Tuesday, June 16, 2009

UMNO ALOR SETAR DAPAT RM3.6 JUTA PERUNTUKKAN PEMBANGUNAN

UMNO Bahagian Alor Setar menerima peruntukkan pembangunan berjumlah RM3.6 juta bagi menjalankan 54 projek di sekitar kawasan Parlimen Alor Setar bagi sepanjang tahun 2009 ini.
Antara projek yang bakal dijalankan adalah memperbaiki jalan, lampu jalan, surau dan pelbagai projek lagi.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng berkata, UMNO Alor Setar bertuah kerana ia memperolehi lebih banyak peruntukan kerana Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah adalah juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
Biasanya, peruntukan berkenaan disalurkan menerusi Ahli Parlimen, tetapi kerana kedudukan ketua Bahagian Alor Setar di peringkat UMNO Negeri Kedah, ia menerima lebih banyak peruntukan, kata Guntor semasa merasmikan mesyuarat UMNO Cawangan Batu 2 Sungai Korok pada 12 Jun lepas.
Guntor, yang juga Pengerusi Biro Pembangunan UMNO Bahagian Alor Setar mahu ketua cawangan aktif mengenalpasti projek yang boleh dilaksanakan di kawasan masing-masing.
Apabila dikenalpasti projek yang boleh dilaksanakan bagi kepentingan penduduk kawasan berkenaan, maju permohonan segera kepada Biro Pembangunan supaya kita dapat memasukkan permohonan berkenaan bagi mendapat peruntukan, tegas beliau.

1 comment:

DukeOfUMNO said...

Bila sebut bab duit ni hati2 bebbb...takut tak sampai ke tangan yang sepatutnya...alibaba...over claim...projek terbengkalai...mark up project dsb...pastikan telus....jgn la sampai projek ICT yang RM2000 jadi sampai RM20000...tak berbaloi punnn...heheh!