Thursday, June 18, 2009

PENIAGA BANTAH SISTEM PARKIR...


Seramai 200 peniaga di Kompleks Perniagaaan Utama Sultanah Sambungan, di sini membantah tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengenakan caj tempat letak kereta di kawasan itu kerana menjejaskan perniagaan mereka.
Peniaga terbabit mendakwa sejak caj itu dikenakan bermula 1 Jun lalu kedatangan pelanggan semakin berkurangan menyebabkan perniagaan mereka merosot mendadak.
Seorang pemilik pasar mini, Mohd Yusmi Yaacob, 32, berkata sejak sistem caj letak kereta di situ dikuatkuasakan pelanggan enggan datang ke situ.
“Pada mulanya caj RM1 dikenakan setiap kali masuk, tetapi ia sudah dikurangkan kepada 40 sen sejak minggu lalu, tetapi ia masih belum dapat menarik kembali kedatangan pelanggan untuk berurusan di kompleks perniagaan ini.
“Pelanggan lebih gemar pergi ke lokasi lain yang berhampiran dan tidak dikenakan caj meletak kereta," katanya di sini, semalam.
Mohd Yusmi berkata, sebelum caj itu dikenakan beliau mampu mencatat jualan sehingga RM600 sehari, tetapi kini merosot kepada hanya RM100 sehari.
"Jika keadaan ini berterusan saya dan peniaga lain mungkin akan gulung tikar kerana perlu membayar sewa premis RM2,700 sebulan”, katanya.
Peniaga berkenaan mendakwa mereka sudah memaklumkan mengenai masalah itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi meminta campur tangan kerajaan negeri.
Namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang di ambil untuk mengatasi masalah berkenaan.

APA YANG PASTI KEMELUT YANG BERLAKU KEPADA PENIAGA DI BANDAR RAYA GAGAL DI ATASI OLEH KERAJAAN NEGERI YANG LEBIH BANYAK MELIHAT DARIPADA MENYELESAIKAN MASALAH TERBABIT.
KALAU DULU MEREKA BANYAK MENUDUNG JARI TETAPI SEMUA JARI ITU KEMBALI MENUDING JARI KEPADA MEREKA...

2 comments:

DukeOfUMNO said...

Aiikkk??? Dulu masa PRU12 bukan manifesto depa kata Parking Free ka? bukan depa nak settlekan masalah parking kat Aloq Staq ka? ishhh...lidah tu bercabang ka?

Lama2 nanti org yang nak cucuk duit kat bank Islam akan letak keta kat tepi jalan kat tepi pokok tuuu...lagi bahaya...kena langgaq ngan lori tanah...tak ka naya lagu tu...

Perkara ni bukan jadi masalah kat peniaga kat situ jaaa...kat rakyat pun jadi masalah jugak ni...bayangkan, nak cucuk duit kat bank Islam tu tak lebih dari 2-3 minit...tapi kena bayaq duit...depa tak pa la pasai depa kaya...penduduk kat Perumahan Awam Mergong/Tmn Wira tu bukan kaya sangat...sekupang duit depa pun berharga! Mana "kebajikan" PR ni? Kebajikan untuk PR ka utk rakyat?

Syabas UMNO Aloq Staq...teruskan entry2 yang membela rakyat cam ni...rakyat diutamakan!!!

budak mergong said...

salam......
Manifesto depa dah ilang...pasai tu depa lupa apa nak kena buat....dulu depa duk kat atas kerusi umah kenduri ja....la ni duk atas kerusi empuk sampai terlena dan mimpi depa tgh duk buat kerja...biasa la kalau KADUK NAIK JUNJUNG...dulu kan main janji nak bantu sana bantu sini mana dia...??? apa pun tarak....Nasib Baik UMNO alor star ada buleh juga depa duk bantu rakyat sana sini....ada juga pendekatan mereka ni dengan rakyat....