Tuesday, August 25, 2009

ADUN LUNAS KELUAR PKR..

Pakatan Rakyat di Kedah menerima tamparan hebat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas kerana hilang kepercayaan kepada parti itu.

Bagaimana pun, Mohd Radzhi mahu mengekalkan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia Negeri Kedah kerana jawatan itu adalag perlantikan Sultan Kedah.

Seperti kebiasaannya, PR khusus PKR akan menuduh Barisan Nasional yang terbabit dalam senario politik yang berlaku ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Ahmad Kasim menyalahkan BN yang dtuduh merancang dan memanipulasi isu berkenaan menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir, Pulau Pinang esok.

Nampaknya pemimpin PKR tidak mahu berpijak dibumi yang nyata dan enggan mengakui kelemahan yang ada dalam diri mereka. Tepuk dada tanyalah hati sendiri. Jangan asyik menuduh orang lain disebalik kelemahan yang kian terserlah.

Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan adalah antara pemimpin yang paling pening memikirkan kemelut yang berlaku di negeri yang dianggap paling panas kerusinya.

lantaran itu, Azizan memohon perkenan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'dzam untuk mempertimbangkan permohonan menamatkan perkhidmatan Mohd Radzhi sebagai exco kerajaan negeri Kedah kelmarin.

Namun sehingga kini Sultan Abdul Halim belum lagi membuat keputusan untuk menentukan sama ada Mohd Radzhi akan dipecat daripada jawatan penting itu.

PKR pula ibarat cacing kepanasan apabila semakin ramai pemimpinnya memilih untuk keluar parti berikutan rasa tidak senang hati dengan kepimpinan "Pengkhianat Melayu" yang sanggup menggadai agama, bangsa dan negara demi kepetingan peribadi.

Nantikan keputusannya..

4 comments:

Unknown said...

Salam,.. Keluar Bukan Sebarang Keluar, Tapi Keluar Menagih Simpati, Dalam Seluar Poket Berisi, Yang Di Dalam Tunggu Apa Lagi??.. hehehe.. Lompat La... Tak Cukup Nak Tambah Lagi... Biar Lingkup Setiap Hari... Jual Mecedess Naik Lori, Dulu Penah Makan Maggi.. Untung Sabut Timboi Lagi... janam!!

DuluBnLaPas said...

orang kalau dah mata duitan..bukan nampak anak bangsa sendiri..tu yg dok lompat parti..boleh banyak kot..biasa la dah lama tau...

Lubukk said...

BUKTIKAN apa yg hang kata tu..tangkap orang dok romen pun kena ada bukti..bukti..macam bawa tilam naik makamah hari tu..hang pun tau sapa..pak tiri laki mak hang tu la..takat cakap sapa boleh cakap..tu hak dia nak lompat ka nak meniarap ka..macam hang gak dulu hang dok dalam BN la hang dah berambus..tu pun hak hang..jaga sikit mulut tu..waris sapa la hang ni..

UmNoFaNcLuB said...

hahahaha....naya nak kata kat orang kena kat dia balik....padan muka....banggang...