Friday, June 19, 2009

PENDERITAAN ZAHARE DAPAT PEMBELAAN

Penderitaan keluarga Fatimah Osman, yang mempunyai seorang anak terencat akal yang terpaksa ditempatkan dalam ruangan khas telah mendapat perhatian pihak yang bertanggungjawab.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil tindakan segera dengan menghulurkan bantuan awal RM300 kepada keluarga berkenaan dan sedang mengkaji bentuk bantuan yang sesuai diberikan kepada keluarga berkenaan.
Hospital Sultanah Bahiyah juga melakukan susulan bagi membuat pemeriksaan terhadap anak lelaki Fatimah itu.
Penderitaan anak Fatimah, Mohamed Zahare Hamid, 23, dari Kampung Alor Gandak, yang terpaksa dikurung dalam bilik khas itu bagi mengelakkan beliau melarikan diri dari rumah dan melakukan perkara merbahaya, telah mendapat liputan meluas media pada 16 Jun lepas.
Penderitaan keluarga berkenaan dikesan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng semasa beliau menghadiri mesyuarat UMNO cawangan kampung berkenaan.
Guntor Tobeng mengucapkan terima kasih dengan tindakan segera dua jabatan kerajaan itu membantu Mohamad Zahare.
"Saya amat berbangga dengan sikap proaktif kedua jabatan itu segera mencari jalan menyelesaikan masalah keluarga berkenaan. Moga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan penderitaan keluarga berkenaan," katanya.
Beliau berharap Jabatan Pendaftaran Negara dapat membantu menyelesaikan masalah Mohamad Zahare yang masih beluam menukar kepada Mykad kerana beliau tidak dapat dibawa ke pejabat JPN kerana bimbang akan bertindak agressif.
"Kalau boleh JPN turun ke rumah keluarga berkenaan bagi memproses pertukaran kad pengenalan beliau kepada MYkad," kata Guntor.

1 comment:

DukeOfUMNO said...

Alhamdulillahhh...dah dapat settle problem yg satu ni...teruskan lagi usaha sebegini...kalau buleh, war-war dari mulut ke mulut jugak...rakyat dah tak percaya sangat kat surat khabaq la ni...depa lebih percaya media alternatif..konsistensi amat perlu utk pembelaan rakyat sebegini...penerangan UMNO harus peka dan sebarkan maklumat macam ni selalu...

p/s: kalau buleh, hidupkan balik konvensyen UMNO Kedah...banyak yg kita buleh dapat dari konvensyen tu...