Wednesday, June 3, 2009

SENTUHAN KEMASYARAKAN...


MELENTUR BULUH... Timbalan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng beramah mesra dengan peserta program Khemah Ibadat Rakan Muda anjuran UMNO cawangan Kampung Alor Buluh, Alor Semela, di sini, 30 Mei lalu. Seramai 53 peserta berusia antara 10 tahun hingga 15 tahun menyertai program itu bagi mengisi ruang sempena cuti persekolahan mereka. Program selama dua hari itu menekankan soal ibadah sembahyang, pengurusan masa dan mendisiplinkan diri bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala tidak sihat seperti penagihan dadah, menonton gambar lucah dan samseng jalanan. Program sebegini wajar dicontohi dan diperbanyakkan bagi memberi suntikan baru kepada golongan remaja yang menjadi nadi kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Hadir sama Pengerusi Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah Mazlan Abdul Rahman, Penyelaras Program, Madowan Ahma yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampong itu.







3 comments:

DukeOfUMNO said...

kalau buleh...kita kurangkan aktiviti2 glemer...dan kita tumpukan lebih kepada aktiviti yang lebih membantu rakyat secara konsisten dan berkesan dalam hidup seharian depa...apa la sangat kalau kita gotong royong bersihkan sampah kat tepi tong sampah kat perumahan2 tu, longkang ke, masjid ke, kubur ke...kita highlight sikit "kita bantu K'jaan PAS yang tak mampu settlekan masalah sampah kat Aloq Setaq"! Kan? kan? kan? hehehhe...

-Sekadar cadangan akat umbi...

Anonymous said...

Hak glemer pun kita buat. Akiviti lain kita banyakkan. Nak gotong tu elok sangatlah.Apa kata kalau kita adakan gotong royong perdana bersihkan Bandar Alor Setar. Kerajaan Negeri atawa MBAS jangan keluar belanja sekupang pun. Cangkul, parang, tajak, cam kita bawa sendiri-sendiri. Makan minum punkita pakat-pakat bawak bekal. Cara ni boleh kita bantu Kerajaan Negeri. Betul betul kan?

Unknown said...

kalau nak buat baik tak yah la duk hantam orang, kitab mana hang pa beriman ni hah?...