataniah yang dilancarkan oleh Naib Presiden Umno merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Exco Pemuda Malaysia merangkap Setiusaha Politik TPM, Shahril Jamaludin hadir utuk merasmikan program berkenaan yang disifatkannya sebagai program terbaik untuk melatih golongan belia supaya mempunyai jati diri dan disiplin yang tinggi.

Beliau berkata, Pemuda perlu terus aktif melaksanakan pelbagai program yang dapat menarik minat golongan muda mendekati Umno.

Hadir sama ialah Ketua Bahagian Umno Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Pemuda Alor Setar, Zubir Zabidi dan pimpinan tertinggi sayap Umno Bahagian Alor Setar.

Saturday, August 8, 2009

PEMUDA BAHAGIAN ALOR SETAR BIDAS PENGKIANAT BANGSA...

BANTAH...Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, Zubir Zabidi menyerahkan memorandum menyokong Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Setiausaha Politik TPM, Shahril Jamaludin.
Memorandum lima perkara yang turut menyatakan kesedaran Pemuda Umno Alor Star mengenai kepentingan Melayu di bawah Perlembagaan negara sedang terancam dan menyeru segenap pemimpin masyarakat terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemuda Melayu supaya menyertai mereka dalam membantah usaha Anwar untuk mengemukakan saman terhadap Muhyiddin .

Pergerakan Pemuda Umno Alor Star mengecam tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menjadi punca kepada kekalutan suasana politik dan mencalarkan imej negara ini.

Zubir berkata tindak tanduk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai punca terjejasnya hubungan antara kaum sehingga memberi tanggapan buruk kepada imej Melayu di negara ini.
Beliau berkata, Anwar seharusnya tahu batasan yang harus dipatuhi dalam berpolitik dan tidak mengorbankan kepentingan bangsa Melayu hanya kerana agenda politiknya.

Wednesday, August 5, 2009

JAGALAH BAHASA ANDA

Blog ini amat menghargai komen-komen yang diberikan para pembaca. Bagaimanapun ada pembaca yang membuat komen dengan menggunakan bahasa kesat, lucah dan menyerang peribadi orang lain.

Diharap pembaca yang ingin membuat komen supaya dapat memberi kerjasama dengan memberi komen yang membina dan bukannya menghina dan merendahkan martabat orang lain.

Terim Kasih

AYUH MARI BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Pegerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar akan mewujudkan Pasukan Askar Simpanan WATANIAH peringkat Parlimen Alor Setar.

Sesiapa yang berminat menyertai pasukan berkenaan diminta hadir ke sesi pemilihan di Pusat Khidmat DUN Bakar Bata, pada 7 Ogos 2009 (Jumaat), pukul 9 pagi. Sila bawa bersama salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak dan Sijil Akademik.

Pelbagai elaun disedikan bagi mereka terpilih menyertai pasukan berkenaan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Azren, Setiausaha Pergerakan Pemuda Bahagian Alor Setar di talian 017-5235218.

Daripada:
Haji Abdul Kadir Mohamad
Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar

Saturday, August 1, 2009

UMNO ALOR SETAR DESAK PENGELUARAN SIJIL HALAL DIPERKETAT

Persidangan UMNO Bahagian Alor Setar telah meluluskan dua usul iaitu:

1. Usul Politik

- Mendesak kerajaan meluluskan satu akhbar khas untuk ahli UMNO
- Meminta kepimpinan UMNO diperingkat negara, negeri serta bahagian memperkuatkan "tentera siber" supaya mampu berdaya saing di alam siber dengan parti lain
- Menyaran kerajaan memainkan peranan berterusan memberi kesedaran tentang perlembagaan persekutuan khususnya berhubung hak istimewa Melayu, Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan kontrak sosial
- Menggesa kepimpinan UMNO di semua peringkat mengambil langkah yang proaktif dan berterusan menjenamakan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap program serta menjadikan agenda dekat dan prihatin kepada nasib rakyat, sebagai agenda utama
- Merayu kepimpinan UMNO di semua peringkat merapatkan barisan, mengembeling tenaga, berganding bahu serta komited untuk mengembalikan semula kekuasaan politik UMNO dan Barisan Nasional
- Mencadangkan kerajaan lebih agressif, peka dan responsif dalam menjaga kebajikan rakyat khususnya rakyat miskin, anak yatim, ibu tunggal dan diberikan elaun bulanan kepada surirumah.

