UMNO Bahagian Alor Setar akan melaksanakan Program Mesra Rakyat dengan turun ke kampung yang terletak di dalam kawasan Parlimen Alor Setar bagi mendekatkan diri dengan masyarakat dan memahami masalah yang dihadapi orang ramai, tanpa mengira fahaman politik.
Kampung Suka Menanti, Kampung Suka Menanti Hilir dan Kampung Seberang Pantai Johor menjadi persinggahan pertama program berkenaan, yang berlangsung tiga hari mulai Khamis lepas.Program berkenaan adalah anjuran Kemas Parlimen Alor Setar.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata menerusi program berkenaan, anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Setar dan disertai pegawai daripada KEMAS serta pemimpin peringkat cawangan dalam bahagian berkenaan akan melawati rumah-rumah yang telah dikenalpasti bagi menyampaikan bantuan kepada orang susah, orang kurang upaya dan orang sakit.
Pegawai KEMAS juga melakukan bancian terhadap pelbagai golongan yang memerlukan bantuan supaya bantuan seperti untuk orang susah dapat disalurkan dengan segera kepada mereka yang sangat memerlukan, katanya.
“Program itu akan menjelajah semua kampung yang terdapat di dalam Parlimen Alor Setar yang akan dilaksanan secara berperingkat. Sekarang kita mulakan di kawasan yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri Bakar Bata dan selepas ini kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman dan Alor Mengkudu,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberi bantuan kepada orang sakit dan orang tua di Kampung Suka Menanti Hilir, pada 4 Julai 2009.
Selain program melawat isi rumah di kawasan perkampungan, Program Mesra Rakyat itu melibatkan pelbagai aktiviti seperti pameran agensi kerajaan, gotong royong, ceramah pedana, kenduri kampung, sukaneka dan demontrasi masakan.
Ahmad Bashah yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata program itu telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat.
“Mereka terharu dengan bantuan yang diberikan dan menyambut baik sikap pemimpin yang sanggup turun ke padang bertemu dan mendengar permasalahan rakyat,” katanya.
Friday, July 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
syabas umno bhgn alor setar...inilah program yang sepatutnya digerakan untuk mendekati rakyat dan ahli-ahli umno terutamanya..lagi satu cadangan saya bawa sekali penolong pendaftar SPR UMNO untuk daftar ahli-ahli UMNO yang belum daftar dengan spr...masih ramai ahli umno tak daftar,merugikan umno semasa p'raya
Post a Comment