Friday, June 19, 2009

MINDA PEMIMPIN: PERPADUAN MELAYU HAK MELAYU

PERPADUAN MELAYU HAK MELAYU
Oleh: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar
Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata

Saya agak terkejut dengan pandangan sebilangan pemimpin dalam PAS yang menentang cadangan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang tentang idea kerajaan perpaduan.
Paling menarik perhatian adalah tentangan demi tentangan daripada Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah mengeluarkan kenyataan menghalau Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa keluar daripada PAS sekiranya beliau terus mendasari idea berkenaan.
Tidak terkecuali adalah tentangan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Soal penentangan daripada DAP dan PKR itu sememangnya sudah dijangka kerana bagi parti berkenaan perpaduan di kalangan parti politik Melayu adalah merugikan survival ideologi politik kedua parti berkenaan.
DAP dan PKR mahu menjadi seperti yu yang kekenyangan apabila kapal pecah.
Sebaliknya di pihak UMNO, semua pihak menyambut baik cadangan itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan kerendahan hati beliau apabila menerima idea berkenaan dengan hati terbuka malahan memuji sikap ikhlas Hadi.
Bagi UMNO sebarang usaha ke arah menyatukan kedua parti utama orang Melayu iaitu UMNO dan PAS adalah langkah besar yang boleh membawa kestabilan dan keutuhan politik dan negara ini.
Dengan Melayu adalah majoriti penduduk Malaysia dan ia menunjangi politik negara, perpaduan berkenaan sememangnya telah lama dinantikan oleh umat Melayu negara ini.
Tidak ada ruginya sekiranya umat Melayu bersatu.Malahan tidak ada yang perlu ditakuti dari segi politiknya sekiranya Melayu itu bersatu. Melayu bersatu juga akan memberi faedah kepada kaum lain.
Hakikatnya, perpaduan Melayu itu adalah hak orang Melayu.
Tidak ada pihak lain yang boleh menyatakan orang Melayu tidak boleh bersatu.Orang Melayu kena bersatu.
Jikalau jalan yang ada didepan kita adalah memilih penyatuan ataupun perpecahan, kenapakah kita harus memilih perpecahan. Sedangkan jalan perpaduan itu memberi seribu rahmat kepada kita dan perpecahan itu hanya menjerumuskan orang Melayu kepada kebinasaan.
Saya ingin memetik tulisan Dr Mohamad Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis, yang menarik dikongsi bersama. Petikan adalah seperti berikut.
"Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian".
Atas nama perpaduan umat Melayu mahupun perpaduan umat Islam, UMNO dan PAS perlu mencari titik pertemuan.Jalan menuju perpaduan itu berliku dan jauh, tetapi ia harus dimulakan dengan langkah pertama.
Duduk semeja berunding adalah langkah pertama. Biarlah pada perundingan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya tidak banyak persetujuan boleh dicapai, tetapi perundingan perlu diteruskan.
Ingatlah perundingan yang bermula hari ini adalah demi kepentingan anak cucu kita, agama kita dan bangsa kita.

3 comments:

DukeOfUMNO said...

Dato'...

Golongan PAS yg membantah "kerajaan perpaduan" tu dikenal pasti dari kumpulan erdogan dan Nik Aziz sendiri...Depa ni memang taksub kepada ajaran Nik Aziz dan Anwar...Nik Aziz dah meng"halal"kan berkawan dgn "syaitan"...dan "syaitan" itu pulak salah sekornya ialah De Facto PKR, Anwar Al-Juburi...jadi bila dah ada connection lagu tu...maka susahlah Hj. Hadi nak teruskan ideanya. Hj. Hadi memikirkan bahawa PAS teruk diperkudakan PKR & DAP...dia cepat tersedar dan cuba mencari jalan keluar utk menyelamatkan PAS dan perjuangannya...maka idea "kerajaan perpaduan" dilihat sesuai utk mewujudkan "win-win situation" antara PAS dan UMNO/BN...saya puji Hj. Hadi atas kesedaran awalnya ini...dan saya puji DS Najib atas dasar rendah diri dan keterbukaannya dalam isu ini...

