Saturday, August 1, 2009

SHAFIE YAKIN BN BAKAL TAWAN KEMBALI KEDAH


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Shafie Apdal penuh yakin Barisan Nasional berupaya menawan kembali Kedah berikutan perubahan sokongan kepada BN serta kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa dalam usaha menawan semula Kedah itu, ahli UMNO perlu bersatu padu dan bekerja keras.

"Tetapi sekiranya ahli dan pemimpin UMNO Kedah masih leka, masih tidur, masih berebut jawatan dan tidak sedar lagi bahawa mereka sudah jadi pembangkang, parti tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuh kekuatan bagi merampas kembali Kedah".

Berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar, hari ini, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata UMNO Kedah juga mendapat sokongan dan bantuan daripada pemimpin veteran yang telah banyak berjasa kepada negeri ini.

"Saya telah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Besar Tan Sri Osman Aroff di mana mereka dengan sepenuh hati menyatakan akan memberi bantuan kepada UMNO Kedah," katanya.

Beliau berkata, rentak pengundi yang mula beralih angin dengan menyokong Barisan Nasional seperti yang ditunjukkan pada pilihanraya kecil Manik Urai memberi sinar kepada BN bahawa apa yang sedang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mendapat restu rakyat.

"Di Kedah kita lihat apa yang dilakukan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak untuk memajukan negeri ini?. Apa yang dia buat untuk memajukan kawasan bandar, meningkatkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan. Kerajaan Barisan Nasional telah banyak memajukan Kedah tidak seperti kerajaan negeri sekarang yang tidak berupaya melakukan apa-apa," katanya.

6 comments:

Anonymous said...

Bos di atas suruh mula kerja!!!! BANGUN!!!!!! BUAT KERJA!!!!! Dok tidoq makan free aja!! Kena cadang kat pak menteri supaya hold sat elaun JKKKP buat sebulan dua baru depa bangkit buat kerja kut???

ish3!!!! said...

depa tua dah.......depa wat keja.cuma lambat ja...duk pi sekat elaun ownk watpa...sekat gaji ang baru nak taw!!!!!!!!!!

AnakKeli said...

aku tak suka orang cakap bab duit..ada baru nak buat kerja..awat elaun tak masuk lagi tak boleh buat kerja ka JKKP oii??jangan tungu ada habuan baru nak bergerak..aku ada satu cadangan..aku harap kerajaan pusat henti salurkan peruntukan pada negeri yg di perintah pembangkang..biaq kita tengok macam mana depa perintah..biar jalan rosak.. kerajaan pusat buat tak tau ja..baru rakyat tau kerajaan mana yg patut memerintah..ni dak negeri yg kalah banyak lagi peruntukan yg turun..puak YB Pas ni dok tunggu masa ja..bila kerajaan pusat buat bagi elok YB Pas dok kata depa yg buat.. rakyat dok pecaya kerajaan negeri buat bagi elok..biaq kita pakat-pakat rasa..termasuk ngan akuuuuuu.....

Anonymous said...

Kalau tak salur peruntukan untuk pembangunan, duit tu nak salur kat poket ketua2 bahagian ka? UMNO pula yg jahanam nanti. Bila sebut nak perubahan tapi tang duit tu tak berubah juga. Dengaq kata ada peruntukan 3 - 4 juta nak mai @ dah mai tp adakah ianya memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat yg diwakili @ hanya memenuhi impian ahli2 jawatankuasa yg kroni dgn tok ketua bahagian.

lidahbercabang said...

Salam, agaknya la Dato rakyat kedah ni bukan tak mau kemajuan tapi depa semua benci dengan UMNO, walaupun depa tau PAS belum mampu melaksanakan apa-apa setanding dengan kerajaan BN. Tapi oleh kerana mereka dah meluat (benci)dengan orang UMNO yang tak habis-habis duk bercakar hang aku dah tu belagak macam orang baru balik dari England pada tahun 70an... itulah salah satu sebab kenapa depa semua bagi undi kepada PAS, PKR dan DAP pada pilihanraya lalu. Orang Melayu ni pelik sikit perangainya Dato, kalau dah dia tak suka... bagi apa pun dia buang kat sungai... Bukan merajuk tapi meluat, benci (busuk) dengan perangai... bila dah busuk yang ada hanyalah lalat. Jadi Dato kenalah pandai main peranan dengan orang Kedah... bukan semuanya cerdik-cerdik, Asal usul mereka makan nasi dengan kicap dan ikan masin saja. Pi sekolah pun jalan kaki.. Bila dah senang sikit boleh hantar anak ke sekolah dengan kereta besar, mereka jadi sombong... ego lupa daratan... Itu pasal YAB PM pening kepala dengan sikap dan cara orang kita (UMNO)... Datuk fikirlah dalam-dalam dan masak-masak... siapa yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini... rakyat atau ahli UMNO itu sendiri.. wassalam.

PEMERHATI said...

Salam...saya amat tertarik dengan optimisnya datuk seri ttg memenangi kedah pada pru 13...pada hemat saya kita jangan terlalu mengukur kejayaan dengan petanda yang sedikit cuma!! untuk pengetahuan Datuk Seri,berapa ramai kah calon2 dari Barisan Nasional yang sememangya berkaliber, bersih,dan ikhlas? rasanya kalau di congak di dun Kota Seputeh sahaja pun TIADA CALON....
Kelemahan Barisan Nasional Juga adalah kerana terlalu mengharap pada Muka-muka lama yang dah di ketahui mempunyai puak...contoh Kalau calon A bertanding penyokong B pasti kerat calon tu...
pada pengamatan saya untuk Barisan Nasional menang pada PRU 13..terlalu banyak benda yang perlu di tranformasikan salah satunya ialah calon!!! pada peringkat negeri Kedah saja lebih dari 90% calon lama perlu di gugurkan..atau jika boleh kita hidangkan 100 peratus calon yang baru kepada pengundi..yang berkaliber,jujur,ikhlas dan rela menjadi hamba rakyat..bukan seperti sekarang rakyat diperhambakan oleh ADUN..
pada pendapat saya parti pembangkang akan ketaq atau kecut perut juga untuk bertanding dengan calon BN yang segar dan bugar bukan dengan calon yang dah kerepot...dan kalut nak berebut jd MB.