Sunday, October 18, 2009

PENTERJEMAHAN SEMULA PERJUANGAN UMNO

Selepas berakhirnya Persidangan Agung UMNO di PWTC 16hb lalu pasti akan menambah semangat para pemimpin dan perwakilan UMNO yang hadir. Kepimpinan tertinggi UMNO membuat ucapan yang begitu bersemangat untuk merubah lanskap politik Malaysia terutama UMNO.

Pelbagai amanat telah disampaikan oleh Presiden UMNO Y.A.B Dato Seri Utama Mohd Najib Razak dalam menterjemahkan semula perjuangan UMNO mengikut acuan konsep satu Malaysia , rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan.

Namun apa yang khuatirkan sejauh manakah amanat dan pesanan Y.A.B Presiden dapat diterjemahkan oleh pemimpin bahagian dan para pewakilan ke akar umbi. Apakah implementasi yang perlu dilakukan untuk menterjemahkannya ke akar umbi.

Akar umbi UMNO sudah lali sebenarnya dengan retorik perlaksanaan program yang dilakukan oleh pemimpin bahagian, seolah-olah tiada pengisian kearah perjuangan yang sebenar dalam mencapai objektif perjuangan UMNO iaitu memartabatkan bangsa melayu khususnya.

Rata-rata ahli UMNO di peringkat akar umbi masih melihat pemimpin mereka sebagai golongan elit yang susah untuk didekati. Ini kerana cara dan imej yang tunjukan oleh pemimpin sendiri yang diperhatikan oleh ahli-ahli akar umbi.Mereka merasakan mereka bukan sebahagian daripada perjuangan UMNO apabila kadangkala pandangan dan kritikan mereka dicemuh kembali oleh pemimpin mereka. Ada diantara mereka merasa tertipu oleh janji-janji perubahan yang hendak dilakukan oleh pemimpin tetapi tiada apa yang berubah.

Kemesraan antara pemimpin dan ahli akar umbi seolah-olah hanya lakukan , mesra semasa hendakan sesuatu. Ini dapat dilihat dalam beberapa aktiviti dan program dimana pemimpin hanya mengekori ketua bahagian denagan tidak memperdulikan ahli-ahli yang hadir pada program tersebut.

Pemimpin UMNO diperingkat bahagian perlu sebenarnya memberi panduan kepada pemimpin peringkat cawangan dalam cara membuat program yang boleh memberikan impak positif kepada parti. Namun apa yang terjadi kekuranga idea dan daya kreativiti pemimpin bahagian antara penyebab tiada gerak kerja kearah perubahan secara total diperingkat akar umbi.

UMNO perlu membuat penterjemahaan semula dalam perjuangan , pemimpin perlu berfikir cara memperanankan ahli-ahli akar umbi dalam perjuangan ini. Ia perlu diterjemahkan secara radikal , dengan kata lain “apa kah kelebihan menjadi ahli parti UMNO daripada menjadi ahli parti Pembangkang” kerana UMNO adalah sebuah parti yang sudah lama , maka mesti ada keistemewaan kepada ahli-ahli berbanding parti pembangkang.

Ini lah antara kata-kata orang-orang muda “apa bezanya masuk UMNO dengan masuk PKR atau PAS”.

Apa yang diperkatakan ini bukannya menghukum pemimpin tetapi realiti sebenarnya.

Emel: Pemerhati UMNO

11 comments:

cucu said...

nampaknya semangat ahli2 umno pada perhimpunan aritu sungguh berkobar2 untuk lakukan perubahan demi utk umno bangkit semula ditanah melayu ini..tahniah diucapkan kerana umno krn ingin melakukan perubahan..tetapi perubahan yg macam mana hendak dilakukan..perubahan drp sikap buruk kepada sikap baik..kalah kepada menang..jatuh kepada bangun..sombong kpd rendah diri..pm kata kita mesti buang sikap burok, dendam, irihati,merajuk, jgn sombong dan rendah diri dgn rakyat..ini bermakna pm umno sendiri akui ahli umno sume ada sikap sperti itu sekarang ini..buang2 lahh sikap2 burok tuu demi untuk naik taraf hidup rakyat wangmalaysia ni..

umno tua said...

kesempatan ini tahniah diucapkan kepada najib diatas usaha dan keberanian serta keikhlasan yang terpancul dari dirinya untuk mermartabatkan lagi umno..

pindaan perlembangan yang dibuat baru2 ni nampak keusaha nak mentradisikan kembali dan menguatkan parti demi menharungi masa depan yang penuh cabaran ini..

