Thursday, July 9, 2009

SENTUHAN BIRO KEBAJIKAN...


HANYA UMNO YANG MAMPU...

"Kita akan terus membantu merencanakan pelbagai program pembangunan pendidikan dan kebajikan terutama dalam membantu masyarakat tang memerlukan bantuan dan sentuhan keramat daripada UMNO," kata Mohd Yusof Ismail.

Naib Ketua Bahagian Alor Setar itu berkata, melalui Biro kebajikan, beliau akan terus menambur bakti kepada masyarakat yang memerlukan bantuan di bahagian itu.

Menurutnya, tiga program utama sudah diatur iaitu program sumbangan kepada pelajar yang berjaya memasuki IPTA/IPTS, Sumbangan sempena Bulan Ramadhan dan Bantuan Bencana Alam.

Katanya, satu majlis penyampaian sumbangan itu sudah diadakan di Hotel Star City, baru-baru ini dan sebanyak RM200,000 sudah diperuntukkan untuk kejayaan program berkenaan.

Biro kebajikan turut memberi sumbangan berupa peralatan jenazah berupa kain sepasang kain kapan sekiranya berlaku kematian di Parlimen Alor Star.

1 comment:

aktivis said...

apa program atau gerakan untuk pelajar-pelajar yang memasuki IPTA dan IPTS yang telah menerima sumbangan? Apa susulan yang dilakukan oleh UMNO alor setar supaya mereka kelak akan terus memberi bakti kepada UMNO? Ingat!!! mereka ini akan keluar sebagai manusia yang terpelajar maka esok...janganlah di buang mereka ini jika mereka memberi pendapat yang agak berbeza dengan kepimpinan UMNO