2. Usul Agama

- Memastikan tanda logo halal tidak disalahgunakan oleh pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada pengguna Islam
- Memastikan logo halal digunakan disetiap premis perniagaan bagi orang Islam
- Memastikan pusat penyembelihan di seluruh negara disiasat dan dipantau secara berterusan
- Memastikan bahawa pindaan undang-undang penyediaan makanan, minuman dan perubatan dan mengenakan denda yang tinggi bagi mereka yang melanggar undang-undang yang ditetapkan

UMNO BAHAGIAN ALOR SETAR TIDAK SETUJU PINDAAN BERHUBUNG CUKUP KORUM MESYUARAT SAYAP PARTI

Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Alor Setar tidak setuju dengan draf pindaan perlembagaan UMNO yang mensyaratkan bahawa jumlah cukup korum bagi mengadakan mesyuarat sayap di peringkat cawangan adalah 25 orang daripada ahli yang membayar yuran bagi setiap cawangan.

Wakil Pemuda dan Puteri yang melahirkan pandangan mereka semasa sesi perbahasan tentang draf pindaaan perlembagaan UMNO pada Persidangan UMNO Bahagian Alor Setar menyifatkan cadangan itu boleh "membunuh" kedua sayap itu diperingkat cawangan.

Banyak sayap Pemuda dan Puteri diperingkat cawangan terpaksa ditutup sekiranya peraturan itu diterima pakai oleh UMNO. Ini kerana jumlah cukup korum 25 orang itu terlalu tinggi bagi peringkat cawangan.

"Banyak sayap Pemuda dan Puteri cawangan yang bermesyuarat dengan kurang daripada 20 ahli. Sekiranya perlu mencukupkan 25 ahli baru hendak boleh mengadakan mesyuarat, maka banyaklah sayap Pemuda dan Puteri yang berkubur dan ini boleh menjejaskan usaha menarik ramai golongan muda menyertai UMNO," kata wakil yang berucap pada perbahasan berkenaan.

Ketua UMNO Cawangan Alor Buluh Haji Madowan Haji Ahmad adalah wakil daripada cawangan yang tampil dengan mengemukakan beberapa cadangan bagi memperkemaskan perlembagaan UMNO bagi menjadikan parti itu lebih perkasa dan relevan dengan kehendak semasa.

Inisiatif Haji Madowan menghantar cadangan cawangan beliau berhubung pindaan perlembagaan UMNO telah mendapat pujian Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng.

Guntor Tobeng berkata daripada 96 cawangan dalam Bahagian Alor Setar yang dihantar surat supaya memberi pandangan berhubung cadangan pindaan perlembagaan UMNO, hanya cawangan Alor Buluh sahaja memberi cadangan bagi pindaan perlembagaan UMNO.

KEDAH TIDAK BOLEH JADI KELANTAN KE-2


Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah secara terus terang melahirkan kebimbangan bahawa Kedah mungkin menjadi "Kelantan yang ke-2" sekiranya ahli UMNO belum insaf bahawa parti sudah tewas pada pilihanraya lepas.

Beliau yang melihat sikap ahli UMNO yang masih belum berubah sejak kekalahan mengejutkan pada pilihanraya umum ke-12 tahun lepas berkata, sekiranya ahli UMNO lebih berminat bercakaran, jatuh menjatuh dan tidak peduli untuk bekerja kepada parti, Kedah akan terus diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.

"Sekiranya Barisan Nasional Kedah tidak berupaya mengambil alih kerajaan negeri pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang, kita tidak usah bermimpi untuk mengambil balik Kedah pada pilihanraya ke-14 dan seterusnya".

"Sekiranya kita gagal mengambil kembali Kedah walaupun dengan kelebihan beberapa kerusi, Kedah akan menjadi Kelantan yang ke-2 kepada UMNO", katanya.

Berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di Bangunan Tunku, Bashah berkata beliau amat bimbang sekiranya Kedah gagal ditawan kembali kerana ia boleh menjejaskan moral, semangat dan survival UMNO Kedah.

"Pilihanraya ke-13 ini adalah pilihanraya yang paling kritikal untuk BN Kedah. Ia menentukan survival UMNO Kedah sendiri. Saya bimbang sekiranya kita masih belum sedar bahawa masa tiga tahun yang kita ada ini terlalu singkat. Dalam masa inilah kita perlu menjalankan segala program bagi mendekati pengundi"

"Kita sudah tidak boleh lagi bergaduh. Ketua Bahagian harus lebih agressif dan jentera di peringkat cawangan tidak lagi boleh membiarkan PAS dan PKR sahaja yang menjalankan aktiviti sedangkan kita hanya menjadi pemerhati," kata Bashah.

Beliau berkata, bukan satu tugas yang sukar untuk menawan kembali Kedah sekiranya pemimpin di setiap peringkat bersatu padu.

"Tetapi usaha menawan Kedah boleh menjadi satu usaha yang amat sukar sekiranya kita gagal menghayati semangat kerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain. Marilah kita bekerjasama demi parti kita. Lupakanlah perselisihan sesama kita. Ingatlah perjuangan mengambil kembali Kedah adalah lebih penting daripada soal peribadi mahupun soal siapa hendak jadi Menteri Besar".

Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah memohon sepenuh kerjasama daripada Ketua-ketua Bahagian supaya menyatukan barisan diperingkat bahagian dan jangan biarkan perpecahan berterusan.

Beliau juga memohon akar umbi UMNO terus memberi tenaga mereka tanpa mengira siang dan malam, huajan atau panas, bersama menjayakan program yang dijalankan UMNO.

SHAFIE YAKIN BN BAKAL TAWAN KEMBALI KEDAH


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Shafie Apdal penuh yakin Barisan Nasional berupaya menawan kembali Kedah berikutan perubahan sokongan kepada BN serta kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa dalam usaha menawan semula Kedah itu, ahli UMNO perlu bersatu padu dan bekerja keras.

"Tetapi sekiranya ahli dan pemimpin UMNO Kedah masih leka, masih tidur, masih berebut jawatan dan tidak sedar lagi bahawa mereka sudah jadi pembangkang, parti tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuh kekuatan bagi merampas kembali Kedah".

Berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar, hari ini, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata UMNO Kedah juga mendapat sokongan dan bantuan daripada pemimpin veteran yang telah banyak berjasa kepada negeri ini.

"Saya telah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Besar Tan Sri Osman Aroff di mana mereka dengan sepenuh hati menyatakan akan memberi bantuan kepada UMNO Kedah," katanya.

Beliau berkata, rentak pengundi yang mula beralih angin dengan menyokong Barisan Nasional seperti yang ditunjukkan pada pilihanraya kecil Manik Urai memberi sinar kepada BN bahawa apa yang sedang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mendapat restu rakyat.

"Di Kedah kita lihat apa yang dilakukan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak untuk memajukan negeri ini?. Apa yang dia buat untuk memajukan kawasan bandar, meningkatkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan. Kerajaan Barisan Nasional telah banyak memajukan Kedah tidak seperti kerajaan negeri sekarang yang tidak berupaya melakukan apa-apa," katanya.

Friday, July 31, 2009

PROGRAM TURUN PADANG BIRO PEMBANGUNAN...

TIDAK DILUPAKAN... Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng (tengah) menziarahi bekas setiausaha UMNO cawangan Kampung Alor Selut, Senawi Nayan (dua kiri), 68, yang uzur sejak setahun lalu di rumahnya semalam.

Sempena program Lawatan Mesra dan meninjau masalah jalan di kawasan itu, Pengerusi Biro Pembangunan Umno Alor Setar itu turut mengambil peluang untuk beramah mesra penduduk kampung di kawasan itu.

Senawi yang sebelum itu pernah memegang jawatan setiausaha hampir 30 tahun terpaksa melepaskan jawatan itu kerana diserang angin ahmar.

Walaupun begitu beliau tetap bersemangat mengikuti perkembangan semasa UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan pusat melalui media cetak dan elektronik.

Beliau berkeyakinan melalui wawasan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengutama rakyat adalah menjadi penentu Barisan Nasional (BN) dapat mengembalikan pemerintahan negeri ini melalui pilihanraya umum ke-13 akan.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Azmi Md Isa (kiri), 54, Ketua Cawangan Kampung Kolam Abdul Malik Salim (dua kanan) dan Pengerusi JKKKP kampung itu, Aziz Budin (kanan), 59.

PROGRAM TURUN PADANG BIRO PEMBANGUNAN...

TINJAU... Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng bersama Ahli Jawatankuasanya Azmi Md Isa (kanan), 54, dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Kolam, Abdul Malik Salim, 54, melihat keadaan jalan yang rosak di Kampung Kolam, Mukim Derga, di sini, hari ini.

Kerosakan jalan sepanjang satu kilometer itu perlu dibaiki segera bagi memudahkan lebih 500 penduduk kampung yang menjadikan jalan itu untuk menjalankan urusan mereka.
Selain digunakan oleh petani untuk ke sawah dan mengeluarkan hasil tanaman padi apabila musim menuai, pelajar sekolah turut mengunakan jalan mini tar itu untuk berulang alik ke sekolah.

Pengerusi Biro Pembangunan Umno Alor Setar, Ir Muhamad Guntor Mansor Tobeng berkata keadaan jalan yang rosak itu boleh mengundang bahaya kepada penduduk terutama pelajar sekolah.

Beliau berkata,masalah penduduk itu akan diajukan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, Umno sentiasa mendampingi masyarakat dan turun padang untuk mengenal pasti permasalahan penduduk termasuk aspek pembangunan.

Wednesday, July 29, 2009

BN MAMPU TAWAN SEMULA KEDAH

BN Mampu Tawan Semula Kedah : Penganalisis Politik

ALOR SETAR, 29 Julai (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah daripada pakatan pembangkang dengan syarat jenteranya menggandakan usaha sedia ada dan paling kritikal, merapatkan barisan sayap parti itu, kata seorang penganalisis politik.

Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustafa Ishak berkata pergerakan Pemuda dan Puteri serta juga ahli veteran memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memastikan kemenangan calon BN.

"Harapan untuk BN di negeri ini masih ada, yang penting rapatkan barisan sayap, kerana kalau tidak kuat, susah untuk lakukan gerak kerja.

"Umno pula kena bangkit sebagai parti yang paling aktif untuk memberi motivasi kepada jentera dan memberi penjelasan kepada pengundi tentang apa bezanya BN dengan pakatan pembangkang," katanya selepas memberi taklimat tertutup tentang Hala Tuju Umno Kedah bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di sini Selasa malam.

Mustafa berkata sekiranya BN benar-benar ingin menarik generasi muda menyokongnya, satu usaha untuk memberi nafas baru dan membangkitkan semangat berjuang dalam kalangan Pemuda dan Puteri perlu dilakukan.

Mustafa, yang juga Penasihat Strategik Umno Kedah berkata, sudah ada perubahan dalam kepimpinan tertinggi BN, tetapi itu mungkin tidak disedari dan kini terpulang kepada jentera parti itu untuk berusaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN khususnya Umno.

Beliau berkata, pada masa ini BN mempunyai kelebihan kerana tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dan keadaan itu merisaukan pakatan pembangkang.

"Saya tidak fikir pembangkang mampu kekalkan momentum kerana mereka sendiri berada dalam keadaan tertekan dan sudah ada perbalahan pendirian antara pemimpin Pas sehingga kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berkuasa dalam parti itu," katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Umno negeri akan mengadakan program berbentuk muhasabah diri untuk membangkitkan keyakinan rakyat di samping menguatkan jentera parti itu.

"Taklimat seperti hari ini merupakan langkah pertama dan selepas ini kita akan turun ke semua peti-peti undi untuk memberikan penerangan tentang hala tuju Umno," katanya.

-- BERNAMA

UMNO ALOR SETAR ATUR STRATEGI PILIHANRAYA

UMNO Bahagian Alor Setar menganjurkan satu taklimat tentang rangka kerja bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang. Taklimat disampaikan Profesor Dr Mustafa Ishak, pakar sains politik daripada Universiti Utara Malaysia.

Hadirin yang terdiri daripada ketua cawangan dan peminpin bahagian, wanita, pemuda dan puteri telah mendapat ilmu yang berguna bagaimana untuk memastikan matlamat menawan kembali Kedah tercapai.

Perancangan sudah diterangkan, kerangka kerja juga sudah dijelaskan. Tidak ada pilihan lain, kerja keras harus dimulai sekarang.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah mahu semua cawangan dalam bahagian Alor Setar mengerakkan jentera masing-masing mulai sekarang.

"Saya memohon kepada tuan-tuan dan puan-puan serta menaruh harapan yang besar agar semua ketua cawangan bekerja dengan sepenuh tenaga bagi menawan kembali Kedah," kata Bashah semasa berucapa menutup taklimat berkenaan.

Harapan Ketua Bahagian Alor Setar kepada pemimpin peringkat cawangan itu mudah difahami kerana jentera cawangan memainkan peranan yang amat penting.

"Selepas ini, sesi taklimat tentang hala tuju UMNO Bahagian Alor Setar akan turun ke peringkat daerah mengundi bagi memberi maklumat kepada semua jentera yang hendak melaksanakan kerja," kata Bashah.

PEMBANGKANG GUSAR DENGAN RATING NAJIB

Parti pembangkang sudah gusar dengan angka-angka yang menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat. Peningkatan drastik tahap keyakinan terhadap Najib dalam masa 100 hari menjadikan pembangkang tidak lena tidur.

Mereka akan berusaha mencari jalan merendahkan rating itu. Mereka akan berusaha menjatuhkan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Mereka akan berusaha memastikan momentum sokongan kepada Barisan Nasional tidak berterusan.

Untuk itu, parti pembangkang akan melakukan pelbagai cara bagi menarik perhatian orang ramai kepada parti pembangkang, seperti yang mereka lakukan dalam kes kematian pembantu kepada ADUP DAP di Selangor.

Penganalisis politik terkenal Profesor Dr Mustafa Ishak berkata "Pembangkang amat risau dengan angin perubahan orang ramai yang mula kembali kepada Barisan Nasional. Pembangkang akan berusaha dengan pelbagai cara supaya spot light rakyat kembali ke arah pembangkang".

Dr Mustafa menjelaskan pembangkang akan mengekploitasi segala isu bagi memastikan mereka terus mendapat perhatian sehingga sampai pilihan raya umum kelak.

Pembangkang sedar sekiranya mereka gagal menyekat angin peralihan sokongan kepada BN, pembangkang bukan sahaja hanya bermimpi menguasai kerajaan persekutuan tetapi kerajaan negeri yang dikuasai mereka sekarang juga akan tumbang ke tangan BN.

