Saturday, August 1, 2009

UMNO BAHAGIAN ALOR SETAR TIDAK SETUJU PINDAAN BERHUBUNG CUKUP KORUM MESYUARAT SAYAP PARTI

Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Alor Setar tidak setuju dengan draf pindaan perlembagaan UMNO yang mensyaratkan bahawa jumlah cukup korum bagi mengadakan mesyuarat sayap di peringkat cawangan adalah 25 orang daripada ahli yang membayar yuran bagi setiap cawangan.

Wakil Pemuda dan Puteri yang melahirkan pandangan mereka semasa sesi perbahasan tentang draf pindaaan perlembagaan UMNO pada Persidangan UMNO Bahagian Alor Setar menyifatkan cadangan itu boleh "membunuh" kedua sayap itu diperingkat cawangan.

Banyak sayap Pemuda dan Puteri diperingkat cawangan terpaksa ditutup sekiranya peraturan itu diterima pakai oleh UMNO. Ini kerana jumlah cukup korum 25 orang itu terlalu tinggi bagi peringkat cawangan.

"Banyak sayap Pemuda dan Puteri cawangan yang bermesyuarat dengan kurang daripada 20 ahli. Sekiranya perlu mencukupkan 25 ahli baru hendak boleh mengadakan mesyuarat, maka banyaklah sayap Pemuda dan Puteri yang berkubur dan ini boleh menjejaskan usaha menarik ramai golongan muda menyertai UMNO," kata wakil yang berucap pada perbahasan berkenaan.

Ketua UMNO Cawangan Alor Buluh Haji Madowan Haji Ahmad adalah wakil daripada cawangan yang tampil dengan mengemukakan beberapa cadangan bagi memperkemaskan perlembagaan UMNO bagi menjadikan parti itu lebih perkasa dan relevan dengan kehendak semasa.

Inisiatif Haji Madowan menghantar cadangan cawangan beliau berhubung pindaan perlembagaan UMNO telah mendapat pujian Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Guntor Tobeng Mansor Tobeng.

Guntor Tobeng berkata daripada 96 cawangan dalam Bahagian Alor Setar yang dihantar surat supaya memberi pandangan berhubung cadangan pindaan perlembagaan UMNO, hanya cawangan Alor Buluh sahaja memberi cadangan bagi pindaan perlembagaan UMNO.

6 comments:

Anonymous said...

Tahniah kpd Hj Madowan yg sanggup ambil masa mengkaji perlembagaan UMNO dan membuat cadangan pindaan. Bagaimana dengan ketua-ketua UMNO cawangan yg lain ???? Tak dapat surat YAB Tan Sri ka @ dapat tapi tak baca @ baca tapi buat donno aje @ baca tapi tak faham ke@ tak kesah? Bukankah kebanyakan AJK Bahagian tu Ketua UMNO Cawangan? Tak dak reaksi ka? Mr. YESman aje?

PA"chinco said...

biasa laa..ketua-ketua cawangan yg ada sekarang umur dah lebih dari umur pencen kerajaan...(dah tua le 2)mana dan nak baca surat-surat tu..mana dengan cucu..mana dengan Mak Tok..ehmm..surat dok kat mana pun tak ingat..bagi orang muda la pulak...kalau baca surat tu pun depa tak buatnya..dalam kepala.. bukan dapat elaun kalau buat pun...I sokong U PEMUDA n PUT3...

Anonymous said...

Tp, Hj Madowan tu kan gurubesar pencen. Boleh pun dia baca dan beri komen. Nak makan duit JKKKP free ? Buatlah kerja wahai ketua2 cawangan!!! Kalau akar umbi tak berkenan bermula dari anda yg tidak bertanggungjawab. Lu fikirlah sendiri..

starman hutch said...

Dengkilnya hati manusia.. 2244

aktivis said...

sayangnya orang macam Tn Hj Madowan ni selalu diketepikan...dari pemuda hingga sampai umur 60 thn lebih, beliau masih memikirkan tentang UMNO..itulah kasih sayangnya beliau kepada
UMNO..saya sempat bersembang dengan beliau masa persidangan bahagian tempoh hari..dan kata-kata ini patutu dijadikan iktibar..UMNO tidak pernah meminta apa-apa dari ahli hanyalah semangat dan sokongan tapi sayang kebanyakan orang UMNO minta macam-macam dari UMNO..bila tak dapat depa lari atau merajuk dan yang lebih dasyat bunuh UMNO dari belakang...kita kena jadi pejuang UMNO yang sejati walaupun kita tak dibayar gaji dalam UMNO , itulah pejuang bangsa. terima kasih Tn. Hj

lidahbercabang said...

Salam, Sebab tu kalau hangpa nak tau pasai pa Ir Guntur ni duk puji sangat-sangat dengan Tn Hj Madowan.. dia ni jenis yang suka buat keja dan selalu bersyukur... bukan nak kena tunggu dapat habuan macam aku ni baru nak buat keja... kalau hang pa nak tau lagi... Ir Guntur ni lah orangnya yang layak dipilih sebagai bakal YB pilihanraya ke-13. Ciri-ciri kepimpinan dah duk ada kat dia... Hidup Bapak Guntur...