Friday, July 31, 2009

PROGRAM TURUN PADANG BIRO PEMBANGUNAN...

TINJAU... Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Ir Muhamad Guntur Mansor Tobeng bersama Ahli Jawatankuasanya Azmi Md Isa (kanan), 54, dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Kolam, Abdul Malik Salim, 54, melihat keadaan jalan yang rosak di Kampung Kolam, Mukim Derga, di sini, hari ini.

Kerosakan jalan sepanjang satu kilometer itu perlu dibaiki segera bagi memudahkan lebih 500 penduduk kampung yang menjadikan jalan itu untuk menjalankan urusan mereka.
Selain digunakan oleh petani untuk ke sawah dan mengeluarkan hasil tanaman padi apabila musim menuai, pelajar sekolah turut mengunakan jalan mini tar itu untuk berulang alik ke sekolah.

Pengerusi Biro Pembangunan Umno Alor Setar, Ir Muhamad Guntor Mansor Tobeng berkata keadaan jalan yang rosak itu boleh mengundang bahaya kepada penduduk terutama pelajar sekolah.

Beliau berkata,masalah penduduk itu akan diajukan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, Umno sentiasa mendampingi masyarakat dan turun padang untuk mengenal pasti permasalahan penduduk termasuk aspek pembangunan.

5 comments:

maizatulmiza said...

tahniah daripada semua barisan jawatankuasa pu3 bahagian alor setar...

putramantap said...

tahniah daripada semua barisan jawatankuasa pemuda bahagian alor setar...

aktivis said...

pu3 ngan pemuda kena tiru mcm abg guntur tu...jangan dok syok sendiri jerr...belajar turun padang walaupun bukan dengan program...buat la keje....

Anonymous said...

la nie baru nak tengok jalan lopak? masa hangpa perintah dulu awat tak ambik tau?

lidahbercabang said...

Ir Guntur ni orang baru, jangan salah kat dia. Yang dulu 2 dah hanyut... aku puji sikap Guntur dia p melawat masalah jalan dan sembang2 dengan JKKKP cari jalan nak selesai masalah bukan buat masalah... seeloknya kita kena sokong usaha murni dia, bukan bubuh racun... hang cemburu kat dia kot?... lebih baik hang p minta maaf kat dia cepat sebelum hang mati.