Sunday, January 17, 2010

TAK ADA DUIT, TAK ADA AIR


Betulkah masalah tidak ada air berpunca kerana kerajaan negeri Ustaz Azizan tidak ada duit. Dengar kata kerajaan negeri terpaksa catu duit untuk bekalan air kerana duit dalam akaun dah makin kontang.

Kalau benarlah seperti cerita itu, malang sungguh nasib rakyat negeri Kedah. Mereka menjadi mangsa kerajaan negeri yang hanya pandai cakap tapi tidak pandai urus kerajaan.

Mengikut cerita daripada mereka yang terlibat dengan kerja-kerja pembekalan air kat Kedah ni, kerajaan negeri mememangnya sengaja menyalurkan air dengan tekanan rendah kerana bimbang jika air disalur dengan tekanan tinggi paip-paip akan bocor kerana tidak mampu menahan tekanan kuat.

Dan apabila paip bocor ia perlu dibaiki dan bila diperbaiki ia akan melibatkan kos. Kerana mahu menjimatkan kos memperbaki maka pentadbir kerajaan negeri yang bijak pandai belaka berkata biarlah orang ramai susah tiada air daripada kerajaan negeri kena keluar duit baiki paip bocor.

Biarlah rakyat mandi air sungai, biarlah rakyat gali telaga, biarlah rakyat sakit kerana minum air tidak bersih, biarlah rakyat susah tunggu air dari lori biarlah pakaian tidak basuh berhari-hari, tetapi yang penting kerajaan dapat jimat duit
daripada keluar untuk kesejahteraan rakyat.

Patutlah Ustaz Azizan begitu memuji bos Jabatan Bekalan Air (JBA) Kedah Harun Jasin kononnya menjadi pentadbir yang cekap. Tetapi cekap mana kalau orang ramai susah, orang ramai menderita.

Dengar cerita Harun Jasin menjimatkan RM10 juta duit kerajaan daripada dikeluarkan untuk selenggaraan dan memperbaiki paip.

Dengar cerita juga pergolakan hebat berlaku di antara bos JBA dengan pekerja bawahan seperti technician kerana bos hanya tahu mengarah bila orang ramai mengadu masalah air tetapi tidak mahu keluar duit mengatasi masalah. Technician juga sering dimarahi rakyat bila tiada air. Kesian mereka tersepit antara dua pihak.

Apa nak jadi ni Ustaz Azizan. Tak kesiankah kepada rakyat yang susah. Hanya kerana hendak nampak atas kertas kata pandai jimat duit rakyat dibiarkan menderita. Kesian orang ramai nak mandi, nak ambil air sembahyang, nak berniaga dan macam-macam lagi urusan yang memerlukan air.