Dalam program mengunjungi rumah kenduri perkahwinan di Taman Wira Mergong, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng telah sempat mengunjungi seorang wanita warga emas yang cacat kaki kiri.
Aminah Hashim, yang berusia 63, telah dipotong kaki kiri sejak beberapa tahun lepas kerana kencing manis.
Ibu tunggal kepada lima anak itu tidak dapat bergerak aktif bagi mencari rezeki kerana kecacatan berkenaan dan terpaksa mengharapkan bantuan anak-anaknya yang sudah bekerja bagi kelangsungan hidup.
Beliau pernah memohon bagi mendapatkan kaki palsu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi kerana masalah mendapatkan sebutharga dengan pembekal kaki palsu, usaha beliau bagi mendapatkan kaki palsu sejak dua tahun lepas hanya menjadi harapan.
Beliau, yang tinggal di C-76, Taman Wira sangat berharap mendapat kaki palsu itu kerana mahu berusaha mencari rezeki sendiri.
Saudara Guntor Tobeng yang simpati dengan nasib Puan Aminah berjanji akan mencari jalan menyelesaikan masalah wanita itu.
"UMNO Alor Setar akan membantu dengan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat melihat semula permohonan wanita itu dan kita juga akan mencari pembekal agar kaki palsu yang sesuai dapat diperolehi Puan Aminah," kata Guntor.
No comments:
Post a Comment