Wednesday, July 29, 2009

PEMBANGKANG GUSAR DENGAN RATING NAJIB

Parti pembangkang sudah gusar dengan angka-angka yang menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat. Peningkatan drastik tahap keyakinan terhadap Najib dalam masa 100 hari menjadikan pembangkang tidak lena tidur.

Mereka akan berusaha mencari jalan merendahkan rating itu. Mereka akan berusaha menjatuhkan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Mereka akan berusaha memastikan momentum sokongan kepada Barisan Nasional tidak berterusan.

Untuk itu, parti pembangkang akan melakukan pelbagai cara bagi menarik perhatian orang ramai kepada parti pembangkang, seperti yang mereka lakukan dalam kes kematian pembantu kepada ADUP DAP di Selangor.

Penganalisis politik terkenal Profesor Dr Mustafa Ishak berkata "Pembangkang amat risau dengan angin perubahan orang ramai yang mula kembali kepada Barisan Nasional. Pembangkang akan berusaha dengan pelbagai cara supaya spot light rakyat kembali ke arah pembangkang".

Dr Mustafa menjelaskan pembangkang akan mengekploitasi segala isu bagi memastikan mereka terus mendapat perhatian sehingga sampai pilihan raya umum kelak.

Pembangkang sedar sekiranya mereka gagal menyekat angin peralihan sokongan kepada BN, pembangkang bukan sahaja hanya bermimpi menguasai kerajaan persekutuan tetapi kerajaan negeri yang dikuasai mereka sekarang juga akan tumbang ke tangan BN.

Dr Mustafa berkata perubahan angin sokongan kepada BN juga berikutan tekanan yang dihadapi PAS berikutan konflik dalaman parti itu, terutama pada isu kerajaan perpaduan. Walaupun PAS cuba menafikan mereka berkonflik, orang ramai tahu sudah ada percakaran antara pemimpin atasan PAS.

"Orang tertanya siapa yang sebenarnya berkuasa di dalam PAS. Hadi selaku Presiden atau Nik Aziz yang paling berkuasa. Pengikut PAS pun resah kerana pendirian siapa yang hendak dituruti"

"Orang Melayu marah dengan sikap Nik Aziz yang menentang hasrat menyatupadukan UMNO dan PAS. Orang melihat Nik Aziz lebih penting hendak menjaga parti Pakatan Rakyat daripada menjaga perpaduan umat Melayu"

3 comments:

putra dato said...

Tahniah kepada Dato'Paduka Ahmad Bashah b. Md Hanipah kerana terfikir dan menganjurkan Forum taklimat ke mana hala tuju UMNO Bahagian Alor Setar. Penganalisis politik terkenal Profesor Dr Mustafa Ishak berkata "Pembangkang amat risau dengan angin perubahan orang ramai yang mula kembali kepada Barisan Nasional. Pembangkang akan berusaha dengan pelbagai cara supaya spot light rakyat kembali ke arah pembangkang". Harap Dato' lebih kerap dapat membuat program yang begini agar dapat membuka minda dan hati Ketua-ketua Cawangan yang sedang lena dibuai mimpi...

aktivis said...

harapan agar forum dan taklimat dapat diterjemahkan dengan praktikal di peringkat akar umbi...jangan cuma forum sana sini tapi habuk pun tarak...harap faham noo

starroba said...

betul 2 aktivis, jangan hanya diperingkat atasan saja taklimat ini diberikan...semua pihak harus beri komitmen untuk pastikan apa yang dibentang itu benar-benar menjadi impian..