Saturday, July 18, 2009

SUMBANGAN RM4,000 KEPADA PIBG STAR MERGONG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman (STAR) Mergong mendapat durian runtuh apabila menerima peruntukkan berjumlah RM4,000 daripada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata mengumumkan pemberian bantuan berkenaan pada majlis Hari Anugerah Cemerlang sekolah itu pada 15 Julai 2009.

Ahmad Bashah berkata peruntukkan berkenaan bagi membolehkan PIBG sekolah itu menjalankan aktiviti bagi mengingkatkan keceriaan sekolah.

"Walaupun PIBG sekolah tidak menyuarakan keperluan mereka, saya memahami bahawa PIBG sentiasa memerlukan sumbangan bagi menjalankan pelbagai aktivit," katanya.
Sumbangan itu ternyata membawa satu berita gembira yang tidak terduga kepada PIBG sekolah berkenaan.

3 comments:

Anonymous said...

Cawangan lubuk peringgi sentiasa bersama Datuk paduka Ahmad Bashah Md Hanipah... ///

aman sejagat/// said...

Cawangan lubuk peringgi sentiasa bersama Datuk paduka Ahmad Bashah Md Hanipah... ///

aman sejagat/// said...

cawangan lubuk peringgi akan bekerja habis-habisan dan akan memastikan negeri kedah kembali kepada naungan kita......PRU 13 Confirm Datuk jadi menteri besar...amin............///