Saturday, July 18, 2009

SEMANGAT PUTERI ALOR SETAR MEMBARA...


Pergerakan Puteri Umno Bahagian yakin mampu menarik minat golongan remaja dan wanita untuk menyertai pergerakan itu.

Ketuanya, Maizatul Miza Mohd Disa berkata keyakinan itu berdasarkan kepada pelbagai program yang direncanakan selaras dengan gagasan 1Malaysia yang memerlukan setiap pemimpin bekerja untuk rakyat.

Menurutnya, semangat yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan UMNO termasuk Ketua Bahagian UMNO Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah membakar semangat barisan Puteri Bahagian untuk meneruskan agenda bersama masyarakat.

Katanya, setiap dua minggu, barisan Puteri Bahagian akan turun ke padang berjumpa dengan penduduk kampung yang dikenal pasti untuk diberi bantuan.

"Kita menggunakan pelbagai pendekatan untuk memastikan program yang dijalakan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.
"Cabaran yang paling besar untuk menarik mereka untuk mengisi borang keahlian Puteri. Namun semua itu bukan halangan kepada kami untuk menambat hati mereka," katanya.

Maizatul berkata, selaras dengan usaha meningkatkan keahlian, pihaknya juga mensasarkan untuk menambahkan bilangan cawangan yang membabitkan Puteri.

Menurutnya, sehingga kini keahlian Puteri mencecah hampir 1344 orang membabitkan 24 cawangan Puteri.

Katanya, dalam usaha untuk memantap jati diri dan kepimpinan barisan Puteri Bahagian Alor Setar, satu kursus jati diri dengan kerjasama Biro Tata Negara Negeri Kedah akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

9 comments:

aktivis said...

puteri still use old method to solve recent problem...lawat-lawat orang susah nie program lama daa..tak idea langsung....daaa

MaMaQaYPo FaMiLy said...

HIDUP ATON!!! hehehehe...

Betul tu Aton.. cari idea yg lebih milenium... buktikan ATON BOLEH!!! :D

maizatulmiza said...

thanks..... insyaAllah.... akan diusahakan untuk buat program yang lebih mantap lagi... doakan puteri alor setar ya..... thanks kaklong...

Waris Melayu said...

nih cik etonnnn... buat la program yang bagi menafaat kpd golongan puteri... yang dok buat prog takat nak bagi beraih sekampit... pi sebiji bas tu tok sah laa.. Dah Lama Dah!!!!... program mcm tu dah lapok dah... bagi org tua2 buat dah la... lepaih tu guna lah duit yang Puteri M'sia bagi tu untuk pembangunan puteri cawangan bukan untuk AJK puteri bahagian... dok melaram sana sini, buat baju koprat pakai duit puteri... ingat amanah yang dipikul... jgn salah guna duit yg org bagi... nanti mati kot busuk perut... bukan saya tak tau... saya senentiasa mengikuti perkembangan puter alor star... INGAT GUNA DUIT UNTUK PEMBANGUNAN PUTERI CAWANGAN... BUKAN UNTUK BELANJA MAKAN AJK DI HOTEL ATAU DI CAFE... KALAU NA BUAT BAJU... BAGI SAMA KAT KETUA PUTERI CAWANGAN... INGAT ALLAH SENTIASA MELIHAT.

maizatulmiza said...

Salam waris melayu... tq diatas comment dan sentiasa perhatikan pu3 alor setar... mintak lalu nak cakap sikit na... setiap perbuatan dan pemberian mestilah dengan hati yang ikhlas walaupun bila kita bagi kat orang sebiji gula... tapi kalau hati tak ikhlas, usah kata sekilo gula, selori gula pun beluim tentu Allah Taala kurniakan kita pahala... lagi satu bab baju korporat puteri bahagian alor setar yang saya buat kepada ajk saya tu... saya cuma nak pebetoi ayat waris melayu sikit ja... amanah yang diletakkan dibahu saya akan saya galas sebaik mungkin... tapi bukan saya pakai duit puteri pun untuk sediakan baju tu... dan saya tak pernah lupakan ketua2 puteri cawangan2 dan semua ahli puteri saya di setiap seluruh parlimen alor setar ni... saya masih ingat kepada Allah yang sentiasa melihat setiap perbuatan hamba2Nya dan saya masih ingat pada Malaikat yang berada di bahu kanan dan kiri saya... apa pun terima kasih diatas sokongan dan perhatian kepada saya....

jejaka boleh gagah said...

hidup aton!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1puteri sempoi r.........memang mantap2 semua.....lakukan yang terbaik ag...jangan sia2kan peluang yang ada....pastikan kejayaan bersama anda semua......

Anonymous said...

aik... baju di badan pun kena dipersoalkan ke... nak baju jugak bagitau straight fwd tak yah lah pertikai duit... amanah... mcm lah kita tu amanah sgt...

Anonymous said...

pe pun aton kami kat belakang ni akan sokong pe yang aton buat... tak kira la cara tok nadoq ke.. cara tok apa pun... yang penting IKHLAAAAASSSSS....

Anonymous said...

salam smue....
sebenarnya apa jua yg kita lakukan , smuanya dengan niat...apa yg kurang kita sama2 perbetulkn,yg terlebih tue....kita kurangkn sket.
smangat kwn2 ni bgus...tp janganlah kita salah anggap tentang keikhlasan.....
smile n epy alwez.....;)