Thursday, August 20, 2009

Pemuda Umno Serah Bukti Pengundi Hantu Kepada SPR


Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini menyerahkan bukti mengenai kewujudan pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketuanya, Norman Zahalan yang ditemani lebih 30 anggota pergerakan itu menyerahkan sepucuk surat rasmi serta senarai pendaftaran pengundi berkenaan kepada Penolong Pegawai Pengurus SPR Masirah Che Ani di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, di sini.

Norman berkata, selepas membuat bancian terhadap 30 rumah di kawasan Permatang Pasir, Permatang Janggus dan Bukit Jelutong, terdapat sembilan pengundi yang tidak dikenali didaftarkan di dua alamat berasingan.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata, daripada sembilan nama itu, terdapat dua pengundi Cina didaftarkan di rumah penduduk Melayu dan tidak dikenali oleh tuan rumah.

"Satu lagi alamat rumah di kawasan berkenaan mempunyai 14 pengundi yang mana tujuh daripadanya tidak dikenali oleh tuan rumah tersebut," katanya.

Katanya, ini adalah bukti peringkat pertama yang diserahkan kepada SPR dan percaya jumlah itu mungkin mencecah 3,000 orang.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan yang turut hadir di pejabat itu berkata selama ini pihak pembangkang yang selalu membangkitkan isu pengundi hantu tetapi tidak mampu menunjukkan bukti seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau berharap pihak SPR akan menjalankan siasatan pengundi hantu ini dengan segera supaya tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian kelak.

- Bernama

11 comments:

Namront0791 said...

Sssssawatdhikrapppppp....!!

Gua pun hairan lah..!! Bila tiba @ ada pilihanraya UMUM/KECIL, mesti timbui pasai "PENGUNDI HANTUUU"...!! Pegawai2 SPR ni dok buat menatang apa kat pejabat depa.?? Xselesai pun kesah hantu..hantu...hantu..!! Orang yg dah pi alam baqa pun masih tersenarai juga..!! Bukan baru sekali ini je berlaku, dah berulangkali...!! XFAHAM DIBUAT OLEH SPR.@#$%^&&^%$#@!@#$%^%$#@...!!! Lepas tu, yang dipersalahkan adalah UMNO JUGAK....!! Lidahbercabang n anakKeli U2 ada cadangan ke? Khorp Khun Kharppppp.......

Sudaratpothin70 said...

Sawatdhikhaaa... mye cher Sudaratpothin70..!!
Banggg.. Namront0791..., phuyin cadangkan kita panggil bomoh hantu/setan Tuan Guru Nik Aziz mai berubat...!!! He..he..he..kah..kah..kah..!!

namront0791 said...

Sudaratpothin70.... Shaahwatttt..... nih adik ni nak main pingpong ngan abang ke??? Hii...meleleh ayaq liuq akuuuuu....kheng3x..!!

Sudaratpothin70 said...

Ooiiii....Bang Namront0791...ooii..!!! hang ni ..!@#$%$#@!@#$%..bagi lah contact no..!!! Orang nak sembang pasai lain, dia cite pasal lain plak...!! Depa tengah dok pening macamana nak selesai masalah "Pengundi Hantu"..di Permatang Pasirqqqqqqq...B.M..!!

demi UMNO said...

