Tuesday, June 16, 2009

UMNO ALOR SETAR MASUK FASA KERJA KUAT

Selepas mengambil masa setahun bagi mengemaskan rumahtangganya, UMNO Alor Setar sekarang ini telah masuk fasa turun padang bagi memenangi hati rakyat.
Berpegang kepada konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sekarang ini, UMNO bergerak mendekati rakyat, menyelami masalah rakyat dan mengambil tindakan mengatasi sebarang masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini, tidak mengira mereka orang UMNO ataupun penyokong parti lawan.
Jentera yang ditugaskan bagi mendekati rakyat itu telah diperkemaskan dan disusun agar tertib dan teratur dalam menjalankan tugas.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng yang berucap di majlis penyampaian hadiah pertandingan aspek wanita berkata, selepas pilihanraya umum pada Mac 2008, UMNO menjalani proses pemilihan pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang berakhir pada hujung tahun lepas.
Selepas itu berlaku pula perubahan terhadap pemimpin di peringkat negeri.Semua proses "house keeping" UMNO telah selesai dan fasa yang dialami sekarang adalah fasa buat kerja, turun padang.
Kita ada masa tiga tahun lebih sahaja lagi untuk mendekati orang ramai dan sekiranya semua jawatankuasa UMNO cawangan dan bahagian melaksanakan tugas masing-masing, imej UMNO akan dapat dipertingkatkan dan mampu meraih kembali sokongan pengundi.
Guntor Tobeng berkata UMNO tidak akan mengikut cara parti lawan yang sering berceramah setiap masa, sebaliknya UMNO mahu mengambil pendekatan mendekati, memahami dan menyelesaikan masalah rakyat.
Ceramah ini macam pergi tengok wayang, kita rasa terhibur dengan lakonan penceramah itu tetapi apabila habis ceramah semua balik tetapi apa hasilnya kepada orang ramai yang mendengar ceramah itu, adakah masalah mereka difahami penceramah itu? Yang mereka dengar adalah cacian, makian dan janji kosong sahaja.
Bagi UMNO, biar ia tidak heboh dengan ceramah tetapi ia dekat dihati rakyat menerusi pendekatan mengambil hati dan berkhidmat.

2 comments:

DukeOfUMNO said...

Good...tapi tu la....ramai yg masih tak nampak apa yg UMNO negeri dah buat...depa kata..."Nothing's done yet"! Itu pandangan rakyat...

Dari segi dalaman UMNO pula...saya mintak kepimpinan UMNO negeri berhati2 dgn segelintir ketua2 bahagian & Ketua2 cawangan...tak kiralah wanita, pemuda atau puteri...ada dikalangan depa ni yg memang tak buat kerja...tak tau pasai apa depa masuk UMNO...tak dak jati diri UMNO...kira nak projek jaa...sembang ja deraih...depa saja yg hebat, orang lain semua tak buleh pakai...cas keting...tolak kerjasama dari golongan muda yg berkebolehan (takut jawatannya tergadai!) dan macam2 lagi perangai tak berapa senonoh depa tu...haaa...jgn dok nafi...akaq umbi nampak semua tu...masa nak bertanding, bukan main...lepaih menang, dok syok depang dada "Aku la Ketua Bahagian".."Aku la Ketua Cawangan"..padahal...abuk pun tarakkkk...kira nak kondem orang jaaa...nak tanam terus calon yg kalah bertanding dgn depa....depan org, depa kata sedia bekerjasama...dalam diam, depa benam teruih dalam geleboq! Lagu tu ka sifat UMNO? Malu la sikitt....

Lagi satu...tolong nasihatkan wanita dan puteri utk pandai jaga diri...sopan sikit...jgn dok gelak mengilai atau terjerit2 tak tentu hala..org meluat tengok...mintak depa tutup aurat yg sepatutnya...memang la kuboq lain2..tapi dari segi sokongan rakyat utk UMNO, jatuh merudum laaa...org Kedah ni Islamic sikit...buang gelaran atau aksi pom pom girl kat puteri tu...rakyat tengok tak berkenan aihhh...rambut kaler2...depa tak suka..

terimalah seadanya...sekadar teguran membina pasca "memenangi hati rakyat"...

p/s: kami bloggers UMNO dah lama kerja kuat kempen dahhhh..hehhehe...tahniah kerana anda semua nak mula dah kerja kuat...jangan amik hati noooo...(sat gi aku kena tindakan disiplin pulakkkk...) hehehhe...

PUTERA BARU said...

saya setuju....puteri kena berubah....BERANI BERUBAH!!!!!!!!!!!!!!!!!