Namun, kita harus ingat bahawa Nik Aziz dan erdogan PAS juga punya pengaruh yg kuat dalam PAS, oleh itu...saya mengisytiharkan "perang saraf" kepada penentang "kerajaan perpaduan" pada ketika ini...jelas bahawa mereka tidak mengamalkan muamalah yg amat difirmankan Allah di dalam Al-Quran..."waqtasimuu bihablillahi jamii'an wa la taffarraquu.." firman itu nyata menyeru sekalian muslim utk bersatu sesama mereka demi jalan Allah...bukankah kita UMNO dan PAS berada di dalam satu agama? Lainlah jika mereka menganggap kita lebih kafir dari DAP!

Survival anak bangsa perlu dipertahankan dan diperjuangkan terus oleh semua anak bangsa Melayu, terutamanya yg beragama Islam...Pas sendiri ketika muktamarnya menggesa agar dasar DEB iaitu kuota 30% bumiputera dipertahankan dan merayu agar kerajaan kita mengembalikan MeCD..jelas disitu bahawa PAS juga prihatin kepada nasib anak bangsa sebagaimana UMNO selama ini...gesaan pada muktamar PAS itu jugak menunjukkan penentangan mereka kepada dasar Anwar Al-Juburi yang mahu menghapuskan DEB sama sekali dan bersetuju dengan dasar "Malaysian Malaysia"....sebab itu saya pernah menulis perihal "Muktamar PAS Vs. Anwar Al-Juburi" di blog saya...

Di sini, saya merayu kepada semua individu Islam Melayu agar melihat kepentingan "kerajaan perpaduan" ini sebagai satu langkah bijak bagi kepentingan anak cucu kita kelak. Survival penyatuan umat Islam dan Melayu di Malaysia lebih penting dari politik. Apabila penyatuan ini dapat direalisasikan, barulah sistem politik kita akan stabil dan memajukan Islam, bangsa dan negara...insyaAllah!

DukeOfUMNO said...

Err...lupa pulak nak habaq...ramai org komplain pasai kursus blogger yg nak dianjurkan oleh UMNO Kedah baru2 ni...

1.Depa kata, pemilihan peserta harus dikaji balik...

2.Tak wajar ditangguhkan semata2 nak pi sambut TS Muhyiddin...sambut tu sambut jugak...kerja kena jalan...

3.Depa rasa...lebih baik kursus ini dikendalikan oleh mereka yang menceburkan diri dalam dunia bloggers atau "perang cyber"...tak payah upah consultant pun...depa lebih profit oriented dari nak membantu...(ada akai ka suruh sorang individu conduct 30 blog?) hehhehhe...

4.Kesesuaian masa perlu utk kursus blog ni...memandangkan ramai peserta yg akan dilatih dan penyampai kursus juga mempunyai kerja tetap masing2...disarankan supaya kursus ini diadakan di sebelah malam dan dama suasana yg tidak formal...bloggers ni bukan suka formality sangat pun...maklum la....ala2 wartawan gituuu...hehhe!

aktivis said...

Perpaduan melayu memang hak melayu...nasib bangsa malayu juga ditangan melayu...
namun atas dasar prinsip kepartian beberapa pemimpin pas menolak perpaduan ini...namun begitu orang-orang melayu UMNO tak perlu lah gusar kerana perkara ini pernah terjadi semasa zaman sahabat rasullulah...saidina muawiyah dan saidina ali.
Apa yang penting kerjasama antara ahli dan pemimpin dalam parti UMNO itu perlu dibuat dengan semangat perpaduan yang jitu...kita tak perlu menepelak PAS kerana menolak perpaduan dengan UMNO...tapi UMNO terutama saf kepimpinan bahagian alor setar khususnya perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah perpaduan sesama dalam parti UMNO bhgn alor setar sendiri...ada antara ahli yang merajuk gara-gara kecewa dengan cara kepimpinan bahagian...kepimpinan bahagian perlu turun ke bawah sentiasa dalam mengambil hati teruta ahli-ahli umno. Bagi aktivis ini adalah kerja dan tanggungjawab k.penerangan...namun kelibat beliau dalam menyampai segala isu dan maklumat kepada ahli di bawah tidak pernah nampak...apa kerja yang beliau buat sebenarnya????