Wednesday, August 12, 2009

PROGRAM MEMBINA KERJAYA...BERSAMA PUTERI ALOR SETAR

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Alor Setar akan menganjurkan Program Membina Kerjaya dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia bersama Haji Samuri Satay Kajang selama 3 bulan bagi membina kerjaya sebagai Penyelia Kilang dan Penyelia Kedai. Dengan ini kami menjemput semua yang berminat bagi menyertai program ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
.
.
TARIKH : 14hb Ogos 2009 (Jumaat)
JAM : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT : Pusat Khidmat DUN Bakar Bata, Mergong
.
.
Syarat-syarat :-
* Tidak mempunyai sebarang pekerjaan
* Perempuan dan lelaki
* Boleh membaca dan mengira
* Umur antara 18 hingga 40 tahun
* Sihat Tubuh Badan
.
Faedah :-
** Elaun bulanan semasa berkursus sebanyak RM700.00
** Penginapan semasa berkursus disediakan
** Makan dan minum disediakan
** Berpeluang memiliki pekerjaan tetap
.
.
:: Sila Bawa bersama semasa TEMUDUGA ::
1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan sijil akademik
3. Berpakaian kemas
.
.
Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghadiri temuduga yang akan diadakan ini.
.
Sekian, terima kasih.
.
.
"Generasi Wanita Prihatin ~ Prihatin Berilmu"

5 comments:

Unknown said...

Tahniah la kat Puteri UMNO Bahagian Alor Setaq kerana menganjurkan Program Membina kerjaya bersama Puteri pada 14 Ogos lepas. Mmcm mana dengan sambutanya?... lega hati mak bapa bila anak-anak mereka pulang bercerita mengenai program tu... tentulah ramai yang berjaya... Tahniah juga kepada pengurusan blog ini yang banyak membantu menyediakan maklumat semasa.

maizatulmiza said...

alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan... tq jugak buat lidahbercabang yang sentiasa mengikuti perkembangan umno alor setar...

Eta LaZiM said...

amboi Aton!!! hope terus SUKSES ya!!!

maizatulmiza said...

tq kaklong.... always doakan aton n kawan2 ya... miss u so much sis...

merenam joker said...

askum...umak aihhh i pun misyeww gak aton...pertamanya tahniah buat puteri kerana mengadakan kursus yang sebegitu..mungkin nanti akan ada lebih ramai lagi jutawan mirip Hj Samuri...tahniah aton...misyew n ur pren