salam ,senario pengundi hantu bole di atasi jika sistem it digunakan dengan lebih efektif..contohnya jika terdapat pendaftaran pengundi pada alamat yang sama lebih 10 kali,sistem komputer perlu bagi alert pada SPR dan pihak SPR mesti turun menyiasat untuk pastikan kesahihan..lagi 1 kalau ada pengundi hendak menukar tempat mengundi dia kena serta bukti seperti surat dari majikan atau apa-apa saja dokumen yg melayakkan dia mengundi di sesuatu kawasan,Pihak SPR kena buat kajian mendalam tentang perkara pengundi hantu ini,sebab kita tak mahu segelintir pengundi2 luar seperti ini menentukan wakil rakyat bagi majoriti pengundi setempat,tak adil sama sekali..dan pihak UMNO pun perlu buat semakan berterusan,jgn hanya bila ada pilihanraya baru nak bantah..Biro keahlian dan daftar pemilih jgn dok lena la..pastikan semua ahli UMNO layak mengundi,x guna juga beria-ia nak jadi perwakilan tapi waktu tiba musim pilihraya x layak lak mengundi,ahli-ahli seperti ini harus merasa malu mengaku ahli UMNO kerana tidak menyumbang untuk kejayaan sebenar parti.gerak kerja ni perlu bermula dari sekarang...kita harus merasakan diri kita ini nazak barulah kita akan berusaha bersungguh-sungguh..
SELAMAT BERPUASA..
wasallam

Namront0791 said...

Sawatdhikhrappppp... Ott..ooiii... Miss Sudaratphotin70..jangan lah marah kat aku..!! nak try je, test market...he..he..he..!! Dah lama xmain pingpong SIAM...!!! Tulisan "demi UMNO", satu pendapat/pandangan yang baguih/bernas... tapi mana pi "anakKeli" n "lidahbercabang" yer...???? ...Khorp Chai..!!

Unknown said...

Assalamualaikum wbt.. Terlebih dulu lidahbercabang nak ucapkan kepada semua Selamat Berpuasa... soal pengundi hantu ni mudah saja... biar p lah kat depa... asalkan depa sokong UMNO sudah la, yang hang pa duk p kacai pasai pa... eh eh ku sekeh kepala baru tau... duk diam-diam la...

@Are Lock Stuck@ said...

salam, aku sokong cadangan DEMI UMNO tu, sepatutnya biro keahlian ni kena mengenal pasti para pengundi dan jgnlah terlampau mengharapkan SPR saja, kita sekarang seharusnya berfikir camna nak rampas kerajaan kedah blk kalau ckp saja x guna kita kena buat dari sekarang dan janganlah kita ni masih memerintah sebaliknya kita adalah pembangkang,saya berharap juga agar setiap BIRO pandai memainkan peranan mereka, kepada LIDAHBERCABANG Kita x leh gak biar kat depa....kalau depa sokong UMNO ok la...kalau dibueknyo...sokong PARTI LAIN CAMNO?????? wasalam, selamat menjalankan Ibadah Puasa........

Anonymous said...

Rooney.... bleh skor dgn kepala plak minggu ni... minggu depan tak tau la cmana.Dok sembang pasai pengundi semua nak harap biro keahlian.yang hangpa dok ada dok nga-nga apa? Dok sembang pandai tutoh kawan ja. perangai orng UMNO mcm hat dok sembang pandai ni la orang meluat. Maaf. selamat berposa

Namront0791 said...

Sawatdhikhrapppp... OOiii...!!!Lidahbercabang,
hang nih, awat xsayang mulutttt....!!! Aku tarik misai kucing hang baru tau no..!!! Salam Ramadhan .... Hang xposa ke lidahbercabang? Khorp Chai....!!

demi UMNO said...

Salam 1 Malaysia...dalam keadaan sekarang ni perlu la kita ambil semua teguran dengan positif,kalau asyik nak terasa saja sampai bila pun UMNO tak leh berubah.hampir separuh ahli UMNO tak mendaftar sebagai pengundi,ini realiti.maka satu tindakan drastik kena di ambil oleh biro keahlian,ini bukan nak hentam mereka cuma satu teguran n nasihat saja..kalau kita sesama ahli tak tegur,tu takan nak tunggu PKR dan PAS tegur..forum ini satu saluran yang berkesan untuk tujuan membincangkan perkara-perkara yang bole memperkuatkan lagi parti supaya terus relevan..ambil yang jernih buang yang keruh..kalau teguran membina tak salah pihak bahagian mengambil langkah proaktif..wasallam