Monday, July 27, 2009

UMNO ALOR SETAR JAGUH ALAM SIBER

UMNO Bahagian Alor Setar menjadi bahagian pertama di Kedah yang mempunyai portal rasmi sendiri. Daripada 15 bahagian UMNO yang ada di Kedah, UMNO Alor Setar, adalah perintis usaha menggunakan media baru sebagai saluran maklumat.

Pelancaran tak rasmi dilakukan malam Sabtu lepas. Hadirin yang terdiri daripada pemimpin peringkat cawangan dan ketua biro-biro telah dipertontonkan portal itu. Bagaimanapun orang ramai hanya boleh melayari laman web itu mulai 1 Ogos ini.

Laman web berkenaan boleh dilayari dialamat seperti berikut. www.umnoalorsetar.com

Syabas kepada Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Setar, Saudara Nasir Murad yang telah menjana idea dan kemudian menterjemah kepada realiti sehingga lahirnya portal itu.

14 lagi bahagian bolehlah mencontohi jejak langkah yang telah diambil oleh UMNO bahagian Alor Setar itu. Selepas ini, Saudara Nasir kena pulun buat portal UMNO Negeri Kedah plak.

UMNO Alor Setar juga tidak ketinggalan dengan blognya. Sudah ada 3 blog daripada bahagian termasuk blog ketua puteri dan blog naib ketua pemuda. Dan, jangan lupa nantikan kemunculan blog dan facebook Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah tidak lama lagi.

3 comments:

DukeOfUMNO said...

tahniah...semoga usaha ini berterusan sampai bila2...insyaAllah....

aktivis said...

tahniah ler...tapi ramai lagi orang-orang melayu tak der komputer kat rumah,kalau ada pun tak der internet pulak macam mana nak lawat laman portal tu...masalah jugak tu

DukeOfUMNO said...

Akitivis...

memang benar fakta tuan tu...tapi cuba tengok balik....golongan melayu yg tak dak PC kat umah sanggup pi CC utk "berkomputer"...tapi tu la...depa pi CC utk chatting, main game dan facebook...depa dah hampir sangat dah dgn blog dan portal tu...so, kita "lorong"kan jalan je la...macamana nak "lorong" depa tu...kita sama2 la fikirkan....kan? hehehhehhe...