Friday, September 4, 2009

TAKTIK RAIH SOKONGAN POLITIK-TUN MAHATHIR...

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata rakyat dan rakyat dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu ambil peduli tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang di Perak semalam kerana ia hanya taktik mereka untuk meraih sokongan politik.

Dr. Mahathir berkata, ADUN pakatan pembangkang bertindak demikian untuk meraih undi daripada rakyat dengan cuba menggambarkan BN sebagai sebuah parti yang teruk.
“Dia nak cari undi, nak menunjukkan betapa teruk BN. Kalau kita halang dia, nampak lagi buruk,” katanya.

“Dia nak buat, biar pi dia buat. Buat apa nak ambil peduli. Bukan ada taraf rasmi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli-belah dan meninjau Kompleks Pekan Rabu di sini hari ini.

Ditanya tindakan Speaker DUN Kedah mahu mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan kedudukan ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif di mahkamah, beliau berkata, Datuk Dr. Abdul Isa berhak berbuat demikian jika terdapat peruntukan undang-undang yang membolehkan perkara itu dibawa ke badan kehakiman.

Kata beliau, sebagai sebuah negara yang mempunyai undang-undang sendiri, hasrat Abdul Isa untuk mencabar keputusan SPR di mahkamah tidak boleh ditahan.

Nampaknya semua taktik yang digunakan oleh pembangkan sudah diketahui umum. Jadi tak perlulah mereka menipu rakyat dengan lakonan yang sudah diketahui jalan cerita dan penamatnya.

Berpijaklah di bumi yang nyata bahawa Kerajaan Perak kini ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional..

4 comments:

Lubukkk said...

hidup Tun M hidup Mukriz...i sokong u Tun..BERANI BERUBAH..

juboQkera said...

Lubukk... hang kenai ka Mukhriz...? Pemuda aloqstaq berani ka berubah?

anai-anai said...

salam...

Agak lama juga saya tak mengikuti
blog ni...dulu isunya cuma antara kita2 saja...tapi hari ni kita makin panas dengan puak-puak pas ...pada saya jangan la kita ikut rentak dan gaya provokasi yang dibuat oleh puak2 tak sedaq diri tu...yang penting kita selesaikan agenda yang patut...dengan puak2 ni lagi kita layan...kita akan jadi BODOH macam depa juga...baik kita pi tolong mangsa kebakaran desak menteri besaq bagi penempatan baru secepat mungkin.
salam

kopi o kaw said...

anai anai,,hang sama ngan aku la..puak tu mngaji semua pandai2..tapi kes umah 2 pun tak leh selesaiii...sampai ari ni woi...bodoh piang jugak puak ni...mengaji nak lulus periksa,bukan mengaji untuk hidup...tu yang puak tu jadi mcm ni..