Wednesday, July 8, 2009

KBS mula 'panik' aksi pelik takraw

Kita tak mahu dengar alasan: Razali

AIB yang dicipta Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kini menyaksikan Kementerian Belia dan Sukan seakan-akan menekan butang panik ketika mentakrif 'era gelap' itu sebagai masalah besar, bimbang populariti sukan warisan itu merudum dan lebih menakutkan ia digugurkan daripada sukan teras.

Andai kata dikota, ia bakal menyaksikan limpahan berjuta ringgit yang setiap tahun dipohon PSM akan berakhir kecuali langkah pemulihan segera dilakukan terutama ketika sudah ada bayangan usul untuk turut menggugurkan sepak takraw daripada Sukan Asia.

Sepakat dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim, betapa kekalahan skuad negara adalah memalukan selain menuntut laporan penuh daripada PSM.

“Adalah mendukacitakan kita tewas kepada pasukan yang sebelum ini dianggap kerdil dan ia memberi tafsiran memalukan di kalangan peminat. Kita mahu mengenal pasti apakah punca keadaan ini,” kata Ahmad Shabery, semalam.

# Kedah pada zaman Adnan Saidin (raja gulung), Azman (tekong),Malik Samsudin dan ramai lagi bekas pemain kebangsaan cukup digeruni dalam permainan ini.
Diharap pihak KBS dapat mengumpul semula jaguh-jaguh ini dalam membantu menaikkan kembali maruah skuad takraw di negara ini.

1 comment:

Anonymous said...

saya muhammad haniff bin salim anak kepada bekas pemain sepak takraw malaysia yg di geruni iaitu salim yusof saya bersetuju dgn kbs utk mengumpul semula pemain2 lama yd di geruni thailand pada suatu ketika dulu sebarang pertanyaaan blh hubungi bapa saya di nombor 019-4778369 bapa saya juga adalah raja takraw juga yg amat digeruni dgn lipatan nyer yg tinggi