Monday, June 15, 2009

Sentuhan Masyarakat..di Kampung Alor Kandis.

BUKAN KEHENDAK HATI IBU...Timbalan Ketua Umno Bahagian Alor Star, Muhamad Guntor Mansor Tobeng menziarahi adik Mohamad Zahare Hamid, 23 yang terpaksa dikurung sejak berusia lapan tahun di sebuah bilik berdindingkan batudan pintu geriji di Kampung Alor Kandis, Mukim Tajar, kelmarin.

Ibunya, Fatimah Ahmad, 56 terpaksa mengurung anak keenamnya kerana mengalami kecacatan mental akibat demam panas ketika berusia setahun sebagai langkah keselamatan untuk mengelak kejadian tidak dingini berlaku.

Anak kembar daripada tujuh beradik itu menghabiskan sebahagian masanya di dalam bilik itu kerana dia tidak dapat menguruskan diri selain bertindak agresif serta tidak pulang ke rumah jika dibenarkan keluar bilik berkenaan.

Sebagai parti yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat, penderitaan keluarga berkenaan sudah pasti diberikan perhatian.

Mohamad Guntor berkata, pihaknya akan membantu keluarga berkenaan termasuk meminta bantuan pakar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk merawat penyakitnya.

Beliau berkata UMNO Bahagian Alor Star akan memberi sumbangan secara berterusan terutama keperluan seperti lampin pakai buang dan susu untuk kegunaan Mohamad Zahare.
Turut menerima bantuan ialah Ishak Jaafar, 55, yang menderita penyakit yang kecacatan mental di kampung berkenaan yang tinggal bersama ibunya, Dah Othman.



1 comment:

DukeOfUMNO said...

Baguih...teruskan akitiviti turun temurun ni...tapi kita kena buat lebih dari tu...rakyat nak tengok UMNO bahagian aloq staq turun semuanya dari ket. bahagian sampai la ke ahli biasa...turun ke seluruh aloq staq...bersihkan sampah sarap dari aloq staq ni...kerajaan negeri PAS tak mampu nak buat pun masalah sampah ni...buktikan kita mampu buat walaupun kita bukan kerajaan negeri...

Ini hanyalah satu contoh...banyak lagi perkara tak glemer tapi amat bermakna yang kita buleh buat utk memikat hati rakyat Kedah...bersamalah kita usaha agar Kedah kembali ke pangkuan BN...

p/s: jangan bagi alasan takdak man power...pasai kita terbukti ramai...nak bukti? tengok time PM atau TPM mai ke Kedah...beribu turun pi kerumunnnn...hehhehe...betoi dak?