Seperti mana kebiasaan pilihan raya kecil, UMNO Kedah tidak ketinggalan akan menghantar para pertugasnya bagi membantu jentera pilihanraya di Manik Urai, Kelantan.
Pasukan daripada Kedah akan bertolak pada hujung minggu ini dan berada di sana sehingga hari pengundian.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Shafie Apdal berkata jumlah petugas yang akan dihantar tidak dapat dipastikan buat masa sekarang.
"UMNO Kedah akan menumpukan peranan membantu jentera pilihanraya UMNO Kelantan dari segala aspek seperti kempen, merayu undi dan menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan," katanya.
Shafie mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di Bangunan Tunku pada 28 Jun 2009 diikuti mesyuarat dengan kesemua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Kedah, juga di tempat yang sama.
Shafie yakin pasukan UMNO Kedah yang akan dihantar kelak akan bertugas bersunguh-sunguh.
Sunday, June 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment