Kegembiraan jelas terpancar diwajah jurukamera TV3, Jefri Aziz selepas menerima kunjungan daripada Timbalan Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng di wad 3c, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), semalam.
Beliau memperuntukkan masa lebih 30 minit sambil menghulurkan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung Jefri yang mengidap penyakit kanser usus sejak setahun lalu.
Jefri yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun bersama TV3 dijangka menjalani pembedahan Khamis ini di HSB.
Dalam kunjungan ke HSB itu, Ir Guntor turut menziarahi seorang pesaraguru Ismail Sharie, 63, dari Batu 2 1/2 Jalan Datuk Kumbar jatuh pokok durian setinggi 3.3 meter ketika hendak memetik buah durian untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir selepas solat Isyak malam kelmarin.
Akibat dari jatuh pokok durian Ismail patah tanah kanan dan pingggang, kini beransur sembuh. Ismail menerima rawtan di wad 3A Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terima kasih bapa Gun... anda sebenarnya salah seorang pemimpin prihatin... semoga ALLAH membalas kebaikan yang banyak kepada anda.
Post a Comment