Dr Mustafa berkata perubahan angin sokongan kepada BN juga berikutan tekanan yang dihadapi PAS berikutan konflik dalaman parti itu, terutama pada isu kerajaan perpaduan. Walaupun PAS cuba menafikan mereka berkonflik, orang ramai tahu sudah ada percakaran antara pemimpin atasan PAS.

"Orang tertanya siapa yang sebenarnya berkuasa di dalam PAS. Hadi selaku Presiden atau Nik Aziz yang paling berkuasa. Pengikut PAS pun resah kerana pendirian siapa yang hendak dituruti"

"Orang Melayu marah dengan sikap Nik Aziz yang menentang hasrat menyatupadukan UMNO dan PAS. Orang melihat Nik Aziz lebih penting hendak menjaga parti Pakatan Rakyat daripada menjaga perpaduan umat Melayu"

Monday, July 27, 2009

DATUK BASHAH DI FACEBOOK

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah telah mempunyai facebook.

ID facebook beliau adalah Dato Bashah Md Hanipah

Kepada ahli-ahli UMNO tak kira di mana, Jemputlah menjenguk facebook berkenaan dan buatlah pautan dengan facebook anda.

CYBER CORNER PUSAT KHIDMAT DUN BAKAR BATA

Tidak lama lagi, Pusat Khidmat DUN Bakar Bata yang terletak di Mergong akan meriah dengan para blogger. Ini kerana, UMNO Bahagian Alor Setar bercadang mewujudkan ruang blogger atau cyber corner yang dilengkapi dengan wireless intenet, makan dan minuman pula dihidangkan secara percuma.

Selepas ini, tidak perlulah lagi blogger membuat kerja di sekitar restoran dan kafe yang ada internet. Bawa laptop dan pergi sahaja ke pusat khidmat DUN Bakar Bata itu dan layarilah internet.

Kalau bernasib baik, dapat berjumpa dengan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan barisan kepimpinan bahagian yang lain. Mungkin akan dapat cerita "scoop" daripada mereka itu.

Bayangkan puluhan blogger berkumpul setiap hari bagi berkongsi cerita dan idea tentang segala macam jenis cerita politik yang berlaku di sekitar Kedah dan nasional. Meriah sungguh tempat itu nanti.

Sekali lagi syabas kepada Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Setar, Saudara Nasir Murad atas idea berkenaan.

UMNO ALOR SETAR JAGUH ALAM SIBER

UMNO Bahagian Alor Setar menjadi bahagian pertama di Kedah yang mempunyai portal rasmi sendiri. Daripada 15 bahagian UMNO yang ada di Kedah, UMNO Alor Setar, adalah perintis usaha menggunakan media baru sebagai saluran maklumat.

Pelancaran tak rasmi dilakukan malam Sabtu lepas. Hadirin yang terdiri daripada pemimpin peringkat cawangan dan ketua biro-biro telah dipertontonkan portal itu. Bagaimanapun orang ramai hanya boleh melayari laman web itu mulai 1 Ogos ini.

Laman web berkenaan boleh dilayari dialamat seperti berikut. www.umnoalorsetar.com

Syabas kepada Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Setar, Saudara Nasir Murad yang telah menjana idea dan kemudian menterjemah kepada realiti sehingga lahirnya portal itu.

14 lagi bahagian bolehlah mencontohi jejak langkah yang telah diambil oleh UMNO bahagian Alor Setar itu. Selepas ini, Saudara Nasir kena pulun buat portal UMNO Negeri Kedah plak.

UMNO Alor Setar juga tidak ketinggalan dengan blognya. Sudah ada 3 blog daripada bahagian termasuk blog ketua puteri dan blog naib ketua pemuda. Dan, jangan lupa nantikan kemunculan blog dan facebook Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah tidak lama lagi.

Friday, July 24, 2009

Datuk Razali Ibrahim...bijak pilih pemimpin

















Semua lapisan rakyat khususnya golongan muda, harus bijak memilih pemimpin mulai sekarang, demi melihat perpaduan dan kesejahteraan rakyat pada masa depan terpelihara.

Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, jika pemilihan pemimpin dibuat secara membuta tuli ianya dikhuatiri akan membinasakan negara.

Beliau berkata pemimpin yang tidak bertanggungjawab akan memberi kesan kepada program pembangunan negara, sekaligus menyebabkan rakyat teraniaya.

Katanya, terdapat tiga jenis pemimpin iaitu kelas pertama; pemimpin yang tahu dan bijak menyelesaikan masalah rakyat, kelas kedua; suka menimbulkan isu, namun pada masa yang sama menyelesaikannya dan kelas ketiga; tidak boleh diharap dan tidak menghiraukan kepentingan rakyat.

"Mereka ini hanya tahu mencari kesalahan orang dan tidak bekerja untuk rakyat, jadi pemimpin berkenaan tidak sesuai dipilih untuk pembinaan sesebuah negara," katanya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Alor Setar, baru-baru ini.

