Wednesday, July 29, 2009

UMNO ALOR SETAR ATUR STRATEGI PILIHANRAYA

UMNO Bahagian Alor Setar menganjurkan satu taklimat tentang rangka kerja bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang. Taklimat disampaikan Profesor Dr Mustafa Ishak, pakar sains politik daripada Universiti Utara Malaysia.

Hadirin yang terdiri daripada ketua cawangan dan peminpin bahagian, wanita, pemuda dan puteri telah mendapat ilmu yang berguna bagaimana untuk memastikan matlamat menawan kembali Kedah tercapai.

Perancangan sudah diterangkan, kerangka kerja juga sudah dijelaskan. Tidak ada pilihan lain, kerja keras harus dimulai sekarang.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah mahu semua cawangan dalam bahagian Alor Setar mengerakkan jentera masing-masing mulai sekarang.

"Saya memohon kepada tuan-tuan dan puan-puan serta menaruh harapan yang besar agar semua ketua cawangan bekerja dengan sepenuh tenaga bagi menawan kembali Kedah," kata Bashah semasa berucapa menutup taklimat berkenaan.

Harapan Ketua Bahagian Alor Setar kepada pemimpin peringkat cawangan itu mudah difahami kerana jentera cawangan memainkan peranan yang amat penting.

"Selepas ini, sesi taklimat tentang hala tuju UMNO Bahagian Alor Setar akan turun ke peringkat daerah mengundi bagi memberi maklumat kepada semua jentera yang hendak melaksanakan kerja," kata Bashah.

3 comments:

DukeOfUMNO said...

buleh join? interesting nih...ermm?

aktivis said...

strategi ini insyallah akan berjaya....teruskan..aktivis pun nak join daa

Unknown said...

Jangan gelabah, tak payah nak riuh rendah sekampung nak ambik balik Kedah daripada tangan PAS. Pas memerintah tak lama, lepas ni BN akan dapat balik negeri ini... dulu BN kalah pasai orang tak boleh terima Pak Lah dan kuncu-kuncunya, hari ini Pak Lah dan kuncu-kuncu dia dah tak dak. Orang pun dah mula berhenti bercakap pasai UMNO... itu petanda yang orang bagi sokongan semula pada UMNO dan BN... sabarlah masa 2 tahun setengah ni kita buat keja macam biasa.