Yang lama jangan dilupakan dan yang baru jangan dipinggirkan...

wahai semua pendokong umno..kita adalah insan yang bernama manusia,,kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan...kita bukan malaikat..sekarang kita perlu membetulkan segalanya...

percaya laah..negara malaysia yang kita cintai ini masih memerlukan umno untuk memerintah..begitu juga dengan rakyat..mereka tahu umno banyak berjasa pada mereka..keputusan pilihanraya yang lalu perlu diambil sebagai pengajaran...padamasa itu umno terlalu asyik dilamun mimpi..terlalu nyenyak tidor..

sekarang umno dah dikejutkan...dan umno sudah pun terkejut dari perkara itu...kita perlu bangun segera..percaya rakyat masih maukan anda untuk mentakbirkan negara ini.....insya allah...

Anonymous said...

amik ni wa ubat semangat..
heheheheh.....
http://zulmamakpng.blogspot.com/2009/10/kedah-bayar-hutang-kerajaan-pusat-rm10.html

tak tau apa said...

kalau tak mau hutang jangan jadi kerajaan la....dan kalau pas dok kata depa la keja dok bayar hutang kerajaan bn dulu,,sampai tak dak duit dah la,,sampai nak mampuih sgt2 pasai tak nak kena bayar hutang,,lebeh baik tok sah merintah,,,,bagi kat bn merintah...bagi depa bayar sendiri hutang yang bn buat dulu...dulu pun bn dok bayar juga hutang,,tak sampai kata duit tak dak,nak mampuih mcm kerajaan pas la ni...

cucu said...

bagi kat bn pulak bertambun semula laa hutang kerajaan..

salah undi said...

mana hang tau....hutang bertambun, pi la kutip sampah bg abis dulu....dulu sebelum pilihanraya duk janji sakan......la ni parking pun hampa buh meter balik....free konon....mana manifesto hampa.....keja hampa duk kata saja......

gergasi said...

bukti semasa kerajaan bn pegang dululaa...lanii Pas pegang pas yg bayar hutang bn..tak malu kaa..terimaa laa hakikat weii...

aktivis said...

Parti PAS bukanlah menjadi model yang baik, malah jikalau diperhatikan kepada pejabatnya di seluruh kawasan akan di dapati berada dalam keadaan yang uzur dan tidak terurus. Alat-alat komunikasi yang canggih seperti komputer, fax dan sebagainya yang sepatutnya ada di seluruh kawasan PAS khususnya di negeri Kelantan yang dikuasainya belum pun sempurna. Kesimpulannya ialah: Parti PAS miskin, iklan PAS kuat, tetapi pemimpinnya kaya-raya hasil daripada perjuangan di dalam parti, sila lihat kepada rumah setengah-setengah pemimpin PAS pula ada yang bertingkat-tingkat. Oleh yang demikian, keadaan ini menjelaskan kepada kita, bahawa PAS bukanlah Jemaah Islamiah bahkan parti PAS adalah PARTI ISLAM CELUP.

aktivis said...

Sebagai perkara makruf, hanya penyokong-penyokong PAS sahaja yang berlumba-lumba menghulurkan derma, manakala kebanyakan pemimpin PAS kedekut untuk menderma, derma tetap seperti sumbangan bulanan kerana menjadi ahli dewan atau sewaktu mereka menerima persaraan pun masih ada yang celaru. Perbuatan yang seperti ini adalah bercanggah dengan pemimpin parti Allah pada zaman Rasulullah s.a.w. dulu.

Sebagaimana yang termaklum dalam PAS kutipan derma adalah dikira amalan biasa, penyokong-penyokong PAS sangat gemar menghulurkannya. Sifat seperti ini hampir-hampir sama pada zaman Rasulullah s.a.w tetapi apa yang mendukacitakan derma-derma tersebut betulkah dipergunakan mengikut apa yang sepatutnya ?



Sebagai contoh, di sini dinyatakan antara derma-derma yang dipungut dan boleh dicurigai pelaksanaannya.



Contoh (1) : Derma jihad dalam Ijtimak PAS Kok Lanas yang berpuluh-puluh ribu ringgit itu, di manakah wang derma jihad PAS yang dipungut begitu banyak? Adakah dibentang penyatanya ?



