MENGENANG JASA ... Ketua UMNO Cawangan Seberang Perak Syed Mustapa Syed Omar (kanan), 73, menyampaikan anugerah penghargaan kepada Mashitah Tan Sri Azahari, 55, yang mewakili bapa beliau Allahyarham Tan Sri Azahari Taib pada Mesyuarat Agung UMNO cawangan Seberang Perak di Dewan Orang Ramai Lorong Nyior Setali di sini, baru-baru ini.
Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng (tengah).Allahyarham Azahari seorang vateran UMNO dilahirkan pada 25 Mac 1924 di Kuala Sala, Kedah. Beliau aktif dalam bidang politik setelah menamatkan kerjaya sebagai wartawan di Utusan Melayu pada 1959 dan merupakan rakan karib bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain itu, allahyarham adalah 'mentor' kepada bekas Menteri Penerangan yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Seri Zainuddin Maidin.
Azahari yang meninggal dunia tahun lalu ketika berusia 84 tahun pernah menjadi anggota Exco kerajaan neg
eri Kedah dan merupakan antara pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.
Ketokohan dan kepimpinan allahyarham wajar dicontohi generasi kepimpinan masa kini. Sentuhan dan perjuangan membela nasib anak bangsa, agama dan negara seharusnya menjadi wadah utama kepimpinan sekarang untuk meneruskan tradisi pemimpin lalu.
4 comments:
Syabas UMNO Cawangan Seberang Perak diatas tanda ingatan dan penghargaan kalian kepada keluarga Tan Sri Azahari.... Walupun beliau telah meninggal dunia... tapi jasa dan pengorbanan beliau perlu kita ingat sampai bila2...
Jasamu dikenang...perjuangan Allahyarham yang belum selesai ini diharap akan diteruskan oleh UMNO Kedah...perjuangan yg belum selesai...
Namun, harus diingat, jangan lah kita terpesong dari landasan UMNO yang sebenar...alif, ba, ta... Rakyat wajib didahulukan kerana amanah ini diberikan Allah utk berkhidmat kepada rakyat sama ada kita memerintah atau tidak...suburlah UMNO dihati rakyat!
Tan Sri Azhari ni seorang tokoh besar peringkat Nasional.Kalau dapat, diadakan satu majlis yang lebih bererti lagi untuknya. Jemput penuntut sekolah, IPT, orang-orang muda UMNO dll. Misalnya diadakan pameran (gambar) sejarah perjuangannya, jemput tokoh lain seperti Datuk Zam, Tan Sri Khalid, dan ramai lagi, bercakap atau bagi pandangan/ulasan tentang perjuangan Tan Sri. Ahli-ahli akademik juga perlu dijemput ke perbincangan ini. Adakan kertas kerja kemudian dibukukan. Cara ini barulah penuntut sekolah, orang-orang muda dan juga orang tua-tua mengerti perjuangan Tan Sri. Kalau tidak, akan hilang begitu saja.
Al-Fatihah...
Post a Comment