Tuesday, August 11, 2009

BIARLAH KITA MENANG DENGAN BERGAYA...UMNO KEDAH SANGKAL DAKWAAN

HELAH PAKATAN RAKYAT...Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah menyangkal dakwaaan Menteri Besar Kedah bahawa wujud beberapa cubaan untuk mengumpan wakil rakyat gabungan Pakatan Rakyat di negeri ini.

Beliau berkata Umno tidak akan membazirkan wang untuk membeli wakil rakyat itu bagi menubuhkan kerajaan di negeri ini.

Katanya Umno Kedah tidak berminat menubuhkan kerajaan dengan cara sedemikian dan adalah lebih baik wang bagi membeli lima wakil rakyat dibelanjakan untuk faedah rakyat.

"BN Kedah mempunyai agenda lebih besar dan lebih penting iaitu menawan semula negeri ini pada pilihan raya akan datang daripada memancing Adun PR menyertai BN.

"Fokus BN ketika ini adalah merancang strategi berkesan bagi menarik semula pengundi dan seterusnya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

"Seperti kata Perdana Menteri, kalau kita nak menang dan merampas kembali negeri yang terlepas kepada pembangkang, biarlah kita menang dengan bergaya.

"Kalau Umno hendak buat perkara itu (beli), ini bukan masanya. Mereka kini sedang berusaha utuk menidakkan sambutan yang diberikan rakyat kepada BN dan Umno," katanya.

9 comments:

DukeOfUMNO said...

Depa paraniod tuuuu....

Unknown said...

hehe... tak boleh tumbok rusuk kanan... tumbuk rusuk kiri... tahniah dato... jangan tunjuk kebulur sangat kata orang Kedah, kita ada maruah... kalah menang adat pertandingan... yang penting kerja keras insyaallah kita boleh menang... rakyat duk perati perkembangan semasa 1 MALAYSIA.. Saya yakin zaman Najib akan membawa tuah kepada UMNO... dan insyaallah Dato lah bakal MB Kedah.. Dato kena yakin pada diri sendiri, jangan takut dengan cabaran... Kedah dah ada sejarah di mana MB yang berjaya dan panjang pemerintahannya adalah orang yang mcm Dato... tak perlu sangat yang cerdik-cerdik sampai ke ijazah (SPM)nanti rakyat tak faham dan tak boleh ikut. Yang penting jujur ikhlas..

Anonymous said...

Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya minta maaf kerana tak bersetuju dgn sdr lidah bercabang yang mengharapkan dato jadi MB jika BN menang. Saya rasa ada org yang lebih baik dan lebih layak dari dato. maaf sekali lagi. Tersukan usaha dan buang perangai yang tak baik yang ada pada diri supaya rakyat akan percaya dan sayang pada kita. Wassalam

Unknown said...

Waalaikummusalam wbt Anonymous.. agak-agak hang la.. kalau BN menang dalam pru nanti selain Dto Paduka Ahmad Bashah sapa yang layak untuk duduk atas kerusi tu (MB)... aku kena tanya hang sebab hang kata ada orang lain lebih baik dari Dato.. orang lain tu sapa dia?... mai kita cakap terus terang la senang dari duk selindung-selindung... cuba hang habak mai kat ku.

AnakKeli said...

woi..woi..woi..kita jumpa lagi...kepada lidahbercabang n anonymous..yg hampa dok kalut sangat MB Kedah pasai pa??sapa layak ??sapa tak layak??..jangan dok pikiaq lagi..patut hampa la ni kena pikiaq mcm mana nak tawan hati rakyat kedah untuk pilih UMNO n BN balikkk..takdak jiwa politik langsung..gedik ja lebihh..tapi anonymous sapa lagi yg layak kalu bukan dato bashah..bagi tau sat..pemimpin mana yg ada lagi dlm kedah ni???

Unknown said...

Hehe... AnakKeli ni pun satu... hang tak yakin ka kedah boleh balik kat BN lepas ni. Buta kayu la hang ni.. aku dah lima kali pilihanraya umum sejak kes Memali, Baling sampai la PRU lepas keputusan nak jadi lagu mana dah boleh agak.. contoh pru lepas BN kalah 22 kerusi di Kedah aku awai-awai hantar report kat boss aku (dia pun tak mati lagi)... Lepas tu laporan tu aku cc kat orang kuat Tok Det tapi depa tak letak tepi pasu bunga... hehe... aku bukan JASA, bukan SERANTA atau bukan cawangan khas atau bukan... Tapi aku lidahbercabang yang selalu masuk kubu PAS, UMNO, MIC, MCA atau mana-mana parti.. Hehe... kalau setakat Prof Mustapa UUM tu dia pakai ilmu firasah perkembangan semasa. Aku anak didikkan TUN M yang tak makan rasuah, tapi kalau depa bagi aku sauk la jugak... hehe.. di Bahagian Alor Setaq ni kalau hang nak tau... sapa sokong Tok Bashah, sapa tak sokong pun aku dah ikut pungkor depa... aku bagi kat hang tip (AnakKeli).. pasai pa ada Naib Ketua di satu dua bahagian duk lena? kalau sembang pun tak naik mulut kata orang tua-tua... kalau tengok pun ekor mata saja... hehe tapi tak apalah itu kes boleh celesai... aku kata Kedah boleh balik kat BN lepas ni bukan pasai UMNO Kedah kuat keja.. tapi... hehe (biar lah aku rahsia dulu). Lagi pun mana boleh luah kat sini, nanti habis ahli PAS, DAP, PKR lompat.. biar depa lompak lepas keputusan SPR malam tu.. k lah salam untuk semua ahli UMNO bahgian Alor Setaq yang wangi dan yang bucuk p mandi dulu.. wsalam.

Anonymous said...

pemimpin yang cakap gaya saja lebih pong tak guna gak. nada suara dan aura pong penting....
antara cara menilai orghe, kateegri orhge.
kelulusan tinggi bukan pasport semata-mata, tapi tak nafi sangat penting.

terpenting daya pikiaq, tindak-balas cepat dan tau apa yang dibuat dan dicakappp, bukanng lalut.

masalaahnya ramai pentingkan diri, tak nak pikiaq masa depan parti, bangsa dan agama. mai kita lihat sapa yang buat keja dan boleh buat keja. ketegasan patut ada. mangkuk2 hayun... biarlah terus 'haiyong'

Unknown said...

Bab ni aku nampak Sdra Guntur boleh buat keja dan gaya bahasa dia pun bagus, bila bercakap tak melalut mcm sesetengah pemimpin (rojak) pening... jangan cemburu pulak... Guntur tu nak bantu mengembalikan prestasi UMNO yang sedikit lemah dan tercalar akibat perbuatan sesetengah pihak. Marilah sama-sama kita membantu dan menyokong perjuangan yang dia nak bawa bersama-sama Datuk Paduka Ahmad Bahshah dan ramai lagi pemimpim UMNO... Syabas UMNO..

Dr.Sheikh said...

Wahai lidah cabang hang org kuat Guntor aku tau lebih pada tau. Guntor ni cakap ya kuat kerja x buat. Asyik dok p jaga cawangan ...... sebelah aloq. Kesian kat kawan2 aku di cawangan dia sendiri dok mengadu hai x tengok cawangan sendiri. jadi hang nasihatlah kawan hang tu. hang masyuk banyak aku tau. jangan mare ha...