Saturday, July 4, 2009

PROGRAM GERAK MESRA UMNOBAHAGIAN ALOR SETAR..



1MALAYSIA...RAKYAT DIDAHULUI PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...

"Hanya UMNO sahaja yang boleh bantu kami. Teruskan usaha murni ini dan ganjaran pasti akan menanti UMNO nanti.". Itulah antara kata-kata yang dilafaskan oleh penduduk di Kampung Suka Menanti, Kampung Suka Menanti Hilir dan Kampung Seberang Terus kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Program tiga hari yang membabitkan tiga sayap UMNO ALOR SETAR iaitu Wanita, Pemuda Puteri UMNO itu berjaya memberi sentuhan baru kepada 60 keluarga di kampung berkenaan
Antara penerima sumbangan tersebut ialah Salmah Ashaari, 69, dari Kampung Suka Menanti yang lumpuh sejak sejak enam tahun lalu.

Selain menyampaikan sumbangan makanan kepada Salmah, Datuk Ahmad Bashah sempat meluang masa dan memberi sentuhan kemasyarakat yang sem emangnya dinantikan oleh golongan berkenaan.
Hadir dalam melaksanakan misi sentuhan 1Malaysia UMNO Alor Setar ini ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ir Mohamad Guntor Mansor Tobeng dan Exco Pemuda Malaysia, Zubir Zabidi dan Pengarah Kemas Kedah, Adnan Daud.

Program Gerak Mesra Gerakan Daya Wawasan anjuran Kemas Parlimen Alor Setar itu turut mengadakan gotong royong membersih kawasan masjid, kubur, ceramah agama, pemeriksaan kesihatan dan pameran Bomba dan Penyelamat berakhir esok di Sekolah Kebangsaan Suka Menanti.
Apa yang pasti usaha murni jentera UMNO Bahaian Alor Setar tidak akan berhenti di situ sahaja malah pelbagai program direncanakan selaras dengan perjuangan UMNO untuk membela nasib anak bangsa.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah..!!!

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan bagi memantapkan jentera Umno Bahagian A.Setar dan mendapat keyakinan serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi dari ahli2 akar umbi sebagaimana saranan PM, "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"...!! Ikhlas dari Warga Suka Menanti Hilir.... Khorp Khun Khrap.....!!! Sudaratpothin70..