Friday, July 24, 2009

JANGAN BIARKAN MEREKA TERUS MENAGIH JANJI

Blog ini pernah memaparkan mengenai penderitaan beberapa penduduk Kampung Gunung Sali, yang terletak hanya 3 km dari bandar Alor Setar.
Sebuah keluarga dilaporkan hidup dalam sebuah pondok buruk tanpa bekalan air dan elektrik sementara beberapa keluarga lagi tidak lena tidur kerana memikirkan surat peguam yang mahu menghalau mereka keluar dari rumah mereka dengan alasan tanah yang mereka duduki dimilik pihak lain.
Dilaporkan juga, UMNO Bahagian Alor Setar akan mengambil tindakan membantu keluarga berkenaan.
Tetapi sehingga kini selepas sebulan mereka dijanji akan dibantu, keluarga berkenaan masih belum mendapat jawapan pasti bagi menenangkan hati mereka. Mereka tertanya-tanya adakah mereka sudah dilupakan.
Kepada UMNO Alor Setar, kasihanilah nasib mereka itu. Lakukan sesuatu dengan segera kerana janji telah dibuat. Jangan biarkan mereka terus mengharap kepada sesuatau yang tidak pasti.
Berkomunikasilah dengan mereka memberi tahu apa yang sedang dilakukan. Berilah sedikit kegemberiaan kepada mereka yang sangat mengharap itu.

Emel daripada:
Amir Hamzah

6 comments:

namront0791 said...

Sawadikhrap....

Aku setuju dengan Amir Hamzah tu. Mana dia "janji manis mu"? tolong lah tengok2 kan. Tak kan nak tunggu sampai ke pengetahuan PM kot...!!! Adios....!!!

DukeOfUMNO said...

ermmm...respon UMNO A.Setaq? mana?

aktivis said...

itulah janji orang politik...itulah sebab orang dah bosan ngan umno , itulah sebab orang dah lari dari UMNO , itulah sebab UMNO/BN kalah di KEDAH..kata tak di kota.
Sampai la ni pun apa BHGN UMNO Alor Setar buat..hanya pandai gula-gula saja..ingat PRU akan datang dah tak lama ... tak kan nak tengok KEDAH SEJAHTERA saja kot...nak jugak tengok 1 MALAYSIA kat billboard...

starman hutch said...

salam, kesian umno kiri kanan depan belakang kena bedai... sabar lah umno... yang tak dapat habuan sentiasa menyalahkan umno, pagi petang siang malam keja kutuk je... tuan-tuan boleh bayangkan mcm mana rupa paras dan kehidupan dia ni... minta simpang la jgan jumpa dengan aku... hehe

starman hutch said...

Untuk pengetahuan tuan-tuan semua.. UMNO Alor Setar ada beberapa biro yang menjaga kepentingan ahli dan orang ramai. Antaranya Biro Kebajikan yang menjaga soal mala petaka, tak makan, tak pakai.. jadi tuan-tuan bolehlah membuat aduan dan rayuan melalui biro ini yang disandang oleh Naib Timbalan Ketua UMNO Bahagian jangan duk tala ikut suka hati tuan-tuan... kalau luah tak kena tempat naya la UMNO... anak buat perangai... salahkan Bapa... nanya la mcm ni.. hehe

starman hutch said...

Kes-kes yang membabitkan rakyat yang dalam kesusahan seperti saudara kita di Gunung Sali ni perlu dibantu, tak boleh dibiarkan lama-lama, kenalah batu dan selesaikan secepat yang mungkin... berdosa pemimpin dan golongan berkemampuan sekiranya membiarkan mereka menderita...