Contoh (2) : Wang Derma Pilihanraya Kecil Grik, Ustaz Omar Khalid telah melihat dengan matanya sendiri bahawa orang yang diamanahkan untuk menyerah wang tersebut telah mempergunakan wang derma tersebut bagi membayar hutang peribadinya sendiri. Ustaz Omar Khalid telah bertanya kepada individu tersebut pada waktu itu, kenapakah dipergunakan wang derma daripada orang ramai untuk membayar hutang peribadi ? Lantas beliau menjawab: "Apa salahnya! Saya sekarang adalah PAS, PAS adalah saya, tidak salah dipergunakan untuk PAS ".



Contoh (3) : Lebih kurang 10 hari sebelum tahanan ISA (Operasi Lalang) dikenakan ke atas Ustaz Omar Khalid dibebaskan daripada Kem Tahanan Kemuntimg, satu kutipan derma secara besar-besaran dianjurkan di Dewan Zulkifli bangunan PAS Kota Bharu, Kelantan, apa yang Ustaz Omar Khalid tahu wang yang berpuluh-puluh ribu itu tidak diberi kepada yang berhak menerimanya termasuklah Ustaz Omar sendiri. Sehingga sekarang derma khas tersebut tidak diterima olehUstaz Omar Khalid dan tahanan-tahanan ISA lain.



Contoh (4) : Pada suatu ketika (lebih kurang 10 tahun dulu) dalam PAS telah ditubuhkan satu institusi kewangan yang dinamakan "Darul-Mal", berjuta-juta wang terkumpul, seluruh penyokong PAS dikerah agar menyumbangkan sebanyak mungkin di dalam tabungan tersebut, ada di antara ahli atau penyokong PAS yang telah menjual tanah, menjual barang-barang yang berharga dan mengambil segala wang yang ada di bank-bank lain untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan Darul-Mal. Apakah yang terjadi sekarang ? Sesungguhnya wang tersebut telah hilang dan mati tanpa berkubur. Suatu tindakan undang-undang kepada pelaku sehingga kini belum ada kedengaran.



Inilah cara pemimpin PAS memimpin parti dan inilah puak yang akan memerintah Malaysia secara lslam sekiranya parti PAS menang. Sewaktu berceramah atau mengajar/kuliah pemimpin PAS mengajar bukan main lagi, mereka mengajak kita melakukan keadilan dan mestilah mengikut cara Nabi s.a.w yang akan memotong tangan anak baginda Fatimah sekiranya mencuri, tetapi belum pun memerintah negara hanya sekadar memerintah parti atau memerintah sebuah negeri Kelantan sahaja sudah tidak mahu menjalankan keadilan sekurang-kurangnya menyeret mereka yang bersalah ke muka pengadilan mahkamah bagi melambangkan keadilan buat sementara waktu sebelum berjumpa mahkamah Allah. Tindakan seperti ini tentu boleh menolong menyedarkan orang PAS lain daripada melakukannya.



Contoh (5) : Di Kampung Jabi, Besut, Terengganu, pemimpin PAS membuat pakatan bagi pelaksanaan perkampungan Islam seluruh penyokong PAS diajak agar memenuhi rancangan ini. Penyokong-penyokong PAS menerimaya dengan suatu hakikat pengajaran Islam yang baik dan mereka pun mengikislah harta masing-masing bagi menyokong rancangan tersebut. Pemimpin PAS telah menjual tanah yang dipecahkan lot secara persendirian kepada ahli-ahli atau penyokong PAS, apakah yang terjadi sekarang ? Rancangan tersebut nampaknya terbengkalai.

Rooney said...

Aktivis..tolong komen sat apa dah jadi dgn KOHILAL... tak pernah declare penyata? ahli dapat keuntungan ka? Kohilal tu sapa punya? depa buat apa dah? puak nangoi ni tau ka?

aktivis said...

KOHILAL adalah satu lagi kebodohan perancangan ekonomi untuk ahli-ahli PAS oleh pimpinan tertinggi PAS yang tak boleh ditegur kerana maksum daripada kesalahan....

Selama 20 tahun penubuhannya yang mendapat menafaat entah sapa....nak buat untung rugi cammana kalau akaun pun tak terurus...itulah cara pentadbiran Islam konon oleh puak-puak PAS....

Hutang yang dibayar oleh kerajaan PAS kedah ke federal adalah potongan daripada cukai negeri daripada aset fedral kepada kerajaan federal yang telah lama diamalkan oleh semua kerajaan negeri daripada negeri berstatus negeri pentadbiran autonomi ( bukan negeri-negeri selat) seperti krealantan dan terengganu....dulu pun kerajaan BN kedah bayar cuma tak heboh satu dunia macam puak-puak bodoh PAS ni.....