Saturday, May 30, 2009

SENTUHAN KASIH SAYANG...

MELENTUR BULUH... Timbalan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng beramah mesra dengan peserta program Khemah Ibadat Rakan Muda anjuran UMNO cawangan Kampung Alor Buluh, Alor Semela, di sini, 30 Mei lalu.

Seramai 53 peserta berusia antara 10 tahun hingga 15 tahun menyertai program itu bagi mengisi ruang sempena cuti persekolahan mereka.

Program selama dua hari itu menekankan soal ibadah sembahyang, pengurusan masa dan mendisiplinkan diri bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala tidak sihat seperti penagihan dadah, menonton gambar lucah dan samseng jalanan.

Program sebegini wajar dicontohi dan diperbanyakkan bagi memberi suntikan baru kepada golongan remaja yang menjadi nadi kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Hadir sama Pengerusi Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah Mazlan Abdul Rahman, Penyelaras Program, Madowan Ahma yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampong itu.

2 comments:

DukeOfUMNO said...

Tahniah di atas kelahiran blog ini! Bertambah meriahlah UMNO di alam cyber maya kini...Semoga UMNO Alor Star bertambah kukuh di dalam mendedahkan kepincangan Pakatan Rakyat..semoga Rakyat Kedah membuka mata seluas mungkin dan memacu minda menyelamatkan diri dari terus di tipu oleh Pakatan Rakyat!

puashatike? said...

TAHNIAH...