Razali turut mengingatkan golongan pemuda supaya jangan mudah terpengaruh serta terpedaya dengan dakyah pihak tertentu yang boleh mengundang ancaman kepada kestabilan dan kemakmuran negara.

JANGAN BIARKAN MEREKA TERUS MENAGIH JANJI

Blog ini pernah memaparkan mengenai penderitaan beberapa penduduk Kampung Gunung Sali, yang terletak hanya 3 km dari bandar Alor Setar.
Sebuah keluarga dilaporkan hidup dalam sebuah pondok buruk tanpa bekalan air dan elektrik sementara beberapa keluarga lagi tidak lena tidur kerana memikirkan surat peguam yang mahu menghalau mereka keluar dari rumah mereka dengan alasan tanah yang mereka duduki dimilik pihak lain.
Dilaporkan juga, UMNO Bahagian Alor Setar akan mengambil tindakan membantu keluarga berkenaan.
Tetapi sehingga kini selepas sebulan mereka dijanji akan dibantu, keluarga berkenaan masih belum mendapat jawapan pasti bagi menenangkan hati mereka. Mereka tertanya-tanya adakah mereka sudah dilupakan.
Kepada UMNO Alor Setar, kasihanilah nasib mereka itu. Lakukan sesuatu dengan segera kerana janji telah dibuat. Jangan biarkan mereka terus mengharap kepada sesuatau yang tidak pasti.
Berkomunikasilah dengan mereka memberi tahu apa yang sedang dilakukan. Berilah sedikit kegemberiaan kepada mereka yang sangat mengharap itu.

Emel daripada:
Amir Hamzah

Wednesday, July 22, 2009

MINDA PEMIMPIN: PERLUMBAAN KE PILIHANRAYA KE-13

Oleh: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah

Dengan jangkaan pilihan raya umum ke-13 bakal berlangsung dalam masa tiga tahun lagi, semua parti telah merangka pelan tindakan bagi memenangi pilihan raya berkenaan.

Dalam konteks UMNO Kedah, pilihan raya umum ke-13 nanti amat penting dan kritikal. Ia akan menjadi satu garisan penamat sama ada Barisan Nasional dapat menawan semula Kedah ataupun terus menjadi pembangkang selama lima tahun lagi.

Di peringkat UMNO Negeri, perancangan dan stategi telah disusun bagi merampas kembali Kedah daripada kerajaan yang diterajui PAS, yang ternyata telah gagal membawa sebarang perubahan kepada negeri Kedah.

Apa yang kita rancang, susun, strategi dan sebagainya adalah ibarat "latihan intensif bagi satu perlumbaan yang besar" dengan pilihan raya umum sebagai garisan penamat. Ibarat perlumbaan itu juga, siapa yang kuat, dia akan sampai dahulu ke garisan penamat dan menjadi pemenang.

UMNO bersedia dengan segala macam perkara, tetapi jangan lupa PAS juga telah membuat persiapan dengan strategi dan teknik tersendiri.

Maka kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 nanti adalah berdasarkan siapa yang kuat, cepat, cekap dan mengamalkan strategi yang berkesan, efisien dan menyeluruh.

Sekiranya UMNO berlari tetapi PAS berjalan, maka kemenangan sudah pasti kepada UMNO tetapi sekiranya PAS sudah berlari tetapi UMNO masih bertatih maka kita yang akan terus ketinggalan.

Oleh sebab itu, UMNO Kedah sudah tidak boleh mengamalkan sikap selesa dengan kekalahan berkenaan. Setiap jentera UMNO perlu bekerja keras mulai sekarang kerana UMNO Kedah mempunyai beban yang cukup besar.

Beban UMNO Kedah adalah merampas kembali Kedah. Merampas kembali Kedah sebenarnya tidak sesukar mana sekiranya semua ahli UMNO bekerja keras ke arah mencapai "kemenangan dalam perlumbaan berkenaan".

Tetapi sekiranya, ahli UMNO masih mahu cantas kaki kawan bagi jatuh semasa perlumbaan itu, maka masa depan yang suram menanti UMNO Kedah.

LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI KE KEDAH

Semua ahli UMNO dalam bahagian Alor Setar dijemput ke majlis berikut semperna lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kedah pada 24 Julai 2009.

8.30 pagi - Sambutan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas
9.00 pagi - Majlis Pelancaran Program Cerdik anjuran Biro Pendidikan UMNO Kedah di Sekolah Kebangsaan Taman Aman, Anak Bukit.
11.00 pagi - Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pokok Sena di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena.

Marilah kita meluangkan masa dan beramai-ramai menghadiri majlis berkenaan. Kedatangan tuan/puan sangat dinantikan.

