Saturday, August 1, 2009

KEDAH TIDAK BOLEH JADI KELANTAN KE-2


Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah secara terus terang melahirkan kebimbangan bahawa Kedah mungkin menjadi "Kelantan yang ke-2" sekiranya ahli UMNO belum insaf bahawa parti sudah tewas pada pilihanraya lepas.

Beliau yang melihat sikap ahli UMNO yang masih belum berubah sejak kekalahan mengejutkan pada pilihanraya umum ke-12 tahun lepas berkata, sekiranya ahli UMNO lebih berminat bercakaran, jatuh menjatuh dan tidak peduli untuk bekerja kepada parti, Kedah akan terus diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.

"Sekiranya Barisan Nasional Kedah tidak berupaya mengambil alih kerajaan negeri pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang, kita tidak usah bermimpi untuk mengambil balik Kedah pada pilihanraya ke-14 dan seterusnya".

"Sekiranya kita gagal mengambil kembali Kedah walaupun dengan kelebihan beberapa kerusi, Kedah akan menjadi Kelantan yang ke-2 kepada UMNO", katanya.

Berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di Bangunan Tunku, Bashah berkata beliau amat bimbang sekiranya Kedah gagal ditawan kembali kerana ia boleh menjejaskan moral, semangat dan survival UMNO Kedah.

"Pilihanraya ke-13 ini adalah pilihanraya yang paling kritikal untuk BN Kedah. Ia menentukan survival UMNO Kedah sendiri. Saya bimbang sekiranya kita masih belum sedar bahawa masa tiga tahun yang kita ada ini terlalu singkat. Dalam masa inilah kita perlu menjalankan segala program bagi mendekati pengundi"

"Kita sudah tidak boleh lagi bergaduh. Ketua Bahagian harus lebih agressif dan jentera di peringkat cawangan tidak lagi boleh membiarkan PAS dan PKR sahaja yang menjalankan aktiviti sedangkan kita hanya menjadi pemerhati," kata Bashah.

Beliau berkata, bukan satu tugas yang sukar untuk menawan kembali Kedah sekiranya pemimpin di setiap peringkat bersatu padu.

"Tetapi usaha menawan Kedah boleh menjadi satu usaha yang amat sukar sekiranya kita gagal menghayati semangat kerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain. Marilah kita bekerjasama demi parti kita. Lupakanlah perselisihan sesama kita. Ingatlah perjuangan mengambil kembali Kedah adalah lebih penting daripada soal peribadi mahupun soal siapa hendak jadi Menteri Besar".

Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah memohon sepenuh kerjasama daripada Ketua-ketua Bahagian supaya menyatukan barisan diperingkat bahagian dan jangan biarkan perpecahan berterusan.

Beliau juga memohon akar umbi UMNO terus memberi tenaga mereka tanpa mengira siang dan malam, huajan atau panas, bersama menjayakan program yang dijalankan UMNO.

17 comments:

amego said...

Assalamualaikum YB Dato'. Jengokx lah sama orang Alor Merah. Bukan nak dekat piliharaya baru nak mai. Wassalam

starman hutch said...

Assalamualaikum wbt... Agaknya la depa ni semua terlalu kecewa kot pasai planing tak menjadi, atau depa tak tau nak buat keja untuk rakyat dan parti.. sebab tu duk bercakar hang aku.. menaruh harapan, harapan apa?... cuba belajar berIMAN.. tuhan dah fitrah pada manusia dengan akal.... pikiar-pikiar la sendiri mcm mana nak bagi orang suka, nak bagi parti maju... mana ada tanam getah jadi anggur, tu pun nak kena tolong pikiar bagi ka... habuan la chek ooi.. 2244

budak 6330 said...

asalamualaikum...datuk paduka dan ajk yang dihormati...satu pegangan yang perlu kita pegang bekerja kita kerana UMNO dan orang melayu bukan untuk diri kita sendiri.......turun2lah kebawah...tgk2lah kami kat bawah...jangan lupakan kami....saya cukup yakin dengan kepimpinan anda semua..lakukan yang terbaik untuk negeri kedah...rangka satu jalan penyelesaian yang terbaik....adun bagi elok...umpama kata SU bahagian biar semua CANTIKKKKKK.............kita rampas balik negeri kedah....saya yakin PRU13 milik kita.....

budak pachinnnnnnnko said...

amego....ingatalah!!!!!!!!! bukan cawangan anda ja yang nak kena turun..banyak..satu negeri nak kena turun....daripada nak tungu datuk turun baru nak wat keja bek p men pachinnnnko........hahahahahahahahahahahahha

dart tikam kena 1 said...

jaga mulut 2 starman hutch.............wat dapat dosa ja kata kt ownk..la nie senang ang jela yang p tanam pokok getah kot2 nek elok.......budak2 pun taw xkan tanam pokok len nek pokok len.......ang nie xcerdik kot..xtaw la belajar tang mana...otak x cerdik.........

starman hutch said...

