Monday, July 27, 2009

CYBER CORNER PUSAT KHIDMAT DUN BAKAR BATA

Tidak lama lagi, Pusat Khidmat DUN Bakar Bata yang terletak di Mergong akan meriah dengan para blogger. Ini kerana, UMNO Bahagian Alor Setar bercadang mewujudkan ruang blogger atau cyber corner yang dilengkapi dengan wireless intenet, makan dan minuman pula dihidangkan secara percuma.

Selepas ini, tidak perlulah lagi blogger membuat kerja di sekitar restoran dan kafe yang ada internet. Bawa laptop dan pergi sahaja ke pusat khidmat DUN Bakar Bata itu dan layarilah internet.

Kalau bernasib baik, dapat berjumpa dengan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan barisan kepimpinan bahagian yang lain. Mungkin akan dapat cerita "scoop" daripada mereka itu.

Bayangkan puluhan blogger berkumpul setiap hari bagi berkongsi cerita dan idea tentang segala macam jenis cerita politik yang berlaku di sekitar Kedah dan nasional. Meriah sungguh tempat itu nanti.

Sekali lagi syabas kepada Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Setar, Saudara Nasir Murad atas idea berkenaan.

9 comments:

MaMaQaYPo FaMiLy said...

Wah!!! Pasni leh lah MaMa pegi QayPo2 kat situ sama yer... :P

cucu azizan said...

Kita pun pakat-pakat nak ajak kawan pi gebang situ. Bolehlah jumpa mama dan papa sama. muhaaa bertambahlah lagi tempat untuk lepak. cayalah

starman hutch said...

Nak molek lagi... wujud sama ruang solat umum kepada para pengunjung dan kita pun boleh guna sama.. hehe

Anonymous said...

tu la keje orang umno tak ada keja lain asyik nak melepak je pastu buat gatai sesama depa skandal pulak ish ish ish umno umno

maizatulmiza said...

hai Anonymous... macam u penah buat ja keja gatai menggatai ni... i rasa orang UMNO taklah semuanya sekeji yang u pikiaqkan tu... selalunya orang tua2 dok kata... kalau kita selalu buat sesuatu tu... kita jugak asyik dok pikiaq orang lain buat qeja yang sama... macam yang u dok pikiaq bab gatai menggatai tu... tepuk dada u n tanya u punya selera ya beb....

DukeOfUMNO said...

Tu diaaa...aton dah marah dahhh...hahahha...biaq pi la kat dia Aton...dah memang rasmi PAS tu macam tu...suka buruk sangka..."Suu'u Dhzon" ni dilarang oleh Rasulullah S.A.W...tak tau la si Anon ni pakai mazhab mana...mazhab ayah pin kot? hehehhehhe....

Baguih la...dah buat cyber corner...errr...dah mula beroperasi ka? gunakanlah kemudaha tu dengan baik...jangan disalah guna...saya setuju cadangan starman hutch supaya disediakan juga ruangan untuk bersolat...gunakan cyber corner ni sebagai hub utk berbincang, bertukar maklumat, bayaq bil melalui internet dan banyak lagi kita buleh buat....jangan dok chatting ja kerjanya...harap2 ada pemantauan supaya pelayar internet kat situ tak masuk ke website yg tak senonoh dan sewaktu dengannya...

starman hutch said...

Kita bagi saja cadangan dan pandangan yang baik-baik, depa nak ikut atau tidak itu bukan lagi keputusan kita. Kita sayang UMNO dan bangsa Melayu sebab mak kita Melayu, bapa kita pun Melayu termasuk nenek moyang, anak isteri semuanya Melayu... hehe Sekurang2nya hari pembalasan (Malikiyaumiddin) kita tidak lagi dipersalahkan. Rasullah dulu pun sama juga mcm kita, siang malam, pagi petang bergerakan bersma para sahabat menyelesaikan masalah rakyat disamping berdakwah menyembangkan agama Islam. Jadi kita pemimpin kenalah adil dan saksama, bersabar dan bertakwa... neh Biro Pembangunan, Biro Penerangan dan Biro Kebajikan kenalah kerja kuat supaya matlamat perjuangan tercapai... 2244

aktivis said...

Anonymous said...
tu la keje orang umno tak ada keja lain asyik nak melepak je pastu buat gatai sesama depa skandal pulak ish ish ish umno umno

dear friend anony...I pun kritik jugak tapi tak memfitnah...apa-apa u punya ideologi politik pun tak kisah la..tapi jadi la manusia berfikirab kelas pertama...

lidahbercabang said...

Orang kita yang berfikiran kelas pertama aku nampak si Guntur dan Dto Ahmad Bashah tu jer.. yang lain tu termasuk aku kelas dua, kelas tiga lagi.. uhukk!!