Friday, June 19, 2009

JELAS TUNGGAKAN ATAU TINDAKAN TEGAS...AZIZAN

ALOR SETAR, 17 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan pemilik rumah awam supaya menjelaskan ansuran sewa-beli rumah mereka bagi mengelakkan tindakan tegas, ekoran tunggakan keseluruhan bayaran kini mencecah lebih RM23 juta.
Beliau berkata antara tindakan tegas yang akan diambil ialah mereka akan diarahkan keluar dan mengosongkan rumah mereka.
"Ansuran rumah ini hanyalah antara RM80 hingga RM120 sebulan, kalau mereka tak sanggup bayar, ada orang lain yang sanggup bayar," kata Azizan.

RENUNG DAN FIKIRKAN SEJENAK...

2 comments:

DukeOfUMNO said...

Hrmmmm...lagu ni ka dasar "kebajikan" PR? Isshhh...dah tak buleh negotiate ka?

Tolong habaq kat Ust. Azizan tu...penduduk Aloq Staq yg dok kat perumahan awam kerajaan tu bukan dari golongan yg kaya raya...depa tu ada yg amik upah potong sayuq, jual nasi lemak pagi2, kerja kilang kotak, dan ramai yg ibu tunggal! Rata2 pendapatan depa hanya RM400-RM600 sebulan...duit itu la yg depa nak pakai utk sara anak2 depa, bagi makan, pakaian, sekolah dsb...kengkadang tu ada yang tak mampu nak bayaq bil letrik & ayaq...kengkadang tu makan pun miss...makan sehari sekali jaaa....dengan keadaan barang yg mahal, taraf hidup yg semakin meningkat...rasanya depa perlu diberi beberapa pilihan mengenai cara pembayaran rumah depa tu...pi la buat pertemuan dgn penduduk rumah awam tu...berbincang dgn depa...saya pun tau kerajaan nak duit depa balik, tapi kebajikan rakyat pun perlu diutamakan...kan? Depa manusia jugak kan? Kalau depa mampu, depa pun nak bayaq bagi habis utang rumah tu...depa pun tau hukum utang2 ni...kalau depa kaya, depa tak dok rumah awam tu...depa pi dok kat taman-taman mewah macam kat kat tepi Istana tuuu...

Rasanya Dato' Bashah boleh ketengahkan hal pembelaan rakyat ni kat DUN Kedah...Dato' perlu tunjukkan bahawa UMNO lah sebenarnya pembela rakyat! Kita tunjuk siapa PR, siapa UMNO/BN! Biaq rakyat bukak mata bagi "celik" sikit...hehhehhe...

budak mergong said...

betul tu aku sokong......kerajaan la ni....dah x dak duit..pasai tu la depa duk kejan suruh org bayar duit sewa umah.....mana depa x kejan buat mini billboard la...tukar billboard baru la....dulu kan main kata kat kerajaan BN duk merabih duit tp depa duk pasang merata muka depa kat tepi jalan kalau x percaya cuba lalu tgk....mesti ada punya...tak abis duit ka camtu bukan nak tolong rakyat...duk perabih duit rakyat lagi ada....