Friday, July 31, 2009

PROGRAM TURUN PADANG BIRO PEMBANGUNAN...

TIDAK DILUPAKAN... Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng (tengah) menziarahi bekas setiausaha UMNO cawangan Kampung Alor Selut, Senawi Nayan (dua kiri), 68, yang uzur sejak setahun lalu di rumahnya semalam.

Sempena program Lawatan Mesra dan meninjau masalah jalan di kawasan itu, Pengerusi Biro Pembangunan Umno Alor Setar itu turut mengambil peluang untuk beramah mesra penduduk kampung di kawasan itu.

Senawi yang sebelum itu pernah memegang jawatan setiausaha hampir 30 tahun terpaksa melepaskan jawatan itu kerana diserang angin ahmar.

Walaupun begitu beliau tetap bersemangat mengikuti perkembangan semasa UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan pusat melalui media cetak dan elektronik.

Beliau berkeyakinan melalui wawasan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengutama rakyat adalah menjadi penentu Barisan Nasional (BN) dapat mengembalikan pemerintahan negeri ini melalui pilihanraya umum ke-13 akan.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Azmi Md Isa (kiri), 54, Ketua Cawangan Kampung Kolam Abdul Malik Salim (dua kanan) dan Pengerusi JKKKP kampung itu, Aziz Budin (kanan), 59.

7 comments:

starroba said...

teruskan usaha Pak Guntor..jangan pandang belakang..Umno Bahagian Alor Setar dibawah pimpinan Dato bashah dan kombinasi bersama Timbalan dan naib menjadikan kekuatan yang sukar digugat.

Cuma jangan ada yang cemburu dengan niat iklas seseorang untuk berkhidmat kepada masyarakat..banyak yang tengok daripda bertindak..

starman hutch said...

Betoi tu, saya sokong.. nak cari yang mcm mana lagi??... tengahari hari rembang dia ke hulu ke hilir meninjau sendiri jalan-jalan rosak dan berjanji menyelesaikan masalah itu.

Bukan lakonan atau drama... tengoklah sendiri cara dia bekerja tak perlu sambutan besar-besaran, dua tiga orang pun boleh jadi keja.. tahniah, tahniah bapak Guntur.. 2244

putradato said...

hidup bapak guntor tobeng...

aktivis said...

ok la tu.....

Anonymous said...

awat baru nak tengok orang susah? dulu batang hidung pun tak nampak nie ada hati nak jadi calon wakil rakyat la kot tapi jangan mimpi la nak jadi kami nanti cantas

amego said...

Mai la sama Dato" kat aloq merah. Ingat dulu menang pun tak banyak. Jangan dok lebih kat kawasan mergong saja no

lidahbercabang said...

Apa la kawan kita ni... dulu tak ada jawatan, sekarang dah Timbalan... kalau ada rezeki jadi calon tolong la sokong, jangan la duk cantas, hang pa nak dak apa?.. kalau ada masalah tak selesai p jumpa Ir Guntur... aku rasa dia boleh bantu... sebab aku yang bukan ahli UMNO Alor Setar pun dia bantu banyak... cepak p minta maaf kat dia.. haha..