Wednesday, July 22, 2009

MINDA PEMIMPIN: PERLUMBAAN KE PILIHANRAYA KE-13

Oleh: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah

Dengan jangkaan pilihan raya umum ke-13 bakal berlangsung dalam masa tiga tahun lagi, semua parti telah merangka pelan tindakan bagi memenangi pilihan raya berkenaan.

Dalam konteks UMNO Kedah, pilihan raya umum ke-13 nanti amat penting dan kritikal. Ia akan menjadi satu garisan penamat sama ada Barisan Nasional dapat menawan semula Kedah ataupun terus menjadi pembangkang selama lima tahun lagi.

Di peringkat UMNO Negeri, perancangan dan stategi telah disusun bagi merampas kembali Kedah daripada kerajaan yang diterajui PAS, yang ternyata telah gagal membawa sebarang perubahan kepada negeri Kedah.

Apa yang kita rancang, susun, strategi dan sebagainya adalah ibarat "latihan intensif bagi satu perlumbaan yang besar" dengan pilihan raya umum sebagai garisan penamat. Ibarat perlumbaan itu juga, siapa yang kuat, dia akan sampai dahulu ke garisan penamat dan menjadi pemenang.

UMNO bersedia dengan segala macam perkara, tetapi jangan lupa PAS juga telah membuat persiapan dengan strategi dan teknik tersendiri.

Maka kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 nanti adalah berdasarkan siapa yang kuat, cepat, cekap dan mengamalkan strategi yang berkesan, efisien dan menyeluruh.

Sekiranya UMNO berlari tetapi PAS berjalan, maka kemenangan sudah pasti kepada UMNO tetapi sekiranya PAS sudah berlari tetapi UMNO masih bertatih maka kita yang akan terus ketinggalan.

Oleh sebab itu, UMNO Kedah sudah tidak boleh mengamalkan sikap selesa dengan kekalahan berkenaan. Setiap jentera UMNO perlu bekerja keras mulai sekarang kerana UMNO Kedah mempunyai beban yang cukup besar.

Beban UMNO Kedah adalah merampas kembali Kedah. Merampas kembali Kedah sebenarnya tidak sesukar mana sekiranya semua ahli UMNO bekerja keras ke arah mencapai "kemenangan dalam perlumbaan berkenaan".

Tetapi sekiranya, ahli UMNO masih mahu cantas kaki kawan bagi jatuh semasa perlumbaan itu, maka masa depan yang suram menanti UMNO Kedah.

7 comments:

aktivis said...

tiada strategi yang benar-benar dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO negeri kedah...dalam bahagian dato' sendiri rasanya masih banyak yang perlu diperbetulkan..apa ketua penerangan buat??? Rasanya k.penerangan bhgn alor setar hanya pandai buat meeting...sebenarnya pas dah berlari tapi umno masih tidur...lihat saja mesyuarat persidangan pemuda UMNO bahangian dayo'...mesyuarat tinggal 5 orang macam mana??? Banyakan aktiviti dengan penglibatan pemuda dari akar umbi...untuk pengetahuan dato'...ramai orang muda masih tak mau terima UMNO..

DukeOfUMNO said...

Sabaq sat Aktivis....Nasir dok buat dah tu...dalam proses la...takkan nak publish strategi UMNO A.staq kat public kot? ishhh...mana ada panglima perang reveal dia punya taktik kat musuh! hehehhe...

starman hutch said...

Dah sifat BAHARU... hari ni malas, esok rajin, hari ini rajin, esok mungkin malas balik.. hehe.. apa-apa pun... senyuman dan layanan tu mesti kena sentiasa ada kalau nak pikat hati orang.. hehe.. biar p la apa orang nak kata, janji kita (orang UMNO) mesti mau dulu yang mulakan... bukan tuding sana sini..hehe..

maizatulmiza said...

halooooo.... cuba tunjuk jari telunjuk kita kat orang... berapa jari menghala belah kita??? strategi takkan nak heboh masuk frontpage berita harian, metro, sinar atau mana2 lagi paper kot cek oiiiii...

aktivis said...

lama sangat dah dok tunggu duke oii..tiap-tiap malam geng PAS dok bawa lari orang kita...kita dok asyik buat strategi tektik dalam bilik mesyuarat jer...tak turun pun...

starman hutch said...

Strategi paaaa.... terima sajalah kelemahan yang ada, sembang kalah speaker Sony.. hakikatnya.. tunggu lebih dua jam.. tiba sidang media... jangan kata colum utara, ramai yang tak berminat nak proses sebab tak tau hujung pangkal UMNO bercakap pa.. huhu

lidahbercabang said...

hehe... habuan la chek oi..