Sunday, June 28, 2009

APABILA HIDUP DIHIMPIT KEMISKINAN

Siti Ani Sapinar Mat Saad yang berusia 27 tahun sememangnya seorang wanita yang tabah dan cekal hati.
Beliau berteduh dalam sebuah rumah sempit di Kampung Gunung Sali, Alor Setar, tanpa bekalan air dan elektrik sejak lima tahun lepas. Malam keluarganya disinari cahaya lilin sementara bekalan air diambil daripada rumah jiran.
Anak lelaki yang sulung berusia 7 tahun, terpaksa belajar berteman cahaya lilin sedangkang rakannya yang lain disinari terangnya lampu elektrik.
Suami beliau hanya bekerja buruh kasar. Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak berusia 2 tahun.
Menyedari perlunya keluarga itu diberi perhatian segera, Biro Pembangunan UMNO Bahagian Alor Setar yang diketuai Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng segera merangka jalan bagi membantu keluarga berkenaan.
Guntor yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata pihaknya akan berunding segera dengan Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Bekalan Air bagi menyalurkan dua bekalan asas itu kepada keluarga berkenaan.
"Kita amat simpati dengan keluarga berkenaan yang sangat-sangat memerlukan bekalan dua keperluaan asas berkenaan," katanya.
Guntor telah berkesempatan bertemu dengan Siti Ani semasa lawatan beliau meninjau masalah di Kampung Gunung Sali pada 26 Jun 2009.

No comments: