Persidangan UMNO Bahagian Alor Setar telah meluluskan dua usul iaitu:
1. Usul Politik
- Mendesak kerajaan meluluskan satu akhbar khas untuk ahli UMNO
- Meminta kepimpinan UMNO diperingkat negara, negeri serta bahagian memperkuatkan "tentera siber" supaya mampu berdaya saing di alam siber dengan parti lain
- Menyaran kerajaan memainkan peranan berterusan memberi kesedaran tentang perlembagaan persekutuan khususnya berhubung hak istimewa Melayu, Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan kontrak sosial
- Menggesa kepimpinan UMNO di semua peringkat mengambil langkah yang proaktif dan berterusan menjenamakan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap program serta menjadikan agenda dekat dan prihatin kepada nasib rakyat, sebagai agenda utama
- Merayu kepimpinan UMNO di semua peringkat merapatkan barisan, mengembeling tenaga, berganding bahu serta komited untuk mengembalikan semula kekuasaan politik UMNO dan Barisan Nasional
- Mencadangkan kerajaan lebih agressif, peka dan responsif dalam menjaga kebajikan rakyat khususnya rakyat miskin, anak yatim, ibu tunggal dan diberikan elaun bulanan kepada surirumah.
2. Usul Agama
- Memastikan tanda logo halal tidak disalahgunakan oleh pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada pengguna Islam
- Memastikan logo halal digunakan disetiap premis perniagaan bagi orang Islam
- Memastikan pusat penyembelihan di seluruh negara disiasat dan dipantau secara berterusan
- Memastikan bahawa pindaan undang-undang penyediaan makanan, minuman dan perubatan dan mengenakan denda yang tinggi bagi mereka yang melanggar undang-undang yang ditetapkan
Saturday, August 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Usul Akar Umbi...
1. Merayu supaya Para Pemimpin Tertinggi UMNO memaksa supaya pemimpin UMNO yg didapati bersalah perihal "politik wang" dan salah laku untuk meletak jawatan dengan kadar segera.
2. Merayu dan memohon supaya pemimpin UMNO yang sedia ada supaya jaga integriti, sahsiah diri, agama, akhlak dan dasar individu dari gejala2 yang tidak sihat yg ada pada segelintir pemimpin yg memburukkan reputasi UMNO. Contohnya "suka tidur", "gila projek" dan sebagainya.
3. Merayu kepada akar umbi supaya menolak sebarang pemimpin yang ditolak seperti perkara 1 dan 2 di atas pada pemilihan UMNO yang akan datang.
4. Memberikan peluang kepada golongan pemimpin baru untuk menggantikan tempat pemimpin yang ditolak seperti perkara 1 dan 2 di atas.
Usul Nasional...
1. Praktikkan "sekolah satu aliran" untuk menjadikan 1Malaysia lebih berkesan dan perpaduan antara kaum yg lebih erat setelah dikucar-kacirkan oleh "Al-Juburi".
Usul Agama...
1. Mendesak supaya Majlis fatwa menyiasat dan mengkaji PAS, sama ada sebagai satu parti politik atau sebuah agama "baru" di Malaysia. PAS sudah banyak menyesatkan umat Islam di Malaysia dengan fatwa-fatwa yang boleh memesongkan akidah. Contohnya, "pangkah PAS dapat tiket ke syurga", "solat berimamkan ahli UMNO adalah tidak sah" dan "maki hamun dibolehkan dalam Islam berikutan Allah juga memaki hambanya".
p/s: Ada berani buat usul lagu tu? hehehe...jangan marah noooo...
Salam... akhbar khas untuk ahli UMNO???... amboi-amboi... x cukup lagi ka dengan yang duk ada ni.. ibu tunggal, anak yatim depa ni semua perlu bantuan dan sokongan mcm mana nak teruskan dihidup... bukan nak duk belek UMNO sana sini... lebih baik duit peruntukan tu buat modal latihan kat depa macam mana nak mula berniaga telur masin, karipap panas, nasi lemak London... heh paa rah hang ni
Salam pembaca.. Dua usul yg UMNO Bhgian Alor Setaq lulus 2 tak dak ka sapa-sapa yang nak komen?... jadi hang pa semua setuju la, atau hang pa tak bagi perhatian sikit pun!!... komen la sikit... ni aku duk berangan nak jadi wakil rakyat pulak ni.. biar muka aku selalu keluar surat habak khas 2... nanti PM tau la aku rajin dan kuat buat keja...
Geli hati... x payahlah nak desak-desak kerajaan supaya luluskan akhbar khas untuk ahli UMNO... desak Dato Paduka Ahmad Bashah tu dulu (apa dah jadi dengan buletin UMNO Alor Setar yang separuh jalan tu... dengar sembang UMNO Bahagian Alor Setar nak lancarkan dulu Buletin tu sebelum mana-mana bahagian... sekarang apa dah jadi.. hehe.. Bahagian lain dah ada buletin mereka sendiri... Alor Setar cakap tak serupa bikin... hampehh
Post a Comment