Tuesday, July 21, 2009

WANITA UMNO ALOR SETAR BUAT USUL TERGEMPAR

Pergerakan Wanita UMNO bahagian Alor Setar mendesak Majlis Tertinggi UMNO menetapkan pemilihan ketua-ketua wanita dibuat secara automatik dari peringkat cawangan ke bahagian.

Ketuanya, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah berkata, selain usul pemilihan ketua wanita turut dibincangkan beberapa usul khususnya usul ekonomi, politik dan pendidikan.



Lebih 200 orang terdiri wanita dari 98 cawanagn bahagian Alor Setar hadir pada. Mesyuarat Perwakilan Wanita yang berlangsung di Bangunan Tunku, di sini, hari ini.

Majlis perasmian dilakukan Ketua UMNO bahagian yang juga Timbalan Pengerusi UMNO bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.



Sharifah semasa ditemui berkata, beliau mahu golongan wanita berganding bahu menjayakan program Kenduri, Bersalin, Sakit dan Mati (KBSM) yang diyakini dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO.

"Dengan adanya program itu, pemimpin akan turun padang meninjau setiap permasalahan rakyat dan membela nasib mereka sekiranya memerlukan pembelaan"katanya, di sini.

Beliau juga mahu wanita-wanita diperingkat bahagian dan cawangan berusaha mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan yang sedia terjalin agar wanita menjadi kuat untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Saturday, July 18, 2009

Umno Bahagian Diminta Tumpu Empat Perkara Perkasakan Parti

Umno Bahagian di seluruh negara yang mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing diminta memberi tumpuan kepada empat agenda utama yang disarankan Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak supaya parti itu sentiasa dapat memperbaharui perjuangan dan diperkasakan.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata empat agenda itu ialah memastikan parti berkenaan berjaya dalam setiap pilihan raya pada masa depan; memperkuatkan parti; menyatupadukan orang Melayu; dan usaha mengukuhkan sokongan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) kepada Umno.

Beliau berkata setiap anggota Umno kini perlu berani membuat pembaharuan dalam parti supaya ia menjadi ejen tarikan kepada parti itu untuk terus menerajui BN pada masa depan.

"Anggota perlu menyedari bahawa Umno kini adalah parti milik semua rakyat dan bukan lagi untuk orang Melayu semata-mata," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Besut di sini hari ini.

Ahmad berkata Umno Bahagian yang bermesyuarat masih bebas membahaskan agenda mengenai deraf pindaan Perlembagaan Umno dengan membuat apa saja usul yang berkaitan dengannya.

Beliau berkata kertas pindaan mengenai pindaan perlembagaan itu kini diuruskan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan, yang tidak menyekat anggota menyuarakan dan menyampaikan pendapat dalam pindaan perlembagaan itu.

Ahmad seterusnya berkata satu perkara baru yang mungkin diamalkan BN dalam pilihan raya akan datang ialah dengan mewujudkan Pusat Operasi Bersepadu (POB) di setiap kawasan pilihan raya kerana ia didapati memberi kesan yang baik kepada BN dalam melancarkan urusan pilihan raya.

Katanya berdasarkan kepada apa yang dilaksanakan pada pilihan raya kecil Manik Urai baru-baru ini, POB dilihat berfungsi dengan baik dan menjadi salah satu faktor kepada peningkatan jumlah undi majoriti kepada BN.

-- BERNAMA

SEMANGAT PUTERI ALOR SETAR MEMBARA...


Pergerakan Puteri Umno Bahagian yakin mampu menarik minat golongan remaja dan wanita untuk menyertai pergerakan itu.

Ketuanya, Maizatul Miza Mohd Disa berkata keyakinan itu berdasarkan kepada pelbagai program yang direncanakan selaras dengan gagasan 1Malaysia yang memerlukan setiap pemimpin bekerja untuk rakyat.

Menurutnya, semangat yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan UMNO termasuk Ketua Bahagian UMNO Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah membakar semangat barisan Puteri Bahagian untuk meneruskan agenda bersama masyarakat.

Katanya, setiap dua minggu, barisan Puteri Bahagian akan turun ke padang berjumpa dengan penduduk kampung yang dikenal pasti untuk diberi bantuan.

"Kita menggunakan pelbagai pendekatan untuk memastikan program yang dijalakan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.
"Cabaran yang paling besar untuk menarik mereka untuk mengisi borang keahlian Puteri. Namun semua itu bukan halangan kepada kami untuk menambat hati mereka," katanya.

Maizatul berkata, selaras dengan usaha meningkatkan keahlian, pihaknya juga mensasarkan untuk menambahkan bilangan cawangan yang membabitkan Puteri.

Menurutnya, sehingga kini keahlian Puteri mencecah hampir 1344 orang membabitkan 24 cawangan Puteri.