Lu aku x cerdik hang pa lagi la tak cerdik.. muhaha... 2244

PA'chinko said...

woi budak pachinko..apa guna nama orang ni??aku dah pakai PA'chinko dah lama la..macam ni la orang UMNO suka dok ciplak hat orang..nama ni yg tau-tau la..program YSB ada la nama ni..aku harap hang mohon maaf balik..

putradato said...

woi2 tak dak nama ka..? botol kicap pun ada nama...CANTIKKKKKK.............

budak pachinnnnnnnko said...

apa????????mohon maaf?????????cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..............

teampemuda said...

Waalaikumsalam... Tolong jawab bagi pihak Dato'... Dalam DUN Bakar Bata ada cawangan Alor Merah saja ka... banyak cawangan lagi nak kena Dato' tengok wahai sahabatku tak cerdik... tolong p ajaq ketua cawangan ampa dulu, bertanding kalah sampai tak mau ambek tau pemasalahan orang kampung dan tak mau buat mesyuarat cawangan... macam nie nak ambek jadi pemimpin... nie namanya pemimpin 'MAGGI'

Anonymous said...

Woi, apa jadi dengan blog ni sampai moderator (starman hutch) duk bergaduh & maki orang lain yang bagi komen. kalau tak mampu nak jadi moderator tutup sahaja blog ni, buat malu bahagian alor setar sahaja.

aktivis said...

kalau nak akar umbi berpanas berhujan buat keje untuk menang kan UMNO kedah ni...apakah janji pemimpin kalau menang tak buat perangai dulu (kacang lupa kulit)? ahli UMNO ni sayangkan UMNO cuma marah kat pimpinan jer...yang kalah pemilihan merajuk dan rosakan parti dari luar..yang menang macam tak tau nak buat keje pulak..ini lah yang susah...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AnakKeli said...

ni aku nak habaq mai kat hampa..dlam bahagian Alor Setar bukan ada 10 cawangan ja..banyakkk.. kalau nak suruh Dato n Ajk Bhg masuk kampung selalu buat la program di Cwg..ni nak buat program tak mau..cuba buat banyak sikit program..banyak kali la depa turunnnn..gedik ja lebih..kerjanya dak..

CANTIKKKKKK............. said...

btl ckap anak keli....anak keli pn pandai cakap.....cerdik sungguh...xp keli bkn xtaw gedik lebih.....hahaha...wat keja mesti maw ikhlas........stedy anak keli!!!!!!!!!!!!!!!!

putradato said...

Aku pun sokong kata-kata dari'AnakKeli' jangan duduk pandai cakap saja di kedai kopi... pakat2 buat program... Baru Dato', Ahli Jawatankuasa Bhg. dan 3 Sayap lagi dapat turun ke Cawangan... saja2 nak turun buat apa? Tak Cerdik.........

lidahbercabang said...

Hehe... cerita pasai Gedik... zaman ni pun ada lagi ka orang suka gedik. Hehe... gedik ni jelma tak kira tempat, tak kira usia... tau dak pasai pa ada orang suka gedik?... kalau hang nak tau pasa apa... jawapanya pasai ada orang suka tengok orang gedik... hehehe.. ada pulak orang tak suka tengok orang gedik... tapi pasai dia ada mata.. dia tertengok orang gedik... lepas tu dia lepas geram kat blog ni... gedik gedikk.. nasib hang la gedik ooi... yang aku tengok tapi tak pernah gedik dalam bahagian Alor Setar ni ialah Yusof Ismail Naib Ketua UMNO Bahagian. Muka mcm singa tapi hati baik... aku sembang nak tengok gedik dia sampai bersalam balik gedik nampak jugak... gedik oo gedik di mana engkau gedik.. hehe