Friday, July 3, 2009

PETIKAN SIDANG MEDIA YB DATUK PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH PADA 2 JULAI 2009

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan DAP yang mahu keluar daripada kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah sememangnya sudah dijangka sejak pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah

Katanya, tindakan DAP itu tidak mengejutkan kerana sejak dari awal pembentukan kerajaan di Kedah, DAP sememangnya telah diketepikan.

"Sejak awal penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah paa Mac 2008, ramai pihak sudah melihat akan ada pergolakan kerana tiga parti berkenaan (PAS, PKR dan DAP)sebenarnya tidak bersatu hati walaupun mereka mendakwa bahawa mereka adalah sepakat dalam mentadbir negeri Kedah."

"Hari ini kita lihat, bibit perpecahan yang sudah ada sejak awal sudah pecah dan terburai," katanya.

Beliau berkata walaupun tiga parti itu cuba meniru pakatan yang dibentuk Barisan Nasional (BN), namum matlamat dan bentuk perjuangan PR jauh berbeza sama sekali dengan BN. PR diasaskan hanya atas matlamat mahu menumbangkan BN dan meletak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

"Itu sahaja matlamat PR iaitu meletak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Parti itu tidak ada perancangan, hala tuju dan "master plan" bagaimana untuk mentadbir negara ini," katanya.

Ahmad Bashah berkata beliau tidak menolak apa yang sedang berlaku di Kedah sekarang ini, juga bakal berlaku di negeri lain yang ditadbir oleh PR.

Beliau juga berkata, daripada apa yang sedang berlaku sekarang, rakyat sudah dapat membuat penilaian betapa rapuhnya kestabilan kerajaan negeri Kedah sekarang.

1 comment:

aktivis said...

Kerapuhan PR rakyat memang terselah...sebab PR itu sendiri mengambarkan Pakatan Rapuh...tapi apakah caranya UMNO mengunakan kerapuhan mereka untuk mendapat semula pengaruh dan kepercayaan rakyat terutama orang-orang melayu kepada UMNO..jagan dok harap kerapuhan mereka saja tanpa memperkuatkan jentera UMNO