Wednesday, June 17, 2009

TURUN PADANG MENINJAU KEMAJUAN PROJEK




Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah melawat beberapa projek yang sedang dilaksanakan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bakar Bakar.
Lawatan dimulakan dengan meninjau kemajuan projek tebatan banjir di Kampung Berjaya. Projek tebatan banjir 90 peratus hampir siap itu dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir kilat apabila berlakunya hujan lebat.
Selepas itu beliau meninjau projek pembinaan longkang di Blok B, Taman Wira Mergong dan kerja penambahbaikan dewan orang ramai di taman berkenaan. Selepas itu beliau meninjau projek perparitan di Jalan Datuk Syed Ahmad, Alor Merah.
Ahmad Bashah berkata, sebanyak 54 projek pembangunan infrastuktur asas dan sosial dilaksanakan di kawasan Parlimen Alor Setar dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM3.7 juta yang diluluskan oleh kerajaan pusat.
Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng dan Setuausaha UMNO Bahagian itu Abdul Kadir Muhamad.

1 comment:

DukeOfUMNO said...

Errr...ada satu longkang diantara blok A selatan dan blok C...dekat bawah pencawang letrik yg ada tanah terbiar tu...ada satu "nursery" yg tutup longkang tu...tutup longkang tu dgn konkrit rasanya...akibatnya...kalau hujan lebat, ayaq longkang tu tak mengalir dan rumah2 kat tepi tanah bekas bendang tu akan dinaiki air...

Mintak kerjasama UMNO A.Staq pi buat apa yg patut...takkan pasai satu kedai pokok bunga tu...banyak buah rumah terpaksa timba ayaq keluar dari rumah tiap kali hujan lebat? Kesian la kat depa tu...depa ramai dan dah berumur...

Khabaqnya perkara ni dah disampaikan kat ketua cawangan block C dan A...but no action taken...kalau lagu ni...org2 tua kot tu kata...abih la UMNO/BN lepaih ni...lampu jalan yg depa mintak bertahun2 pun tak dapat...jalan tar kecik penghubung antara blok A ke blok B tu depa pi ukur jaaaa...tapi tar nya tak sampai2 punnn...terpaksa depa mintak sedekah utk bubuh batu sikit2 kat jalan tu...ermmm...lagu mana tu?