Katanya, dalam usaha untuk memantap jati diri dan kepimpinan barisan Puteri Bahagian Alor Setar, satu kursus jati diri dengan kerjasama Biro Tata Negara Negeri Kedah akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

UMNO Bahagian Alor Setar bakal mempunyai lamam web sendiri


Ketua Penerangan Umno Bahagian Alor Setar, Nasir Murad berkata, majlis pelancaran laman web itu akan dilancarkan pada 26 Julai 2008 jam 8.00 malam di Pusat Khidmat Adun Bakar Bata.

Beliau berkata dengan adanya laman web itu nanti, setiap ahli boleh melayarinya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti Bahagian dan cawangan Umno Alor Setar.

"Umno Alor Setar juga mempunyai laman blog sendiri iaitu www.onealorsetar.blogspot.com yang akan dijadikan lidah rasmi bagi menampilkan isu semasa dan aktiviti Bahagian Alor Setar.

"kita menjemput semua ahli Umno untuk melayari kedua-dua laman web itu memberi maklum balas dan cadangan dalam setiap isu yang ditampilkan," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan barisan jawatankuasa Umno Bahagian, di sini.

SUMBANGAN RM4,000 KEPADA PIBG STAR MERGONG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman (STAR) Mergong mendapat durian runtuh apabila menerima peruntukkan berjumlah RM4,000 daripada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata mengumumkan pemberian bantuan berkenaan pada majlis Hari Anugerah Cemerlang sekolah itu pada 15 Julai 2009.

Ahmad Bashah berkata peruntukkan berkenaan bagi membolehkan PIBG sekolah itu menjalankan aktiviti bagi mengingkatkan keceriaan sekolah.

"Walaupun PIBG sekolah tidak menyuarakan keperluan mereka, saya memahami bahawa PIBG sentiasa memerlukan sumbangan bagi menjalankan pelbagai aktivit," katanya.
Sumbangan itu ternyata membawa satu berita gembira yang tidak terduga kepada PIBG sekolah berkenaan.

Wednesday, July 15, 2009

PM HADIRI MAJLIS MAKAN MALAM UMNO KEDAH...




Amaran Najib Kepada Mereka Yang Berminat Jadi Wakil Rakyat


Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada ahli UMNO yang bercita-cita menjadi wakil rakyat supaya membuktikan komitmen mereka serta berjasa kepada parti.

Presiden UMNO itu berkata ahli yang berminat perlu bekerja kuat mulai sekarang bagi memperkasakan parti agar dapat memenangi kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

"Sekarang saya beri amaran. Jangan harap (dipilih). Kami nak pilih orang yang berjasa kepada parti," katanya pada majlis makan malam UMNO Perhubungan Kedah di sini Isnin.

Perdana Menteri berkata ada ahli UMNO yang ghairah melobi untuk mendapatkan tempat dalam parti atau sebagai calon pilihan raya.

"Kalau tak dapat lobi saya, (mereka) lobi pegawai saya, kalau tak dapat pegawai saya, lobi semua orang," katanya.

Beliau meningatkan semua ahli bahawa sokongan rakyat adalah amat penting bagi memastikan UMNO terus menjadi peneraju pentadbiran negara dan kepimpinan parti sentiasa dilihat dekat di hati rakyat.

Katanya UMNO perlu diperlihatkan sebagai sebuah parti yang mendahului zaman dan tidak membiarkan pihak lain yang menjadi juara pembaharuan.

Najib berkata pentadbirannya akan sentiasa mendengar suara rakyat yang merupakan suara keramat dalam sistem demokrasi berparlimen.

Oleh itu, menurut Perdana Menteri, setiap pemimpin UMNO perlu mencerminkan parti itu sebagai sebuah parti yang mengutamakan rakyat.

Katanya, usaha memulihkan kekuatan parti di negeri itu perlu dilakukan dengan sebaik mungkin dan mengelakkan sikap "enau dalam belukar" yang hanya gemar melepaskan pucuk masing-masing.

Beliau berharap UMNO Kedah tidak selamanya menjadi pembangkang dalam kerajaan pakatan di negeri itu.

Majlis itu turut dihadiri oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Othman Arof dan Datuk Seri Mahadzir Khalid.

SENTUHAN 1MALAYSIA...PERDANA MENTERI, DATUK SERI NAJIB RAZAK DI PEKAN RABU...


Sempena lawatan rasmi ke Kedah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama Datin Seri Rosmah Mansor melawat Pekan Rabu dan beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di situ.
Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah bermasa pemimpin Umno lain turut mengiringi Perdana Menteri salah satu destinasi popular di Kedah.
Perdana Menteri sempat membeli songkok, dodol, halua maskat dan kuih loyang selain chempedak goreng di situ.
Beliau berkata konsep Pekan Rabu amat menarik kerana memberi peluang kepada peniaga kecil memasarkan produk mereka selain turut mencadangkan supaya peniaga menjual barang yang ada kelainan daripada barang sedia ada.